Monday 29 June 2015

Proses Pembelian Wang Pos

S.K. | 15:43 | 29Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni berkaitan dengan proses untuk mendapatkan wang pos.. Macam entry sebelum ni.. Yaya ada ceritakan proses untuk mengisi wang pos untuk kawan-2 Palam.. Wang pos RM10 untuk ambil transkrip tu.. Entry mana Yaya merepek ni? Klik SINI... Haaa.. Entry tu ha...

Hokey la.. Yaya silap.. :'(.. Sebab ayah yang uruskan bahagian wang pos.. Jadi Yaya assume pergi kat kaunter pejabat pos tu.. Sengih-2 macam kerang wangi.. Cakap nak beli wang pos, terus dapat wang pos.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Kena isi borang dulu ghupenyaaa..

Sebelum dapat wang pos yang begini ghupenya..


Kita kena isi satu borang dulu.. Borang ni kira macam permohonan untuk kita beli wang pos.. Acah-2 je borang permohonan.. :P.. Masa nak isi borang untuk beli wang pos ni.. Beberapa orang rakan Yaya menemui jalan kebuntuan.. Ayat kau.. Tak payah bersastera sangat boleh? Yaya akan guide cara untuk isi borang wang pos ni..


Yaya guide cara untuk kita dapatkan wang pos. Maksudnya, kita sebagai pengirim wang pos tersebut..


Ruangan Tandakan / bagi yang berkenaan

Tandakan / pada kotak PENGIRIMAN / PEMBELIAN

Denominasi Wang Pos : Tandakan pada kotak RM10 (kalau nak ambil transkrip kena beli wang pos RM10, so, tandakan pada kotak RM10 terus..) Tapi, kalau kamu nak beli wang pos selain dari RM10, tandakan pada kotak yang bersesuaian..

Jumlah Kiriman : RM10


Ruangan Wakil

Biarkan kosong pada ruangan ni, jangan tulis apa-2


Ruangan Maklumat Pengirim / Penerima

Untuk ruangan ni.. Kamu kena tulis maklumat mengenai diri kamu sebagai pengirim... Contoh, Ali nak kirim wang pos RM10 kepada Abu (Bendahari UiTM) Untuk dapatkan transkrip rasmi. Jadi, dalam ruangan maklumat pengirim/penerima, Ali kena tulis maklumat mengenai dirinya..
  • Nama : Ali bin Ahmad
  • Alamat : No 17, Lorong UK 2
  • Bandar : London
  • Poskod : 98765
  • Negeri : United Kingdom
  • No. Telefon : 010-2345678
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 1900
  • Jenis Kad Pengenalan : Tandakan / pada kotak MyKad
  • No. ID : Nombor IC kamu.. 000620052341
  • Warganegara : Malaysia
  • Tempat Lahir : Birmingham
  • Jantina : Lelaki.. (Kalau perempuan tanda pada kotak perempuan, jangan lurus sangat ikut Yaya ni..:p)
  • Hubungan dengan Pengirim / Penerima : Sebab nak kirim wang pada orang yang tak kenal, jadi tulislah TIADA HUBUNGAN
  • Tujuan Transaksi : Mendapatkan Transkrip
  • Pekerjaan : Pelajar
  • Jenis Perniagaan & Punca Dana : Biarkan kosong dua-2 ruangan ini.
Jangan lupa untuk tandatangan kamu di bahagian Tandatangan Pelanggan dan tulis tarikh sekali..

Dah siap ! Kemudian, pergi ke kaunter dan bagi borang ni dan ehem.. hulurlah duit RM10.. Jangan tak hulur pula .. See ya !

29 comments:

  1. Replies
    1. Tak la rumit mana kalau da biasa.. ><

      Delete
  2. Borang wang pos kene bayar ke atau disediakan di kaunter? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disediakan di kaunter , cakap pada pegawai yang ada di kaunter . Welcome

      Delete
  3. Lepas beli wang pos,macam mana nak kirim wang pos tu kepada penerima and boleh ke kalau wang pos itu dipos beserta dokumen lain and dekat wang pos tu dekat mana terletaknya nombor wang pos

    ReplyDelete
  4. Kirim guna pos biasa, atau pos laju pun bole.. bole je kirim drngan dokumen lain. Nombor wang pos tu, bole guna no siri, yang bar code

    ReplyDelete
  5. Kna tulis alamat bendahari uitm x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau ke rumah bendehari tu kat mana? XP Tulis apa yang Yaya ajar kat atas je . lain-2 jangan usik

      Delete
  6. macam mana kalau kita si pengirim nak tebus balik wang pos yg kita kirim dkt pjabat pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Direct pergi tanya kat kaunter pejabat pos . Maaf . Tak pernah ada pengalaman tebus balik .

      Delete
  7. Keratan kecil di wang pos tu perlu dikoyakkan ke? Dan,di wang pos tu,kita kena tulis nama penerima ?

    ReplyDelete
  8. Kalau ada tersilap tulis di wang pos tu,nak tukar kena bayar penuh balik ke?cth kita beli wang pos 100,then kalau nak tukar pun kena bayar 100 juga atau bayar duit perkhidmatan saja?

    ReplyDelete
  9. Berapa lama wang pos boleh valid?

    ReplyDelete
  10. kalau nk dapatkn sijil spm.. kena tulis nama PENGARAH PEPERIKSAAN kan?

    ReplyDelete
  11. Salam.... apa beza mini transkrip and transkrip akademik? Mini transkrip tu apa n transkrip akademik tu apa? Yg baru dpt result 15/11 tu kena ambil mini transkrip or transkrip akademik utk ambg degree??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mini transkrip ni, transkrip kita untuk sem tu je. Kalau transkrip akademik , transkrip keseluruhan kita, kalau nak pursue degree , amik transkrip akademik terus.

      Delete
  12. thank you! helps me a lot =)

    ReplyDelete
  13. Macam mna ye klu sy adlah c penerima dan telah gunakan alamat pos itu sndiri kepda c pngirim. pegi kaunter tny cara nk terima duit lh cm tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kurang faham dengan soalan awak . Boleh terangkan lagi sekali?

      Delete
  14. Saya nk tanya bolh diwakilkan utk beli wang post kat post office ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh :)
      Beli wang pos ni macam beli setem kat pejabat pos

      Delete
  15. Boleh saya tahu sekiranya utuk ruangan penerima tu saya tertulis semua dalam huruf besar ...contoh KETUA EKSEKUTIF MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA......TETAPI DALAM SURAT yg saya baca semula.dia tulis begini tujukan pada Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia ada kah saya punya wang itu terbatal kerana di sebabkan saya tulis dalam huruf besar....dan sekiranya terbatal ada kah saya boleh tukar semula d pejabat pos dan dapat kan kembali wang saya...Minta pencerahan...t kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel lah soalan :")
      Setahu saya, tak terbatal. Takde salah tulis huruf besar kesemuanya atau huruf besar di pangkalnya. Asalkan, nama pengirim tu betul 100%.

      Delete
  16. Boleh saya tahu macam mana nak tunaikan wang pos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, minta maaf sangat-2, saya tak pasti :'(

      Delete
  17. Hi, maaf saya first time nk buat wang pos ni. Saya nk tanya la kan. Nama pengirim di belakang wang pos tu. Nama kita diri sendiri la kan?

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥