Saturday 31 October 2015

Rawatan Pergigian UiTM (Pesakit Luar)

S.K. | 05:54 | 25Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Image result for braces

Baru-2 ni, Kak Dora, salah seorang pelajar final year UiTM ada email Yaya bertanyakan mengenai rawatan braces di UiTM. Yaya rasa Kak Dora ada baca tentang  entry Dentistry UiTM dan Kenapa Pilih Dentistry bukan Medic Yaya , sebab tu dia email Yaya . Yaya rasa je la . =)


Kak Dora nak buat braces under UiTM . So , dia tanyakan prosedur semua .

Okay , kepada mereka di luar sana yang nak gunakan perkhidmatan UiTM , prosedur dia macam bawah ni ya . Harap membantu .



Rawatan braces memang dibuka untuk public. Untuk pengetahuan saudara/saudari Sekarang fakulti telah berpindah ke sg buloh. Kes yang bersesuaian sahaja yang layak dirawat di fakulti dan perlu check up gigi dahulu di klinik primer di kampus sg buloh untuk mengetahui kesesuaian kes anda. Sekiranya sesuai, anda mungkin akan di 'screen' oleh pelajar sarjana muda dan dirujuk kepada pakar. Menunggu mungkin di dalam jangka masa 6 bulan.

Kesimpulannya :
  • Pergi check-up dekat Klinik Primer Kampus UiTM Sungai Buloh
  • Kemudian , maklumat lanjut tentang rawatan boleh diperoleh di sana.
  • Tempoh menunggu lebih kurang 6 bulan.

P/s : 
Jarang nampak lelaki pakai braces =) 

Sebarang pertanyaan , boleh email dekat Yaya. 

Wednesday 28 October 2015

Archieve Chat Whatsapp

S.K. | 09:31 | 17Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Entry Yaya kali ni ringkas je , em , In Shaa Allah . Tak janji eh . Okay , lame question , 'Siapa guna Whatsapp?'


Dah tentu lah hampir semua orang guna Whatsapp , tak kira umur , kecik , besar , tua , muda , bayi , warga emas , semua gunakan Whatsapp sekarang ni .


Pernah perasaan tak ? Kalau kita touch lama sikit pada mana-2 conversation , dia ada tulis archieve chat ? Apa kegunaan dia ? Tak ramai yang tahu sebenarnya . Meh Yaya tolong terangkan serba sedikit .


Archieve chat ni fungsi dia nak bantu kita manage conversation-2 dalam Whatsapp tu , kita taknak delete dalam masa yang sama kita nak simpan dia . Tapi , kalau tak delete, conversation chat tu banyaakkkkkk sangat . Archieve chat ni macam folder la kiranya , kita simpan mana-2 conversation yang kita nak dalam tab lain , bila kita nak tengok balik conversation tu , kita boleh buka macam biasa .


Fungsi archieve chat lagi satu adalah untuk kita ignore sementara waktu conversation orang yang kita rasa tak penting buat masa tu. Bila kita ada masa , kemudian , barulah kita baca balik . :D


Harap dapat hadam ya . Terima kasih .

whatsapp archive conversations
Sumber ihsan Google


Wednesday 21 October 2015

KTM Batu 3 ke Sunway

S.K. | 17:31 | 3Comments |
Bismillah . . .


Assalamualaikum . . 


Rasa macam lama dah tak update blog , Hmm , memang lama pun . Sekarang nak penghujung bulan Oktber dah . How's life ? So far so good ah ? Ke so far no good ? Yaya harap , semua orang dalam keadaan sihat walafiat dan ceria sentiasa hendaknya . . Sebab lama tak update blog , Yaya pun tak pasti nak tulis pasal apa . Nak tau ? Sila teruskan pembacaan anda =)

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Okay la , Baru datang idea nak tulis apa . Yaya akan tulis mengenai public transport . Memandangkan Yaya ni masih newbie lagi dekat Shah Alam , seriously , awkward lagi dengan Shah Alam ni . *Kononnya* , Okay , Yaya prefer duduk KL atau PJ sebenarnya , Shah Alam ni , Yaya tak explore betul-2 lagi . \\Bukan ada apa sangat pun untuk di explore' Eh ! Yeke ?


Entry kali ni , Yaya nak bagi panduan sikit cara untuk pergi Sunway Pyramid dari Shah Alam guna public transport . *Orang Shah Alam pun ada yang tak tau , biasa ada drebar , kalau kena pergi sendiri , mulalah kalut tak tau nak pergi* |Peace!| 


Mula-2 kita kena naik KTM dulu , kalau macam student Shah Alam area Stadium Melawati dan Stadium Shah Alam ni , komfirm-2 la kena naik KTM Batu 3 . Sampai kat KTM Batu 3 , kalau ada Touch n Go , guna je lah , kalau takde , pergi kaunter , beli tiket untuk ke Sunway , cakap kat penjaga kaunter tu , nak tiket ke KTM Setia Jaya. Dalam 2 hentian je kalau naik KTM dari Batu 3 . Kemudian , dah sampai KTM Setia Jaya , naik atas , pergi dekat bahagian BRT , alaaa , BRT tu yang bas elektrik tu . =) , Dari BRT Setia Jaya , Komfirm-2 dia akan bawa kita pergi ke Sunway , takde singgah kat mana-2 dah . 


Finally , Yeay ! Alhamdulillah , sampai Sunway . Ahaa , dah sampai Sunway tu jangan menangis pula . Sebab kena berjalan sikit lah dari stesen BRT Sunway untuk masuk ke dalam bangunan Sunway tu . Jangan risau , tak sesat punya kalau keluar-2 BRT Sunway , terus je ikut jejantas dia , sampai bangunan Sunway . Gateway bila naik BRT Sunway ni, kita akan nampak hotel dulu . Masuk je ikut hotel tu, jalan sikit-2 , sampai la shopping complex Sunway . 


Senang kan ? Have a safe journey friends !

The first fully-electric buses Malaysia will be serving the elevated Bus Rapid Transit Sunway Line from June. – Pic by Prasaana, March 17, 2015.

Thursday 8 October 2015

APA 6 Paper Format

S.K. | 20:36 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Entry kali ni ringkas sahaja. Yaya nak share kan kepada semua mengenai APA 6 Paper Format . Selalunya , kita akan gunakan APA Format ni untuk buat assignment, lab report dan juga thesis. APA Format ni sangat berguna kepada semua, khususnya student, sebab APA Format bagi Yaya sangat sistematik . Aicehh . Download , jangan tak download .


Link APA Paper Format .


Lain kali Yaya akan bagi link untuk References APA 6 Format .

Saturday 3 October 2015

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Farmasi

S.K. | 04:29 | 7Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .




RX , Simbol apa ni ? Okay, kalau student farmasi , komfirm akan familliar dengan simbol Rx ni. Simbol Rx ni mempunyai dua maksud ; 
  • Simbol untuk prescription
  • Simbol ahli farmasi

Memandangkan sekarang ni Yaya sambung dalam jurusan Bachelor of Pharmacy , jadi , Yaya rasa macam Yaya bertanggungjawab untuk memberi sedikit pencerahan mengenai kos farmasi . Sejujurnya , Yaya cakap , dari kecik sampai umur 19 tahun , Yaya tak pernah terfikir pun untuk ambil kos farmasi ni. Pemikiran Yaya sangat sempit masa tu, bila kerja, jadi ahli farmasi yang bagi-2 ubat kat patient, tu je . Eh ? Ada juga yang berpemikiran macam Yaya? Kita GENG! =)


Sebenarnya , kos farmasi ni bercabang-cabang dalam dunia ni, ada bahagian ahli farmasi, pharmceutical pharmacy, industrial pharmacy, clinical pharmacy, community pharmacy dan banyak lagi. Kalau orang cakap kos farmasi je, mesti kita akan ingat yang bagi-2 ubat tu kan? Tak sebenarnya, pharmacy student boleh jadi businessman/woman, boleh jadi pencipta ubat-2 yang terbaru, boleh jadi researcher, lecturer, etc. 


Sampai sekarang ni, Yaya tak terfikir lagi hala tuju selepas habis degree nanti. Ada juga terfikir untuk buka farmasi sendiri (sebagai side income) dan ada juga terfikir nak sambung belajar dan last sekali duduk dalam bahagian pharmaceutical pharmacy. Cita-2 je la kan . 


1. Farmasi ada kaitan dengan subjek chemistry? 

Kalau masa interview, mostly, candidates akan jawab "Saya sukakan Chemistry", "Farmasi berkaitan dengan Chemistry" bila soalan tanya, kenapa nak ambil bidang farmasi? Ohh dear juniors, salah sama sekali  ! Sebenarnya , farmasi berkait rapat dengan subjek pathology . Mostly dekat semua universiti yang tawarkan bidang farmasi , second year , subjek kita akan dipenuhi dengan subjek pharmacology,  ada sampai 4 -6 subjek pharmacology dalam semester ketiga. Sebab tu, orang selalu cakap, 2nd year pharmacy paling mencabar . 


2. Kerja farmasi bagi ubat je . 

Satu lagi pemikiran manusia alami ni, macam Yaya cakap, farmasi ada banyak cabang dan salah satu cabangnya , kena bagi ubat , TAPI , tu salah satu cabang. Banyak lagi sebenarnya, kamu boleh masuk dalam bidang entrepreneurship, education, R&D, councelling dengan mengambil jurusan farmasi. Bagaimana boleh jadi macam tu? (Amboii ! Skema bakhanggg) , Okay , macam kos-2 lain juga, bila kita dah belajar , grad semua, kita kena pilih cabang yang kita minat, kalau nak masuk dalam bidang education, kita boleh apply jadi lecturer, kalau nak masuk dalam bidang perniagaan, kita kena ada lesen sebagai ahli farmasi dulu, so on and so forth. 


3. Ada internship
Hek eleh , apa lah , nak jadi pharmacist pun kena ada housemanship / internship . Ya , mesti lah kena ada, kita mesti la kena belajar dulu, biasa-2 kan diri, kena ada orang pantau, barulah boleh jadi ahli farmasi yang berjaya . Internship untuk farmasi hanya setahun (tapi bergantung pada universiti masing-2) , bila dah habis internship, barulah kita boleh apply untuk dapatkan lesen sebagai ahli farmasi. 


4. Lesen Ahli Farmasi

Penting ke kena ada lesen ahli farmasi ni? Yups ! Sangat penting, ingat boleh suka suki buka farmasi ke kalau takde lesen ahli farmasi? Bagi yang bercita-cita untuk membuka farmasi sendiri, kita kena ada lesen sebagai ahli farmasi dahulu. Lesen ni macam lesen kereta juga la, kalau buka farmasi tanpa lesen, ia dikira haram, menyalahi undang-2, boleh dikenakan denda, ahli farmasi kan dikenali sebagai doktor dadah (ubat) , kalau takde lesen ahli farmasi, orang boleh accuse kita jual dadah yang disalahgunakan tu. 


P/s : Kekeringan idea sudah , maknanya , kena stop menaip la . :')

P/s : Alhamdulillah , everything's run smoothly, thank you . Cheering up my days . Looking forward the upcoming days . =)