Friday 21 August 2015

Cara Mengetahui Nombor Akaun SSPN

S.K. | 07:00 | 13Comments |
Bismillah  . . .


Assalamualaikum  . . .


Aiseymannnn . Masa isi online form PTPTN hari tu , tiba-2 ada dia minta nombor akaun SSPN . Ayah Yaya buka akaun SSPN ni lama da , manalah Yaya nak tahu . =P Jadi , cuba la ambil nombor akaun dekat buku akaun , tekan-2 tak boleh , tak sah katanya . Nak nangis da . Huaa . .


Kemudian , mencuba nasib je la . Rupa-2 nya , senang je nak tahu nombor akaun SSPN ni . INGAT ! Nombor akaun SSPN ada 15 digit .


2 digit di hadapan adalah nombor kita anak ke berapa .

12 digit selepas itu adalah No IC Emak atau Ayah kita

1 digit belakang random number dari computer , boleh try and error dari nombor 0-9


Contoh :

04 (Kalau anak keempat)

020617565001 (NO IC Emak / Ayah)

3


Jadi nombor akaun SSPN kita adalah : 040206175650013


Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Friday 14 August 2015

Cara Membeli No. PTPTN

S.K. | 17:51 | 3Comments |

Bismillah ..


Assalamualaikum ..


Siapa tak tahu PTPTN tu apa ? Okay , jangan nak jadi macam katak di bawah tempurung okay . PTPTN ni adalah salah satu daripada sumber untuk kita membuat pinjaman kewangan bagi menampung yuran pembelajaran . Haa camtu la cerita dia . XP


Okay , memandangkan keputusan UPU bagi Lepasan STPM 2014 dan setaraf dah keluar , ni lah masanya untuk korang cari dana bagi membiayai kos pembelajaran korang . Salah satunya , untuk IPTA dan IPTS adalah dengan memohon pinjaman PTPTN . 


Macam UPU juga , Nak mohon PTPTN kena beli nombor pin , nombor pin PTPTN berharga RM 5 dan boleh beli di BSN . Terdapat 3 cara untuk membeli nombor PTPTN , 


1. Kaunter BSN :

Senang je , pergi dekat kaunter BSN tu cakap , 

'Bang / Akak , saya nak beli no pin PTPTN' 

Kemudian , isi borang , nama & No IC kalau tak silap , bayar RM 5 , tunggu sekejap , then mereka akan bagi la slip no pin PTPTN .


2. Mesin ATM :

Kalau nak beli no pin PTPTN menggunakan mesin ATM , pembeli perlulah mempunyai kad ATM BSN . Tak kisah lah kita nak guna kad mak , ayah , abang , kakak , makcik , pakcik , asalkan diorang benarkan . Cuma , masa nak isi beli no pin tu , bawa masuk lah No IC kita , jangan no IC diorang pula . 

Bawa masuk kad > Tekan no pin > Pilih Lain-lain > Pilih beli No. PIN > Tekan PTPTN > Masukkan No IC > Akan keluar menu semakan dan pembayaran > Pastikan semua betul , tekan YA > Tunggu sekejap , slip No pin PTPTN akan dikeluarkan .


3. SMS :

Kaedah melalui SMS ni Yaya tak berapa pasti , jadi , Yaya google kan untuk kamu . Mula-2 kita mesti ada akaun Online Banking BSN . Caranya seperti di bawah ini .

PENDAFTARAN DI ATM / CDM

 - Masukkan kad MATRIX BSN

1.   Pilih Bahasa
2.   Masukkan NO. PIN
3.   Pilih Urusan Lain
4.   Pilih Perbankan SMS
5.   Pilih Pendaftaran
6.   Masukkan No Telefon Bimbit
7.   Urusan Telah Berjaya

8.   Slip dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC
9.   SMS pendaftaran berjaya akan diterima (6 digit M-PIN + 2 digit UAC)


PENTING:
Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan nombor M-PIN di dalam telefon bimbit anda. Kerahsiaan nombor M-PIN adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya berlaku kehilangan telefon bimbit, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 dengan segera untuk pembatalan.



FORMAT SMS

Format Pengaktifan
ACT<jarak>M-PIN<jarak><4 digit UAC>XX

Contoh :  ACT 111222 123499
hantar ke 36898

NOTA: XX adalah 2 digit UAC yang akan dihantar dalam SMS pertama
Format Pembelian PIN
PIN<jarak>M-PIN<jarak>PTPTN<jarak>KP

Contoh :PIN 123456 PTPTN 700519085801
hantar ke 36898
Format Pengesahan
CONFIRM 1234
 atau CANCEL 5678
hantar ke 36898


Sekian , terima kasih . Harap membantu =D

Yaya nak ajak kawan-2 mendaftar sebagai Agent Affliate Simple Hijab . Untuk mendaftar , klik SINI .

Tuesday 4 August 2015

Lesen Kereta QTI Test

S.K. | 18:21 | 2Comments |
Say NO to Failure :D 



Bismillah...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah . LULUS QTI Test . Kau ingat senang ? Punya lah SA Node & AV Node ber 'lub' 'dup' 'lub' 'dup' dengan velocity  tahap infinity . Akhirnya . Syukur selalu . =) Cepat-2 balik ke rumah dengan hati yang girang . Hokey , menipu . *Padahal , jumpa geng buat gossip , sanggup tak nak balik lagi - Perempuan kannn*


QTI Test ni apa sebenarnya ?


QTI Test adalah ujian Pra-JPJ . Macam kalau exam UPSR , PMR / PT3 , SPM , STPM , mesti ada Trial dulu kan? Haa , QTI macam tu juga la..


Sistem QTI ni lebih kurang sama dengan JPJ Test , cuma , bukan Incik JPJ yang memantau kita , Cikgu sekolah memandu tu akan memantau kita .


First of all , sebelum ambil QTI Test ni , kena isi borang dan scan jari dulu . Dah siap , kena tunggu giliran (kalau ramai orang la) , kemudian , dah sampai giliran kita , kita buat la .


QTI Test ni merangkumi ujian Naik/Turun bukit , Parking Sisi , Laluan S & Laluan Z . Dah habis ujian dalam litar , kita kena buat RSM & RPK . Kemudian , ada sesetengahnya , akan buat ujian on the road (jalan raya) , ada yang tak kena .


Dah siap semua tu , pergi semula scan jari .... The End .


Kalau tak lulus , kena buat lagi sekali QTI sampai lulus . ^_^


P/s : Nak nota ringkas RSM & RPK ? Klik SINI 

Sunday 2 August 2015

RPK & RSM Lesen Memandu Kelas D

S.K. | 10:43 | 8Comments |
Bismillah...


Assalamualaikum..


Tebal kan buku teks Kelas D Manual ni? T_T Belek isi dalam , benda yang sama je semua sekali .. Haihh . Percaya atau tidak , Yaya baca satu buku ni =P Nampak tak kebosanan tatkala menunggu masuk Degree ni.. ? Okay , ni semua propa . Yaya baca 3/4 daripada buku ni .. Nerve wrecking . Takut mehh ujian JPJ & QTI .



Sistem JPJ yang baru ni , bagi mendapatkan Lesen P , calon perlu lulus dalam dua ujian :
  1. QTI (Pra-JPJ Test , Merangkumi Ujian RPK & RSM)
  2. JPJ Test 


Apa tu RPK & RSM? 


RPK : Rutin Pemeriksaan Kenderaan

Dalam RPK , kita kena terangkan serba sedikit mengenai komponen-2 kenderaan dan check kenderaan sebelum digunakan . Sama ada selamat atau tak .


RSM : Rutin Sebelum Memandu

RSM ni pula , kita kena check lampu-2 yang terdapat dekat meter tu , cek brek tangan , minyak , Meter minyak , semua-2 tu la..


So.. Yaya nak kongsikan sedikit nota ringkas untuk mereka yang bakal buat ujian QTI .. Semoga sama-2 berjaya dan lulus dengan cemerlang.. Amiin.. Ohh , btw , Nota-2 ni Yaya taip balik , terjumpa dalam blog Aku Memang Ceria .



RPK : Rutin Pemeriksaan Kenderaan



RSM : Rutin Sebelum Memandu






The end ~ Fuhhh . Penat menaip.. 

P/s : Good luck Yaya , semoga Lulus Cemerlang Gemilang Terbilang .. Amiin :D
P/s : Btw, sesiapa yang nak contoh apps Soalan Ujian Statik boleh tengok SINI 

P/s : Kalau nak lebih jelas, boleh pergi kat SINI


***UPDATE ! Gambar yang Yaya taip tu hilang, jadi, Yaya pinjam gambar-2 dari blog Aku Memang Ceria dulu .