Saturday, 2 November 2019

Tutorial Cara Mengisi Sistem PRiSMA

S.K. | 10:32 | 3Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . .

PRiSMA adalah sistem yang dikhusukan kepada semua pelajar farmasi di Malaysia. Hanya pelajar farmasi sahaja yang gunakan sistem ni, faham kan? :) Jadi, maknanya, entry kali ni memang khusus untuk pelajar farmasi lah cerita dia ^_^ Aku saje je buat post ni untuk panduan mereka yang memerlukan. Sebelum apply untuk housemanship dalam sektor kerajaan, ada tiga sistem yang kita perlu isi ; PRiSMA --> SPA --> ePharmacist. 


PRiSMA ni adalah sistem untuk kita dapatkan nombor PRP (Provisionally Registered Pharmacist). Kalau takde nombor PRP, kita tak boleh buat housemanship tu tak kiralah di sektor kerajaan atau swasta. Harap brief explanation ni jelas ya :) Jom mulakan tutorial ^_^ Oh, sebelum tu, sistem PRiSMA ni agak complicated dan mengambil masa. Nasihat aku, lepas habis exam (last paper semester akhir atau buat dari sekarang, pergi buka dulu akaun PRiSMA ni.

Dokumen yang diperlukan ;
1. Surat tamat belajar
2. Transkrip
3. Sijil Exam Law

3 dokumen ni WAJIB disahkan oleh Registered Medical Doctor atau Registered Pharmacist. Salah satu, tak kisah lah kenal ke tak doctor atau pharmacist tu. Make sure dapatkan cop diorang yang ada nombor registration diorang & annual certificate number (ni boleh tulis tangan). Lepas tu, scan elok-2 biar jelas. Untuk surat tamat belajar dan transkrip, make sure gabungkan jadi 1 file.














P/s : Sebab malas nak taip, aku bagi gambar je yang aku dah buat dekat IG. Good luck everyone ^_^ Semoga dipermudahkan urusan :")

Sunday, 25 August 2019

Ubat Semasa Travel

S.K. | 00:00 | 2Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Nak Standby Ubat Apa Ye Masa Travel? Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku sepanjang travel:


1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti! 

✅ Paracetamol
  • Demam, tak sedap badan, pening kepala


✅ Loratadine
  • Selsema/alahan/gatal
  • Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil


✅ Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)

✅ OTC throat lozenges
  • Melegakan sakit tekak
  • Ada juga buat hilang mengantuk ketika drive😅


2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak? Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!

✅ Dimenhydrinate
  • Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan


✅ Charcoal tablets
  • Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
  • General detoxification agents. Boleh bantu menyah toksin di dalam perut


✅ Hyoscine butylbromide
  • Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa


✅ ORS (air garam)
  • Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut



3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak terhiris jari?

✅ Mefenamic acid
  • Ubat tahan sakit


✅ Pain management cream/oinments
  • Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan


✅ Krim luka
  • Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil


✅ Plaster luka
  • First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!


Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.

Sumber : Facebook