Friday, 31 July 2015

Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015

syafi khizar | 15:55 | 60Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Sebelum Bulan Ogos menjelma dalam kurang 24 jam lagi :P , Yaya nak cari 10 orang Blogger bertuah untuk menjadi Bloglist Yaya sepanjang bulan Ogos - Disember . Btw , 10 orang blogger dijadikan Bloglist selama satu bulan .




Kelebihan jadi Bloglist Yaya 
  • Blog anda akan di Review pada hujung bulan
  • 1X Blogger bertuah akan mendapat hadiah istimewa 

Syarat-2 :
  • Follow blog Yaya (Optional)
  • Buat satu entry Pencarian Bloglist & Review Blog Ogos - Disember 2015
  • Tinggalkan komen URL blog anda

Due Date :

Bila list kat bawah ni dah penuh :)


August 2015 :


2. Aina.Alia : http://ainaalia5775.blogspot.com

3. Jiakreatifelt : http://www.jiakreatifelt.com

4. The Only Way I Sharing My Story : http://myupdatestory2u.blogspot.com

5. Cerita Vitamin Wawa : http://vitaminwawa.blogspot.com

6. Mastura Aziz : http://strawberrysgurls.blogspot.com

7. The Dark Horse : http://shafuhann-smab.blogspot.com

8. Jom Bercontest : http://jombercontest.blogspot.com

9. Assalamualaikum : http://myemosaid.blogspot.com

10. Princess Comey : http://princesskechikk.blogspot.com


September 2015 :

1. Ini Laman Belog Saya : http://inilamanbelogsaya.blogspot.com

2. Lyalee : http://lyalee.blogspot.com

3. Zszailaaa : http://notefromtheslave.blogspot.com

4. Zaleha Awaluddin : http://providenetwork.com

5. Fatin Liyana : http://yumikumiko92.blogspot.com

6. Cik Candy : http://cikcandysour.blogspot.com

7. Kak Gojes : http://www.kakgojes.com

8. Yusla Mahat : http://ummidihatiku.blogspot.com

9. Ms. Kejupenyet : http://akukaudansesuatu.blogspot.com

10. CikNa : http://cikna136.blogspot.com


October 2015 :


1. Syazwina Samsudin : http://nursyazwinas.blogspot.com

2. Fatin Annis : http://misshainanis.blogspot.com

3. Nieyl : http://seindahcerita.blogspot.com

4. Uncle Pudgy Daddy : http://www.zukidin.com

5. Eintan Nurfuzie : http://www.nurfuzie.com

6. Misya : http://www.aimisyahirah.com

7. Aeinna Musa : http://www.aeinnamusa.com

8. Liyana Kirana : http://kiranasyah.blogspot.com

9. Syahidah Fadilah : http://www.syahidahfadilah.com

10. Clovershoney : http://clovershoney.blogspot.com


November 2015 :


1. Ruqaiyah Amanina : http://www.naniena.com

2. Fiy Ya : http://nampakjiwaterbang.blogspot.com

3. Miss Joan : http://bellthering.blogspot.com

4. Syaidah Seha : http://cahayakukasih.blogspot.com

5. Sihasyaa VII : http://diarisenjaa.blogspot.com

6. Maisarah Humaira : http://www.maisarahsidi.com

7. Una : http://kisahsigadisleo.blogspot.com

8. Iyraa Cariyno : http://iyraacariyno.blogspot.com

9. Riana Littlecuties : http://rianalittlecuties.blogspot.com

10. Siti Farhahnis : http://theaniss.blogspot.com


December 2015 :


1. Mrs A : http://mrsablogstori.blogspot.com

2. Fatin Nadia : http://ateynteyn.blogspot.com

3. Zaidalifah Hussin : http://kumahuitu.blogspot.com

4. Puteri Wani : http://blogprincessshin.blogspot.com

5. Sayidah Napisah : http://www.sayidahnapisah.com

6. Nisha : http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com

7. Papaglamz : http://www.foodstylo.com

8. Milx Hashim : http://jmbelog.blogspot.com

9. Alyani Matsyah : http://alyanimatshah.blogspot.com

10. NurHafzhan : http://hafzhanrauf.blogspot.com


Pusat Bandar KL ke Puncak Alam

syafi khizar | 15:28 | 2Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum...



Sajelah dok mengusha 'keywords' dalam blog Yaya ni.. Rasanya kebanyakan macam junior-2 la kot yang buka tengok entry UiTM Puncak Alam ni.. Setiap hari mesti ada keyword 'Cara nak balik Palam dari Midvalley , Times Square , etc' 


Memandangkan petang ni Yaya baik hati + rajin sikit nak hapdate blog , maka Yaya bimbinglah korang semua . Aicewahhhh .. Senang je , cuma perlu menaiki dua kenderaan yakni LRT & Rapid KL . Yang ni yang biasa Yaya gunalah , boleh je kalau nak guna KTM sampai Shah Alam terus , tapi dia akan berhenti dekat Batu Tiga kalau tak silap . One day , Yaya dah mahir Yaya akan ceritakan . One day la kan , bukan sekarang . :)


Tak kisahlah dari pelusuk mana korang pergi , Mid ke , TS ke , Sunway ke , OU ke , etc . Pokok pangkalnya , sila naik LRT berhenti ke KL Sentral .


Dah sampai KL Sentral , Cari jalan keluar dari KL Sentral , alahh jalan raya biasa tu , yang ada trafic jam , kereta , Rapid KL lalu lalang .


Kemudian , korang jangan naik apa-2 Rapid KL yang berhenti kat luar tu , korang kena berjalan sikit ke depan & melintas jalan sampai jumpa stesen minyak . Exxon Mobil ke Petron , camtu la.. Depan stesen minyak tu ada International Brickfields College ||Tak ingat nama la pula|| Tapi ada kolej swasta la kat situ.. Ahaa, tunggu Rapid KL kat situ



Dah sampai depan stesen minyak tu , korang tunggu Rapid KL U80 . U80 ni akan berhenti dekat Seksyen 2 UiTM Shah Alam .


Dari Seksyen 2 UiTM Shah Alam , tunggu Rapid KL U90 . U90 akan bawa korang balik UiTM Puncak Alam . 


Alhamdulillah . Selesai sudah :D Have a safe journey guys !

Semakan UPU ke IPTA Lepasan STPM dan Setaraf Sesi 2015/2016

syafi khizar | 15:01 | 1Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Semakan kemasukan ke IPTA bagi lepasan STPM dan setaraf bagi sesi 2015 / 2016 dah tak lama dah.. Untuk memudahkan semua , Yaya sediakan link untuk semakan pada 11 @ 12 / minggu kedua bulan Ogos 2015 . Ada dua cara ,

1. Melalui SMS 

UPU<jarak>RESULT<jarak>[No Kad Pengenalan] hantar ke 15888

Contoh : UPU RESULT 960117565200 hantar ke 15888



2. Melalui Semakan Online 



Permohonan yang gagal boleh membuat rayuan di http://upu.moe.gov.my/web 

atau 

Hubungi : 03-88706767 / 03-88706777 

bermula dari 7.30 am - 5.30 pm pada setiap hari bekerja.


P/s : Good luck kepada semua . Doakan yang terbaik buat Yaya , Yaya tak tunggu UPU da :)

Skirt Murah

syafi khizar | 14:37 | 0Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Entry support business family . Ehem , Rakan-2 bloggers sekalian . Kepada mereka yang berminat memakai skirt , ni diaaa , Yaya kongsikan salah satu daripada kedai-2 yang menjual skirt murah-2 tapi selesa dipakai dan ikut trend masa kini .


Business ni kakak sepupu Yaya yang jalankan bersama kawan-2 dia kalau tak silap . In shaa Allah , Boleh dipercayai . Bukan skirt sahaja yang dijual , malah Floral Mask turut dijual sekali .






Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :

Instagram : @skirtborong

Whatsapp / Wechat : 0129562926


P/s : Bila agaknya nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan ni.. Hmm..

Thursday, 30 July 2015

CPUV Nuffnang #3

syafi khizar | 21:34 | 2Comments |
Bismillah...


Assalamualaikum..



Basically , antara CPUV Nuffnang pada bulan July 2015 .  Bulan keempat bersama Nuffnang :-)


Majulah Nuffnang untuk Yaya :D Semoga mereka yang letak Nuffnang dalam blog mendapat CPUV juga .. Amiin .. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan menabung.. Yaya akan singgah dan isi tabung korang nanti :)

CPUV Nuffnang Tips

syafi khizar | 21:11 | 6Comments |
Bismillah...


Assalamualaikum..


Ini adalah entry yang teramat ringkas..


Setelah membuat kajian.. Yaya dapati....


Iklan CPUV Nuffnang melekat di blog pada pukul


  • 12 am setiap hari
  • 12 pm setiap hari
  • 4-6 pm setiap hari (Kadang-2 ada , kadang-2 tiada)

So ..


Kepada mereka yang dapat bonus CPUV Nuffnang , rajin-2 kan lah tingkatkan trafik blog pada waktu-2 di atas . In shaa Allah , income anda pun meningkat .


Sekian berita dari saya pada ketika ini . Kembali bersua pada masa akan datang . In shaa Allah .


Tips Dapatkan CPUV Nuffnang 

Tips Score Bahasa Arab

syafi khizar | 20:42 | 6Comments |


Bismillah..


Assalamualaikum..


Kadang-2 ada junior-2 tanya ,

'Akak , macam mana nak skor Bahasa Arab? Saya tengok akak senang je skor Bahasa Arab'

Dusta . Sangat dusta . T_T Di mana ada kemahuan , di situ ada jalan ..


Seriously , Yaya first time belajar Bahasa Arab betul-2 masa Form 1 . Tu pun sebab kawan hasut

'Kau nak duduk kelas nombor 3 & 4 ke? Yang tak amik Arab semua kena duduk kelas 3 & 4'

Dengan keadaan terpaksa , Yaya pun ambil la ujian Bahasa Arab , dan entah macam mana , boleh tercampak dekat kelas pertama . Serius ! Rasa bangga masa tu. ~_~ Lama kelamaan , bila dah mendalami Bahasa Arab ni , rasa best sangat & sayang untuk tinggalkan .. Maka , sampai SPM la Yaya setia dengan Bahasa Arab . Alhamdulillah , ujian mula-2 masa form 1 dapat 76 which is B , lain-2 semuanya A 85 ke atas .. So , tipsnya adalah....



1. Ikhlas 

Nak belajar mesti kena ikhlas .. Bila kita ikhlas lakukan sesuatu kerana Allah , in shaa Allah dipermudahkan jalan . Bila belajar tu , cuba positifkan diri , sentiasa baiki niat.. 'Ya Allah , permudahkan lah aku mempelajari bahasa al-Quran ini agar aku dapat memahami dan mendalami Kitab Al-Quran-Mu dengan lebih yakin dan khusyuk.' Amiin.


2. Jangan pernah jemu

Belajar bahasa kadang-2 buat kita jemu, lagi-2 bila tak dapat nak hafal atau faham apa yang kita belajar tu.. Bila kita rasa jemu , cepat-2 cari kawan ajak kawan belajar & mengajar kita . Selain tu , banyak kaedah boleh kita gunakan untuk hilangkan rasa jemu belajar bahasa.. Kita boleh buat game bahasa Arab  menyanyi lagu-2 Arab , Bersyair , etc..


3. Rajin

Sebab Bahasa Arab bukan 'ibu lidah'  (MotherTounge) kita , jadi kita kena rajin untuk selalu tengok nota dan menghafal . Iya ! Menghafal . Sebelum tidur dan bangun pagi Yaya akan menghafal dulu beberapa Nahu , Muradif , Mudhod , Insha' , etc baru .. Masa nak berjalan pergi sekolah pun kadang-2 mulut Yaya akan terkumat-kamit mengingati apa yang dihafal.. Kalau nak lagi best , hafal dengan partner . Jangan hafal beramai-ramai , takut banyak bersembang je nanti..


4. Ajar orang lain

Selalulah ajar orang lain bila kita faham sesuatu ilmu tu , In shaa Allah , kita akan lebih mudah faham dan ingat apa yang dipelajari.. Tak pun buat sesi soal jawab dengan apa yang kita da hafal .. Mula-2 kita hafal dan partner tengokkan , kemudian tukar giliran , partner hafal kita betulkan mana yang salah.


5. Rajin buat latihan 

Practice Makes Perfect . Biasa dengar kan? Bila kita dah selalu sangat buat latihan , automatik , otak kita akan cekap dan tahu mana satu jawapan yang betul dan yang salah. Boleh buat latihan dari pelbagai buku yang berbeza atau boleh buat latihan dari soalan yang sama berulang-ulang kali.. Yaya sarankan , banyakkan guna buku Past Year dan Soalan-soalan Percubaan Past Year.. Soalan Bahasa Arab ni kadang-2 berulang juga..



Okay la , sampai di sini sahaja tips Bahasa Arab buat kali ni.. Fi hifzillah .


P/s : Jangan persoalkan kenapa gambar Whatsapp sama sepanjang tahun . Gambar je pun =P

Boys VS Girls - JinnyboyTV

syafi khizar | 16:01 | 2Comments |
Bismillah..





Assalamualaikum...





Honestly , suka dengan video ni.. Perempuan kan , mestilah kena cerewet dengan semua benda.. Tapi ada beberapa part yang Yaya tak suka dalam alam yang nyata ..





  • Lelaki yang KATANG , SADO ... Yuckkkss ! Geli .. (Buat masa sekarang la) Yaya suka yang badan biasa-2 je , takyah nak sado sangat la kan.. Takyah work out sangat.. Geliii . . 
  • Lelaki yang rambut panjang / berjambul .. T_T Tak kemas rambut diorang.. Tak suka.. 
  • Lelaki yang tak suka shopping a.k.a window shopping... Sungguh menyedihkan ~_~ Well , Yaya suka window shopping , tengok barang comel-2 , main-2 Bubbles , :D



Btw , this video totally... DAEBAK :D 


P/s : Dah kenapa cakap pasal ciri-2 lelaki yang Yaya tak suka nak dekati ... U_U

Ayat Sentap 3

syafi khizar | 07:32 | 8Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum...


Hari ni, Yaya akan kongsikan beberapa ayat sentap , em' ayat teguran secara halus pun boleh daripada pembacaan Yaya sama ada di Facebook , Blog , mana-2 buku atau mana-2 laman sosial yang Yaya jumpa..


Peringatan ! Ayat-2 di bawah ni bukan hak milik Yaya , 100% hak milik mereka yang menulisnya di Facebook , blog , buku-2 dan mana-2 lah :)




Ada orang yang rayanya hari-hari. Ada orang pula yang sejak hari pertama lagi sudah tidak beraya. Tsk.


Dalam banyak-banyak benda, benda apa yang selalu rosak masa hari raya? Mutabaah amal.

Kalau Palestin ada bazar Ramadhan, konfem takde bazir makanan macam kat Malaysia, sebab depa selalunya kebuluran.

"Apsal kau monyok je?"'Sebab esok dah start pose. Lecehlah.'"Oh. Setahu aku, setan je yang sedih bila tiba Ramadhan ni."

Budak-budak zaman sekarang, Quran hanya akan dibaca bila ia diletakkan sebagai status di MukaBuku.

'Aku takut oh nak tegur dia buat maksiat.'"Kau lagi takut nak tegur dia kat dunia atau nanti dia tegur kau kat Mahsyar sana?"

Diam boleh jadi tanda setuju. Tapi dalam banyak keadaan, diam tu tandanya malas nak layan. Bercakap baik (faedah) atau diam.


Klik : Ayat Sentap 2

Wednesday, 29 July 2015

1st Segment by Black Queen

syafi khizar | 18:04 | 4Comments |


Bismillah...


Assalamualaikum...


This is the very first segment by Black Queen.. Nak join boleh klik SINI


Tugasan untuk segmen kali ni adalah 'describe tentang diri korang dalam satu perkataan'


Nimble


Dalam bahasa kampung bermaksud cepat dan laju . Orang selalu panggil Yaya 'Bullet Train' & 'Machine Gun' . Tak patut kan ? Yaya digelar sedemikian sebab kebolehan bercakap laju pelbagai bahasa tanpa henti dalam masa 5 minit dan boleh baca paragraph yang panjang kurang dari 5 minit.. Dipanggil Bullet Train juga sebab kelajuan Yaya dalam bergerak.. Contoh, bila nak masuk dalam bas Rapid , orang lain sibuk beratur panjang , Yaya dah ada dalam bas Rapid tu dah.. 

Dan last sekali , Yaya rasa 'Nimble' paling sesuai untuk Yaya sebab kalau ada apa-2 tugasan yang cikgu / lecturer bagi , komfirm 1/2 jam lepas tu Yaya dah siap.. Contoh la, tugasan tu kena hantar dalam masa tiga hari lagi, Yaya dapat tugasan terus buat tanpa buang masa.. 


Okaylah !  That's all.. ^_^

Tips Kecantikan Sebelum Masuk Tidur

syafi khizar | 16:50 | 3Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Idea tetiba datang malam tadi sebelum masuk tidur.. Aiceh.. Nak bagi tips kecantikan konon.. :P Sebelum masuk tidur , semua orang mesti tak sabar-2 nak panjat atas katil || Termasuk Yaya || , Kadang-2 rasa malas gila nak cuci mencuci muka semua ni.. Bila dapat katil tu , Ya Allah , nikmat dia .. Hanya Tuhan yang tahu..


Hokey la semua , kalau nak cantiksss dari muda sampai tua , kena pandai jaga diri.. Jangan malas melampau sangat... Dalam entry kali ni, Yaya kongsikan beberapa tips yang Yaya biasa amalkan dan gunakan an nikmat bai menjaga kebersihan diri , kecantikanss kulit || Ya.. Ya.. Iolsss tahu , muka iolsss takde la cantiksss macam muka Nora Danish , but cantik what ! Allah jadikan :D Natural beuty bebeh =P || Semua orang cantik apa.. Jangan nak rendah diri sangat la kan.. Bersyukur apa yang ada. =)


1. Berus gigi

Kawan-2 sekalian , sebelum masuk tidur, jangan lupa berus gigi untuk elakkan gigi daripada berlubang (karies gigi) a.k.a kaviti ibu..... Menurut kajian.. Aicehhh ! Kaviti gigi dapat dielakkan sekiranya kita gosok gigi 2 kali sehari atau setiap kali selepas makan.. Impak kaviti gigi yang terlampau ekstrem dalam mulut boleh buat gigi kita berlubang selain daripada gigi penuh bakteria dan jalan akhir, gigi yang penuh dengan kaviti dan karies tu kena cabut.. Bila dah gosok gigi , barulah senang hati... :)


2. Membasuh muka

Sebelum masuk tidur , WAJIB basuh muka , malas nak cuci dengan pencuci muka pun takpe , just basuh dengan air sejuk @ suam supaya hilang segala kotoran dan liang-2 pori kat muka terbuka.. Bia muka dah bersih , minyak takkan ada kat muka dan Incik Jerawat pun tak berani nak mengorat.. Kelebihan lain bila basuh muka ni, kita akan berasa lebih segar , selesa dan dapat tidur dengan penuh yakin.. Tidur pun kena yakin tau.. :P Honestly , Yaya memang tak guna pencuci muka , sebab kulit muka akan cepat je kena mengorat.. Sebab tu lebih selesa cuci dengan air sejuk je :D


3. Ambil wudhu'

Macam biasalah kan , sebagai seorang Muslim , wudhu bukan kita gunakan untuk solat je , tapi untuk macam-2 .. :) Bila dah ambil wudhu', in shaa Allah , diri kita terpelihara dari segala macam anasir-2 jahat zahir dan batin...


4. Sapukan krim malam untuk muka 

Yaya gantikan krim malam muka dengan Bio-Oil.. Kenapa? Sebab kulit Yaya sebati dengan Bio-Oil.. Kalau guna krim-2 muka , pencuci muka mesti kulit makin teruk.. Yaya gunakan Bio-Oil ni untuk kekalkan kelembapan kulit dan elakkan kulit daripada berjerawat.. Selain tu, Bio-Oil berjaya bersihkan dan bagi keyakinan pada Yaya bila bangun pagi.. Bangun pagi takdelah nampak muka macam pocong sangat.. Bangun pagi muka kekal lembap macam biasa.. :)


5. Sapukan lotion pada seluruh badan

Setakat ni, Yaya gunakan Vaseline .. Kenapa kena sapu lotion? Untuk bagi kecantikan kulit.. Untuk elakkan kulit daripada terlalu kering.. Untuk kekalkan kelembapan kulit..Cuaca sekarang yang panas terik dan lembap kadang-2 boleh merosakkan kulit kita.. Untuk cegah daripada kulit kita rosak, kita boleh sapukan lotion untuk kekalkan kelembapan.. Ingat ! Kulit ni kita nak guna sampai tua, bukan masa muda je..


6. Minum air masak

Ada kajian cakap tak elok minum air masak sebelum tidur , ada kajian sarankan minum air masak sebelum tidur.. Mana yang betul wallahualam.. Yaya amalkan minum air masak sebelum tidur sebab Tok Yaya cakap dapat elakkan badan daripada kekurangan air di samping dapat menjaga kulit muka dan badan.. Petua orang-2 tua selalunya betul, sebab tu Yaya ikut je.. :D




Tuesday, 28 July 2015

Review Tribulasi 365

syafi khizar | 07:25 | 7Comments |


Bismillah..


Assalamualaikum..


TRIBULASI 365 by Dr. Anwar Fazal ... Awesome bebeh... Ringkas tapi padat dengan nasihat berguna untuk diri sendiri.. kadang-2 baca terkena batang hidung sendiri.. Kadang-2 baca terkenang batang hidung orang lain., eh.. :P 


Tak rugi beli.. Huntung kak patenn .. Suami pandai berkata-kata.. Hopefully , both of you kekal sampai Jannah.. in sha Allah.. amiin...


Kat mana nak beli Tribulasi 365 ni ?? Chuolllsss boleh dapatkan di http://www.whitecoat.com.my .. Buat masa sekarang ni tak keluar lagi dekat kedai-2 buku besar gedabak tu , jual online je ada.. In shaa Allah , akan datang akan dijual di pasaran.. Yaya rasa , impak dari buku Diagnosis n Diagnosis 2 , Tribulasi 365 ni mesti akan jafi best seller juha nanti.. Waaaaaa.... 


Haihhh , kena buat buku jugak ni , duit sampingan untuk kahwin nanti... =P Jeles mehh  tengok orang keluarkan buku sendiri kemudian jadi best seller , Abang Rady boleh buat buku sendiri dalam masa sebulan takkan Yaya tak boleh? 


Foot note :

- Hakak Paten mohon bagi free satu buku Tribulasi 365 , dah tolong promote ni.. :P

- Search box aku rosak ke eh? Asal type huruf F , mesti automatik keluar nama tuuuuuutttttttt ... =="

- Di Subuh nan indah , terkeluar habis segala surat dari zaman SBP , Kolej Yayasan Felda n Asasi .. Lews.. Surat junior-2 mengadu masalah dengan kawan-2 , minta kejut pagi , surat minta maaf pecahkan gelas .. Mihmihmih.. Hakak simpan surat uollssss tau.. bangga lah sikit.. :P

Saturday, 25 July 2015

Ceritera Syawal

syafi khizar | 23:09 | 1Comments |


Bismillah.....


Assalamualaikum.. (Waalaikumsalam Tuan Tanah) :P

Walawehhhh... Kalau you tahu I curi mana poem tu , mesti you marah gila . . :P Dearest friend , sorry meh.. Aku bukan penyajak , penyair , nak ubah , gubah cipta sajak , syair bagai . Copy paste aku reti la .  




Walawehh.. Mood beraya korang ada lagi ke? Jujur ! Yaya langsung takde mood untuk beraya.. Ikut je family bawa pergi mana-2.. Nak beraya sendirian.. Em' Tunggu kahwin nanti la.. :P Encik Suami sebagai driver senang sikit.. =P ||Sungguh merepek, mohon abaikan||


Apa yang best raya kali ni? Mesti la berjumpa dengan sanak saudara yang jauh di mata.. Terbaca Siakap Keli punya post, dia cakap SK kurang rapat dengan sepupu sebelah ayah berbanding dengan sebelah emak. Korang macam mana? Kalau diikutkan salasilah keluarga.. Alhamdulillah.. Yaya rapat dengan kedua-dua belah.. Takde pilih kasih hokeyy.. -__- Tapi bila makin membesar ni, Yaya dapat rasakan sedikit jurang dengan sepupu belah ayah.. Ye la, dulu semua kecik-2 lagi, muka berlemuih, comot je.. Sekarang semua nahhh.. Cantikss, ayu-2,belaka.. Pandai make-up bagai.. ||Imma Natural Beuty, Tak payah make-up semua tu.. Bedak pun sensetip kalau guna, Acane tu?|| Plus, ada boyprennddd belaka.. Malas aihh nak nyibuk-2.. Duduk diam-2 baca buku sorang-2 lagi best.. :P


Anyway, yang paling syok raya tahun ni sebab.. Anak buah ramai.. muehehe.. ||Sebelah emak|| Bukan anak saudara dari kakak Yaya.. Tapi, anak-2 abang-2 & kakak-2 sepupu.. Dekat 50 orang semua sekali.. Tbh, Happy gila ramai budak-2, my world bebeh ! Takyah sibuk pikir isu semasa, enjoy je main dengan anak-2 syurga tu.. Macam-2 gelaran dapat raya ni.. 'Awak ni macam popcorn laaaa , Awak ni Pak Arab..' Part paling best masa diorang berebut mainan.. Puas moyang mereka nak pujuk.. Tiba-2.. Rayyan datang..



"Achik.. Jom main Ipad " Sambil pegang Ipad kat tangan kiri, sebelah tangan lagi hulur pada  tangan Yaya, lari-2 anak pergi dapur semata-mata nak ajak main game..



Adik-beradik Rayyan ni semua pendiam je dulu , sekarang Ya Rabb.. Kecoh satu kampung.. Kalau tengok bola tu, orang lain kena senyap diorang je nak mengulasnya..



Tak shabaarrr tunggu Raya Haji ni.. ! Missing them !



Paling best raya ni , hidup bebas . . Tenang . Aman . Bahagia .


Paling best raya ni , 'they' made my day . .


Paling best raya ni , Alhamdulillah, Semuanya dah selesai.. Terima kasih <3


Paling best raya ni , Kecoh pabila budak laki sekolah rendah datang beraya kat rumah, buka citer macam-2, bandingkan kehidupan dulu dengan sekarang.. Hiruk pikuk satu rumah...


Paling best raya ni.. Bersama yang tersayang.. <3 Uhuks . Maksud Yaya, family =)

Friday, 24 July 2015

Farm in the City

syafi khizar | 21:25 | 2Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Farm in the City, Seri Kembangan, Selangor..


Hokey... Yaya tak pernah sampai sini lagi.. Teringin... T_T .. Masuk umur baru nanti Yaya nak ajak ehem . Mereka yang tak tunaikan janji bagi aiskrim teman Yaya pergi sana.. Mereka belanja.. wahahaha.. Just kidding . 


Habis Asasi aritu berhajat nak gi Seksyen 7 dekat Street Art tu.. Tetiba rasa kat situ tak menarik.. Menarik lagi yang kat Penang punya. :D Berhajat sebelum umur 25 nak menjelajah Eropah.. Jadi Backpackers , Em.. Kalau pergi sorang-2 nampak bahaya.. Kena pergi berdua ni.. Jeng.. Jeng.. Jeng.. Cari mangsa yang dapat layan otak nak jadi backpackers ni.. Amiin.. In shaa Allah ada rezeki sebelum sambung master.. 




P/s : In shaa Allah, kalau ikutkan, tahun depan Yaya sekeluarga dapat mengerjakan ibadah haji.. Doa-2 kan la ye.. :) Amiin.. 


P/s : Nak ikut Pak Ngah & Mak Ngah pergi Umrah awal Januari tahun depan.. Harap-2 dapat.. Amiin.. 

Sunday, 19 July 2015

Senarai Peserta & Pemenang Segmen Memoir of Ramadhan by Yaya

syafi khizar | 19:26 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..


Hadiah topup raya tahun ini jatuh kepada..


*Drum Roll*




Terima kasih kepada yang sudi join segmen Yaya.. Tbh, buat segmen ni suka-2 je. :) Tak kisah tiada sambutan pun.


Disebabkan  Yaya da niatkan, kalau penyertaan kurang dari 10 orang, Yaya akan bagi semua peserta hadiah.. So.. Untuk mereka yang lain. Yaya akan promotkan blog dalam setiap entry dan jadikan bloglist selama seminggu ..


 Tempoh tuntut hadiah bermula dari 19 Julai 2015 - 26 Julai 2015


Pemenang sila emailkan  jenis top-up yang kamu nak (Maxis / Digi / Celcom) & nombor telefon kamu .




Wednesday, 15 July 2015

Enchanted

syafi khizar | 20:25 | 0Comments |



Bismillah..


Assalamualaikum...


Paaa cita? Cita dia , sekarang ni jadi anak tunggal dalam rumah . Adik - beradik lain semua da balik kampung . T_T Bukan kena tinggal . Bukan . Bukan . Jangan buat assumption melulu eh. Ada kerja sikit kat sini . Tu tak lepas balik kampung lagi . Hmm . Bukan bekerja , iya.. Iya . Saya tahu , saya tak mempunyai gaji yang tetap . Jadi budak-2 , jangan nak minta duit raya sangat la kan . :P



Currently , super addicted dengar Enchanted by Owl City . Lagu asal Taylor Swift nyanyi masa dua tiga tahun lepas . Lagu ni Taylor Swift tujukan kepada Adam (Sebut gaya London hokeeyyy, Edemmm , Bukan Adam) dan Adam membalas balik persoalan Taylor Swift .






Disebabkan ada dua versi . Entah kenapa , hati ni terpikat dengan versi Owl City . Siap fengfeeeling Adam tu tujukan pada Yaya D_D . . .



Tapi . . Adam & Taylor tak bercinta pun .  . Kronologi kewujudan lagu ni . .


first of all, they never dated or had a relationship,taylor met adam at a bar or something performing and after he performed taylor went backstage to meet him,media at the time said that adam used the words "wonderstruck" and "enchanted",taylor recognized that he used words that weren't common,then when taylor was going home,she asked herself: does he like me?,is someone waiting for him?,taylor looked back and saw adam looking at her both were a little bit blushing(white pinkish),then taylor made this song because of her unspoken love for adam,what she didn't know was that adam had a crush on her before he met her,you could say they were perfect for each other,
then taylor and adam kept on sending messages to each other,after 2 weeks taylor released her new song "Enchanted",adam knew when he heard the song that it was about him cause he's the only one who used those specific words,
adam made this version of the song 6 months after taylor did,on Valentines Day,
adam sent it to taylor,the media overheard the news,and rushed to tell everyone and asked to know what taylor's reply was,to everyone's suprise taylor never replied...
after that,adam got interviewed about it and said that she might have forgot about it and said these exact words: "she is a very talented person that has a strong personality to express herself through her own songs,so when you here one of her songs you get to know her a little more,if she ended up with (IDK the name of the guy taylor went out with) .......... then i would wish them the happiest blessing i could give".
those were the exact words adam said.
I Thought Ed Sheeran and Taylor looked good together but when i heard this,I was rooting for them,it's just sad for me they never had something special..... :(

 P/s : Siap cari kronologi dia lagi kau... Kan lagi seronok kalau tahu kronologi sejarah-2 Islam. Aucch !

Wordless Wednesday

syafi khizar | 08:34 | 0Comments |
Because in this harsh world in the end you need someone that you will look into their eyes and feel like you're coming home.. infatuated is when you feel stomach churning and yet it wont last forever ‪#‎taylorswiftlyricssangat‬ ‪#‎dontholdhandsbeforeitgetslegit‬

Background Music : Enchanted - Taylor Swift 

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015

syafi khizar | 05:48 | 1Comments |
Salam ...

Jemput semua join Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015.


Caranya mudah sahaja :

1. Masukkan BuatWanita.Blogspot.Com dalam bloglist korang.
2. Buat satu entri bertajuk Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Julai - Disember 2015
3. Copy code Disini, klik New Post dan paste dalam ruangan HTML.

Semua yang join akan masuk bloglist secara bergilir-gilir dari julai hingga disember 2015. Klik Sini untuk Senarai Peserta dan Bloglist sepanjang bulan julai hingga disember 2015. Segmen tamat bila senarai bloglist julai hingga disember tahun ni penuh.

Jom semua kita join dan support segmen ni beramai-ramai. Thanks :)

Hukum Menyatukan Puasa Qada' dan Puasa Sunat 6 Syawal

syafi khizar | 05:34 | 11Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum...


Soalan yang selalu timbulkan kekeliruan dalam golongan kaum Hawa, Boleh ke tak nak gabungkan puasa Qada' dan puasa sunat 6 Syawal..


Ini jawapannya.. Video dari IKIM.FM..



Lebih Afdhal : Asingkan puasa qada' dan puasa 6 Syawal


Harus : Boleh digabungkan (Pendapat jumhur ulama')

Sunday, 12 July 2015

Tutorial 2 : Scroll Box for Blog Archieve

syafi khizar | 21:05 | 0Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Nak jadikan blog archieve kelihatan kemas? Jom try tuto dekat bawah ni.. Blog archieve kamu akan kelihatan begini :




1.  Dashboard > Template > Edit HTML > CTRL + F


2. Cari kod :
<div class='widget-content'>

3.  Gantikan kod <div class='widget-content'> dengan kod ini :
<div class='widget-content' style='overflow:auto; height:200px'>

4. Preview, Kalau tiada masalah boleh SAVE


200 : Boleh ubah ikut kesesuaian blog

Saturday, 11 July 2015

Jangan Abaikan Ubat Ini

syafi khizar | 22:34 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..



Jangan abaikan ubat ini..


Ubat apa? Sedikit perkongsian dari Ustadz Yusuf Mansur. 10 ubat yang perlu kita pelihara dalam kehidupan seharian. Semoga mendapat manfaat bersama-sama.. In shaa Allah.. Amiin.. :D


1. Sering sakit : Sentiasa berpuasa


2. Wajah gelap : Melaksanakan Qiamulail (Solat Tahajjud)


3. Hati sempit : Selalu baca al-Quran


4. Sukar bahagia : Solat awal - Tepat pada waktunya


5. Emosi melulu : Wudhu dan beristighfar


6. Gelisah : Banyak berdoa dan bersukan (Riadah)


7. Tertekan : Amalkan membaca Lahaula walaquwwata ila billah


8. Rezeki kurang berkat : Belajar mencari rezeki yang halal sahaja


9. Sentiasa berada dalam kemiskinan : Bersedekah


10. Tak tahu macam mana nak buat baik : Share kan 'ubat' ini :)

Tutorial 1 : Tukarkan Underline kepada Solid, Dashed, Dotted Pattern

syafi khizar | 18:59 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..


Tutorial mudah untuk tukar underline yang biasa Blogger provide kepada yang lebih cantik, menarik, kebabomsss gituww..


1.  Dashboard > Template > Edit HTML > CTRL + F



2. Cari kod :
u {


3. Copy  kod di bawah ni bawah / selepas u {
text-decoration: none;border-bottom: 2px dashed #E6A9EC ;}


4. Kod akan jadi macam ni
u {
text-decoration: none;border-bottom: 2px dashed #E6A9EC ;}


5. Preview, kalau tiada masalah boleh SAVE.. Kalau ada masalah, bagitau Yaya..


AAA : Ketebalan underline

BBB : Pattern underline - Solid / Dashed / Dotted

SOLID

DASHED

DOTTED

CCC : Warna underline.. Dapatkan kod warna di SINI

Thursday, 9 July 2015

Mudahnya Sifir

syafi khizar | 21:00 | 2Comments |
Idea bernas.. Boleh guna masa guna microscope nanti.. Ihiks.. Tak shabarrnyaaa..










Bismillah..

Assalamualaikum.. 


Budak-2 zaman sekarang.. Kalau bab menghafal sifir.. Memang liat.. Adik Yaya pun sama.. T_T Apelah yang susah sangat menghapaiii sipppirr nya.. >_<

Okaylah, ni ada beberapa tips untuk cikgu-2, mak-2, ayah-2, kakak-2, abang-2 dan adik-2 sekalian untuk mengingat sifir.. Caranya begini...




Tambahkan nombor 1-12 pada sifir 5.. 





Dengan menggunakan no handphone..




Dengan menggunakan sifir 2 dalam keadaan menaik ..





Kaedah nombor 1-9 turutan menaik.. Kalau guna tangan lagi senang juga rasanya..





Kaedah gabungkan nombor kiri dan kanan


P/s : Dah kenapa entry hari ni berkaitan dengan pelajaran? T_T

Tips Score 4.0 Every Semester

syafi khizar | 19:59 | 10Comments |

Bismillah..

Assalamualaikum..



Kiriman Md Azree dalam Facebook beliau.. Yaya kongsikan dalam entry hari ni sebagai panduan masa akan datang..



Minggu lepas ada beberapa pelajar dari UiTM, USM dan Politeknik ada email dan PM saya dan bertanyakan tentang kaedah saya belajar dulu dan meminta saya kongsi tips pembelajaran. Jadi memandangkan Semester I 2015/16 akan bermula pada bulan September nanti, saya berasa terpanggil untuk berkongsi kaedah saya belajar semasa memegang "title" pelajar USM dari tahun 1999-2005 (matrikulasi, degree dan master). Apa yang saya kongsi lillahitaala ikhlas dari saya. Berikut adalah 10 kaedah saya belajar:


1. Kehadiran ke kelas

Saya tidak pernah ponteng kuliah walaupun sekali dan saya tidak pernah lewat datang ke kuliah. Biasanya saya akan sampai 20 minit awal untuk kebanyakan kuliah saya dan akan duduk depan sekali iaitu berhadapan dengan meja pensyarah memberi kuliah. Sebab saya datang awal adalah supaya saya betul-betul dalam keadaan bersedia untuk menerima input dari pensyarah. Sebab saya duduk paling depan, adalah ia adalah lokasi terbaik untuk saya absorb paling banyak input dari pensyarah. Ia sama sahaja dengan konsep gelombang/getaran. Bila pensyarah bercakap, jika saya paling depan, maka gelombang/getaran yang sampai ke otak saya paling cepat dan paling kuat berbanding dengan rakan saya yang duduk di barisan paling belakang dalam bilik kuliah. Apabila getaran/gelombang suara paling kuat dan paling cepat sampai, ia biasanya akan meresap masuk ke benak fikiran anda dan anda akan cepat ingat dan agak sukar untuk lupa (walaupun kuliah berjalan 3 jam)

2. Buku nota 

Walaupun pensyarah sekarang kebanyakkannya akan bagi slides kuliah kepada pelajar, jangan ambil mudah. Sediakan buku nota untuk mencatit point-point yang pensyarah bagi yang tiada dalam slides. Kadangkala pensyarah tidak memasukkan semua di dalam slides tetapi mereka akan kongsi maklumat atau informasi tambahan semasa memberi kuliah. Maklumat tambahan ini sangat penting dan banyak akan membantu anda memahami sesuatu perkara dengan lebih menyeluruh dan insyaALLAH ia juga akan membantu anda semasa peperiksaan akhir

3. Soalan Past Year

Jangan tunggu minggu ke-14 atau pada minggu ulangkaji untuk mencari soalan-soalan peperiksaan yang lepas. Jangan tunggu minggu ulangkaji baru nak kalut buat past years question. Saya biasanya akan mengumpul soalan peperiksaan past years semasa cuti semester jadi semasa masuk semester baru saya sudah ada complete soalan peperiksaan past years selama 5 tahun terkebelakang. Jadi soalan peperiksaan ini akan failkan sebaik mungkin dan rujuk setiap minggu. Katakan pada minggu kedua seorang pensyarah memberi kuliah berkenaan "Fire prevention system and risk management", balik dari kuliah terus buka soalan past years dan tengok sepanjang 5 tahun ada atau tidak soalan berkenaan topik tersebut. Jika ada extract soalan tersebut dan tulis jawapan bagi soalan tersebut dan failkan elok-elok. But perkara yang sama sepanjang satu semester. Sebab tu saya selalu beritahu pelajar saya yang saya tidak pernah study untuk exam. Ketika study week, saya hanya berehat dan buat sedikit pembacaan tambahan sahaja.

4. Fokus dalam Kuliah

Bila masuk ke kuliah, jangan toleh kiri dan jangan toleh kanan. Hormat pensyarah yang bagi kuliah di hadapan dan beri sepenuh perhatian. Jangan main handphone dan jangan bercakap dengan kawan. Fokus sangat penting untuk anda absorb sebanyak input dari pensyarah. Sebaik-baiknnya duduk di barisan paling depan. Cuba duduk barisan paling depan, saya yakin pensyarah pun sayang dan pensyarah tidak akan tanya apa-apa soalan di dalam kelas (so anda terselamat)

5. Carry Marks 

Semasa saya belajar dulu, saya tidak pernah mendapat A- dan ke bawah untuk ke semua assignments dari Sem I hingga Sem 6. Ke semua assignments saya dapat A. Markah assignment @ kerja kursus ini sangat penting dan banyak mempengaruhi markah akhir (kerja kursus menyumbang 40% daripada 100% markah akhir). Bila buat assignment, bagi extra effort dan jangan take for granted. Baca keperluan kerja kursus (briefing) sebaik mungkin supaya segala point yang dikehendaki diambilkira semasa penyediaan kerja kursus. Jangan jadi "passenger" semasa group work. Libatkan diri sama-sama sahabat lain dalam menyediakan output kerja kursus yang baik.

6. Revision

Sehari memadai anda ulangkali selama 1 jam ke 2 jam tetapi secara konsisten. Jangan sekali-kali miss ulangkaji harian. Satu hari biasanya ada satu atau dua kuliah sahaja. Memadai anda spent setengah jam untuk baca nota kuliah on daily basis. Jangan hanya jadi "ulat buku". Tak perlu "study hard" tetapi "study smart"

7. Riadah 

Libatkan diri dalam apa-apa sukan yang anda minat untuk meransang minda yang letih selepas seharian berkuliah. Semasa saya jadi pelajar, saya tak pernah miss bermain bola, badminton, ping pong (but not squash or tennis sebab tak reti main). Saya akan pastikan saya terlibat dengan sukan ini hari-hari dari 5pm-6.30pm. Kegiatan sukan ini akan buatkan kita lebih bersemangat dan meransang pemikiran kita secara holistik

8. Solat

Jangan tidak solat dan jangan ambil mudah soal solat. Tidak guna kita pandai dan sehebat manapun tapi tidak melaksanakan asas agama. Kita jaga solat insyaALLAH akan akan permudahkan urusan kita belajar.

9. Minta Restu & Minta Maaf

Biasanya pada minggu terakhir kuliah, saya akan berjumpa dengan semua pensyarah yang mengajar saya dan memohon mereka halalkan ilmu yang mereka bagi dan ucapkan terima kasih dengan apa yang mereka curahkan. Saya juga akan memohon mereka berdoa untuk saya berjaya dalam peperiksaan akhir. Ini adalah perkara paling kecil yang 99% pelajar tak pernah buat. Cuba buat apa yang saya cakp ni dan lihatlah hasilnya nanti

10. Ilmu, Iman, Amal

Jangan kedekut ilmu, jangan kedekut nota dan jangan iri hati. Jika ada nota tambahan, kongsilah dengan sahabat. Jika ada sahabat tidak faham tentang sesuatu perkara, ajarlah mereka. InsyaALLAH Allah akan permudahkan semua urusan anda jika anda bukan dalam golongangan kedekut ilmu


P/s : Semoga kita sama-2 cemerlang dunia dan akhirat.. Ameen.. :)

Wednesday, 8 July 2015

Random Vocabulary 2

syafi khizar | 16:09 | 2Comments |
1. Catastrophic 

  • Disastrous
  • The ice storm caused catastrophic damage to electricity pylons.

2. Mend 
  • Making / getting better
  • She has been quite ill, but I'm glad to say now she's on the mend.

3. Inevitably
  • Naturally, Of course
  • Inevitably after walking all day in mountains, they came back hungry and tired.

4. Void 
  • Emptiness
  • He tried to fill the void in his life caused by the death of his wife.

5. Sage 
  • Old wise man
  • The king invited sages to his castleto give him advise.

6. Fleeting
  • Short & rapid
  • She only caught a fleeting glimpse of the princess.

Kau ! Newbie Blogger

syafi khizar | 07:30 | 10Comments |



Bismillah.. 


Assalamualaikum.. 


Newbie dalam dunia blog? Takut nak berblogging? Heh ! Kalau takut jangan masuk dunia blog.. Semua benda dalam dunia ni tak perfect kan. Nak masuk dunia blog, kena tahan dan sanggup ambil risiko.. Macam-2 risiko ada.. 


Contoh : Kau nak berdakwah guna penulisan di blog, TAPI tiba-2 ada la segelintir HATERS yang suka cari kesalahan orang.. Bila kau post entry je, komfirm akan ada komen-2 yang merepek.. Saat tu, kau kena banyak bersabar.. 


Hmm...  Apa yang Yaya merepekkan ni... T_T 


Motif asal entry 21 Ramadhan..



























*Masih mencari motif*




Ok la, plan asal nak citer sikit kepada newbie-2 blogger di luar sana.. Dunia blogging ni tak asing pun dalam hidup Yaya.. Ni adalah blog Yaya yang ketiga.. Mula-2 berblogging masa Form 1.. Kemudian, atas alasan PMR makin dekat.. Buanglah blog tu.. Kemudian.. Form 4 buat semula blog.. Tapi tak bertahan lama.. Sebab tak tahu nak buat apa dengan blog tu.. Orang kata hilang Ummppphhh nak berblog.. Dengan semangat dan tekad yang ada.. Kembalilah berblogging lepas habis Asasi.. Konon-2 nak cerita pengalaman hidup atas muka  bumi Allah ni.. ||Konon-2 je hokeeyy||


Kepada Newbie Blogger :

1. Follow Blog tu, TAPI Blogger tu tak Follow balik

Benda biasa berlaku.. Jangan sakit hati.. Mula-2 sekali.. Tengok sebab apa kita follow sesuatu blog tu.. Niat kena betul.. Jangan follow sebab nak ramai followers.. Kemudian, kau expect orang tu akan follow blog kau balik. Lainlah kalau kau buat banyak-2 entry pasal blog dia.. Komfirm !  Dia akan follow balik, sebab ada nama dia kot dalam entry kau. Tak ke femes gituwww.. Dalam hal follow-followback ni.. Kena banyak bersabar.. Positif-2, Mungkin orang tu tak perasan kau follow dia.. Jadi, rajin-2 lah mention dekat comment box diorang yang kau da follow.. Tapi.. Kalau jenis tak kisah blogger tu tak followback, buat tak tahu je la..


2. Rajin-2 buat GA

Cara kau nak dapat ramai followerssss.. Selalu lah buat GA.. Kemudian.. Hadiah kau tu.. Biar gempakss.. Komfirm ramai follow.. Bila dah buat GA ni, kena tanggung risiko.. Sebab kau tak femes lagi.. Jadi, Agak-2 la expect 1k untuk masuk GA kau tu.. Rilek-2 sudah... Untuk permulaan, memang la sikit je yang join.. Nanti, da lama-2, in shaa Allah, ramai yang join.. Kemudian, kau kena rajin blogwalking & tinggalkan link untuk join GA kau tu.. Kau kena habah-2 kan dekat followers kau & blogger-2 lain.. Kalau yang ada IG, Twitter, FB semua tu.. Boleh juga kau hebahkan suruh diorang join.. Tapi, syarat-2 untuk join GA kau tu jangan yang melampau sangat.. Contoh : Orang Sabah & Sarawak tak boleh join sebab susah nak post hadiah.. Buat yang biasa-2 sudah.. 


3. Blogwalking 

Tahu tak blogwalking a.k.a bw tu apa? Bw tu kau jalan-2 pergi blog diorang kemudian tinggalkan link blog kau.. Dengan cara bw, traffik blog kau akan meningkat setiap hari.. Macam Yaya, target Yaya setiap hari adalah untuk bw 100 blog yang Yaya tak pernah kunjungi.. Kemudian tinggalkan link.. Follow blog tu kalau menarik perhatian.. Kalau tak, just bw bebeh.. Dengan bw juga, kau dapat tahu apa-2 info terbaru dari blogger lain..  :)


4. Jangan Post Entry Mengarut Boleh

Entry dalam blog memainkan peranan penting untuk blog ti dipollow pollow up pollowback.. Dah entry kau macam @#$%^^&*.. Jangan la expect orang suka baca & nak follow kau balik.. Hmm.. Jangan buat entry tentang kisah cintan-cintun korang memanjang.. Orang akan naik muak dan bosan bila baca.. Carilah apa-2 info, tutorial, kreditkan kepada yang bagi info & tutorial.. All in all.. Buat entry yang bermanfaat dan menarik minat.. Tajuk entry pun kena yang Meletopsss juga.. Baru ramai nak baca entry kau tu.. 


Hmm.. Cukuplah bebelan untuk hari ni.. Jari-2 ni rasa macam membengkak pula. 


P/s : Ayat Sentap - Popular Keywords Blog Yaya.. Ramai minat ayat sentap eh? 

Tuesday, 7 July 2015

Kelebihan Memiliki Anak Perempuan

syafi khizar | 19:02 | 1Comments |




Sumber : www.hilal.imamuda.com (Imam Muda Hilal)



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud :

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”



Seorang lelaki bertanya,
“Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”



Sabda baginda,
“Juga untuk dua anak perempuan.”



Seorang lelaki berkata,
“atau untuk seorang wahai Rasulullah?”



Rasulullah s.a.w menjawab,
“Juga untuk seorang.”



(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)



Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,


“Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)



Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya,

“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)




Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas,
dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka.



Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud,

“Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.”



Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t.



Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,?Menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya.


Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama.



Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak.

Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka,
Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

CPUV Nuffnang #2

syafi khizar | 11:06 | 4Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..




Rezeki.. Alhamdulillah.. Saja menggedik tangan nak cek CPUV ada berjoget ke tak.. Alhamdulillah.. Semoga rezeki masyuk.. Ameen.. :)

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2015 Seluruh Negeri

syafi khizar | 11:02 | 0Comments |
Bismillah..



Assalamualaikum..



Nak kongsi kadar zakat fitrah bagi tahun 2015..



Gambar by Abang Asyrady *Yaya bukan orang Perak* :)


RM 7 
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Pahang
  • Kelantan
  • Sarawak
  • Sabah
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan

RM 6.50 
  • Negeri Sembilan

RM5 / RM8 *
  • Johor