Monday, 29 June 2015

Proses Pembelian Wang Pos

S.K. | 15:43 | 28Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni berkaitan dengan proses untuk mendapatkan wang pos.. Macam entry sebelum ni.. Yaya ada ceritakan proses untuk mengisi wang pos untuk kawan-2 Palam.. Wang pos RM10 untuk ambil transkrip tu.. Entry mana Yaya merepek ni? Klik SINI... Haaa.. Entry tu ha...

Hokey la.. Yaya silap.. :'(.. Sebab ayah yang uruskan bahagian wang pos.. Jadi Yaya assume pergi kat kaunter pejabat pos tu.. Sengih-2 macam kerang wangi.. Cakap nak beli wang pos, terus dapat wang pos.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Kena isi borang dulu ghupenyaaa..

Sebelum dapat wang pos yang begini ghupenya..


Kita kena isi satu borang dulu.. Borang ni kira macam permohonan untuk kita beli wang pos.. Acah-2 je borang permohonan.. :P.. Masa nak isi borang untuk beli wang pos ni.. Beberapa orang rakan Yaya menemui jalan kebuntuan.. Ayat kau.. Tak payah bersastera sangat boleh? Yaya akan guide cara untuk isi borang wang pos ni..


Yaya guide cara untuk kita dapatkan wang pos. Maksudnya, kita sebagai pengirim wang pos tersebut..


Ruangan Tandakan / bagi yang berkenaan

Tandakan / pada kotak PENGIRIMAN / PEMBELIAN

Denominasi Wang Pos : Tandakan pada kotak RM10 (kalau nak ambil transkrip kena beli wang pos RM10, so, tandakan pada kotak RM10 terus..) Tapi, kalau kamu nak beli wang pos selain dari RM10, tandakan pada kotak yang bersesuaian..

Jumlah Kiriman : RM10


Ruangan Wakil

Biarkan kosong pada ruangan ni, jangan tulis apa-2


Ruangan Maklumat Pengirim / Penerima

Untuk ruangan ni.. Kamu kena tulis maklumat mengenai diri kamu sebagai pengirim... Contoh, Ali nak kirim wang pos RM10 kepada Abu (Bendahari UiTM) Untuk dapatkan transkrip rasmi. Jadi, dalam ruangan maklumat pengirim/penerima, Ali kena tulis maklumat mengenai dirinya..
  • Nama : Ali bin Ahmad
  • Alamat : No 17, Lorong UK 2
  • Bandar : London
  • Poskod : 98765
  • Negeri : United Kingdom
  • No. Telefon : 010-2345678
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 1900
  • Jenis Kad Pengenalan : Tandakan / pada kotak MyKad
  • No. ID : Nombor IC kamu.. 000620052341
  • Warganegara : Malaysia
  • Tempat Lahir : Birmingham
  • Jantina : Lelaki.. (Kalau perempuan tanda pada kotak perempuan, jangan lurus sangat ikut Yaya ni..:p)
  • Hubungan dengan Pengirim / Penerima : Sebab nak kirim wang pada orang yang tak kenal, jadi tulislah TIADA HUBUNGAN
  • Tujuan Transaksi : Mendapatkan Transkrip
  • Pekerjaan : Pelajar
  • Jenis Perniagaan & Punca Dana : Biarkan kosong dua-2 ruangan ini.
Jangan lupa untuk tandatangan kamu di bahagian Tandatangan Pelanggan dan tulis tarikh sekali..

Dah siap ! Kemudian, pergi ke kaunter dan bagi borang ni dan ehem.. hulurlah duit RM10.. Jangan tak hulur pula .. See ya !

Persediaan MUET

S.K. | 09:19 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yeay ! MUET tak lama lagi.. \\Oppss.. bukan Yaya nak ambil MUET!!!// Ada beberapa orang junior Yaya tanya, persedian nak dapat result MUET gempak vom vom kebabom macam Yaya bak kata mereka.. ||Manadagempaknya... Mereka MENIPU!!!|| Secara jujurnya hadek-2 yang hakak sayangi sekalian... Akak study malam & dua hari sebelum MUET tu je. Hari-2 lain tak study.. Uhuks..

MUET terbahagi kepada 2 paper;

  • Paper Speaking
  • Paper Listening,Writing & Comprehension
Untuk paper Speaking, Hentam sajalah labu.. :P Ok la, Jujurlah sayang sejujur-jujurnya.. Waktu kat Palam, Yaya lebih banyak 'sepaking' dengan dua orang housemate ni dalam English compared to Malay.. & sorang lagi Yaya akan bersepikingg London dengan schoolmates Yaya, Mecq namanya.. Memang dari kami classmate masa sekolah menengah, kami sepikinggg London.. Honestly, Yaya lebih suka sepikinggg London compared to cakap Malayss.. So, That's why la Yaya tak rasa awkward sangat bila orang suruh speaking.. :)

Speaking ni banyak tajuk.. Setiap hari akan keluar soalan yang berlainan.. Dan setiap hari ada 5 set soalan speaking yang akan dikeluarkan.. Topik-2 yang perlu kamu kuasai.. \Ceh ! Macam nak ambil SPM gayanya../ adalah semua topik... Mihmihmih.. Tak la, Speaking Test ni nak uji tahap berkomunikasi & pemikiran kita.. So.. Bagilah apa-2 respon, jangan diam je.. Bagilah jawapan yang logik.. :) Macam Yaya, dua hari sebelum Speaking Test, Yaya akan buat revision.. Caranya, Yaya cari mana-2 bukan koleksi soalan MUET, kemudian, Yaya akan salin soalan dan jawapan untuk speaking test dalam buku tu.. Malam sebelum Speaking Test, Yaya akan baca balik.. Em' Yaya takdelah salin semua jawapan, cuma salin isi-2 penting dan tengok cara olahan ayat dia suapaya masa Speaking Test betul-2 nanti, Yaya ada idea untuk hentam apa.. >_<

Paper Listening.. ||Markah paling rendah.. Sob..Sob..Sob..|| Ok la, macam yang sedia maklum.. Nama pun listening jadi kita cuma kena mendengar je la kan sambil menulis jawapan.. :P Untuk listening.. Setiap hujung minggu, cuba la pasang video-2 English.. Movie English & lagu English.. Bukan apa, mudah untuk kita memahami accent nya nanti.. Kadang-2, boleh keliru dengan perkataan yang disebut.. 

Untuk Writing and Comprehension... Yaya sarankan kamu membaca lebih banyak buku/akhbar genre English... Plis la weyy ! Korbankan sikit masa untuk baca bahan bacaan English.. Tak rugi pun.. Jangan baca je, yang mana tak faham maksud tu, carilah maksud dia dalam Kamus..Online Dictionary ok juga.. Yaya kalau laptop terbuka ni, komfirm-2 guna online Dictionary.. Da tahu maksud dia.. Jangan lupa tulis... Beli buku latihan kecik tu, jadikan buku Vocab.. Online Cambridge Dictionary. Yaya suka guna Cambridge Dictionary.. :D 

FYI, pemeriksa kertas dia tak tengok ayat kita yang flowery-2 tu.. Macam ESSSPIIYYEEMM..
My adrenaline run vigrously
My rossy cheeks turn red
Takde.. Takde.. Semua ni membazir masa je.. Pemeriksa tengok cara penggunaan vocab.. Maksudnya, Vocab yang kita gunakan luas atau tahap budak sekolah rendah.. Contoh... Foggy instead of a cold day .. Absurd instead of Stupid... See? Dengan perkataan-2 yan bombastic ni, kamu akan dapat markah bonus.. Maka untuk itu... Banyakan membaca bahan bacaan genre English.. Ok la, kalau kamu malas sangat.. Baca tajuk besar setiap muka surat pun da okay.. :) Practice Makes Perfect bro/sis... Kalau malas juga.. Bacalah komik-2 English.. Yang ada gambar-2 kartunnss semua tu.. :)

Untuk bahagian Comprehension.. Serious talk.. Petikan dia boleh menimbulkan kekeliruan.. Part comprehension ni, kamu kena baca berulang kali dan fahamkan petikan.. Soalan takdelah tricky mana kalau kamu faham kehendak soalan dan petikan yang diberi.. Kalau tak faham apa-2, memang naya abis la.. Untuk part ni, Yaya banyak buat latihan dari buku-2 soalan MUET tu.. Eh lupa pula.. Comprehension ni soalan dia ada pilihan jawapan.. Nampak senang kan? Tapi tak semudah yang disangka kalau tak faham petikan.. Pokok pangkalnya.. Fahamkan petikan. :P

Kyaahh.. Sampai di sini sahaja Yaya membebel mengenai MUET.. Good luck !

PreMedic UiTM

S.K. | 00:50 | 8Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Baru-2 ni, kawan-2 Yaya (Kawan Asasi Palam) kebanyakannya keliru.. Keliru dengan apa? Kos PreMedic UiTM.. Okay, this is special about UiTM Foundation.. Untuk mereka yang berminat dan cenderung untuk sambung belajar dalam Medicine UiTM, Fakulti Perubatan UiTM ada sediakan satu program khas untuk mereka ikuti.. Program tu nama dia Pre-Med UiTM.. Ala-2 prasekolah gitu.. Tempat untuk mengenali kos medic UiTM ni..

Eh lupa pula.. Kos Pre-Med ni khas untuk lepasan asasi UiTM.. Pelajar asasi/matrikulasi lain tak boleh apply mahupun mengikuti program ini.. Pre-Med dilangsungkan selama sebulan bermula dari minggu akhir bulan Mei sehingga minggu ketiga bulan Jun.

Kos Pre-Med ni dipilih sendiri oleh dekan-2 / orang-2 besar dalam fakulti perubatan UiTM.. Mereka yang layak mohon adalah semua pelajar Asasi Sains UiTM dan PNGK 3.5 ke atas.. Maksudnya, pointer sem 1.. Aha.. MUET Band 4.. Tapi mostly, bergantung pada luck.. Ada orang pointer 4.0 dan MUET Band 5 pun tak dapat.. So, depends on your luck and rezq..

Ingatan penting ! ! ! ! ! Kos Pre-Med UiTM langsung takde kaitan dengan permohonan UPU Kos Perubatan UiTM.. Pre-Med ni cuma satu program... Program membantu untuk menaikkan minat mereka yang nak sambung belajar dalam bidang perubatan dan pendedahan awal mengenai kursus perubatan UiTM ni.. So.. Siapa-2 yang tak dapat Pre-Med UiTM tapi mohon Medic as your first choice.. No worries. Kalau you melepasi syarat untuk kos perubatan ni, in shaa Allah.. Akan terpilih juga nanti.. Ingat ! Pre-Med cuma satu Program.. Terpilih untuk join Pre-Med tak bermaksud automatik terpilih untuk sambung Degree Medic UiTM.. PRE-MED CUMA PROGRAM sahaja yang dianjurkan fakulti perubatan UiTM..

Harap jelas.. :D

Student Pre-Med batch 2014/2015..

Thursday, 18 June 2015

Questions to be Asked During Interview

S.K. | 20:44 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Zaman sekarang ni, semua benda perlu interview ; Cari kerja, Sambung belajar, Dapatkan biasiswa, dll.. Kalau takde interview, tak sah..

Ada beberapa orang rakan Yaya bertanya mengenai tips untuk interview ni. Jawapan Yaya senang je, Banyakkan buat research pasal kos & universiti yang kita nak masuk dan Sebelum habis interview tu, banyakkan tanya soalan.

||Sambil mereka menggaru kepala yang tak gatal tu||

"Soalan apa yang nak ditanya masa interview?"

Kan Yaya cakap, buat research sikit pasal apa yang kita nak mohon tu, kemudian, putar belitkan fakta, tanya pendapat, dll..

Yaya kan baik hati \\PERASAN!!!//.. Untuk teman-2 tersayang, Yaya bagi serba sedikit soalan yang kamu perlu tanya masa interview.

  • What is your opinion about this course? Do you think Malaysia still need this course for the future generation?
  • I've done a few researches about this course, so, is there any subjects that this course will combine with another course?
  • So far, what is the size of the class? How many students in a class?
  • How many credit hours per subject?
  • How does this school incorporate with technology in their curriculum?
  • What is the grading system? Is it fail / pass or are letter grades issued?
  • If we're supposed to have clinical experienced, what kind of patients do we serve?
  • I would like to have my feedback so that I can analyze & improve my strength.. (Soalan wajib calon iv tanya)
Kenapa kena kemukakan soalan? 

Jawapannya, supaya mereka tahu kesungguhan kita untuk dapatkan apa yang kita hajati. Supaya kita unik.. Lain dari calon iv yang lain.. 

Sesetengah orang mungkin ambil remeh pasal soalan yang perlu kita tanya, TAPI ketahuilah ! Salah satu kunci untuk lulus daripada iv adalah banyak bertanyakan soalan. Peace yaw ! 


16:40
Indeed, Our word to a thing when We intend it is but that We say to it, "Be," and it is. (16:40)

Interview Bachelor of Pharmacy MSU

S.K. | 15:20 | 6Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

16 Jun 2015, sekali lagi, Yaya menjejakkan kaki ke Menara MSU aras 2.. Interview lagi.. Haiyaa.. Kos yang Yaya minat memang semua kena ada interview eh? Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

First impression sampai-2 MSU tadi, 'Ramai la pula yang interview hari ni.. Biasanya sikit je'

Interview dalam kertas tulis pukul 9 am.. Tapi mula pukul 9.45 am macam tu.. Sokay, boleh hilang-2 kan nervous..

Pukul 9.15 am macam tu, calon interview kena beratur untuk tandatangan kehadiran..

Nama Yaya takde dalam list???? What??? Jahat.. Jahat.. Jahat...

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Okay , Yaya lupa nak komfirmkan kehadiran sebenarnya.. mihmihmih.. Salah sendiri sebenarnya.. Mujur bawa surat tawaran iv tu, tunjuk, kemudian orang tu suruh tulis nama.. and of course, kalau da tulis guna tangan, komfirm-2 la calon terakhir.. Nombor 20.. Dekat 2 jam juga la tunggu.. and you know what? Most of them batch 93-95.. Yaya & sorang budak Perak ni je sama batch..

One more thing, timbang berat purata kaum Melayu, India dan Cina sama banyak yang datang iv hari ni..

Interview ni secara individu, speak in English kayy..

Sorang demi sorang dipanggil untuk iv..  Sorang demi sorang keluar.. dan... finally, my turns !

Masuk sebuah bilik dengan penuh berhati-2, kemudian jumpa Puan/Encik Panel tu. Oh lupa inform, ada sorang je panel..

Iv ni sebenarnya tak stress macam equation E=mc^2.. Interview ni nak tengok keyakinan bakal pelajar je sebenarnya, tapi tak bermakna hadir iv ni, dah sah kita dapat tempat dalam Bachelor Pharmacy ni.. Only 100 selected students will be selected..

Soalan-2 yang akn ditanya simple-2 je.. Yaya bagi tips je la eh.. Buat persediaan mental yang secukupnya dan sediakan dokumen yang diperlukan..

Tips Soalan Interview :
  • Tell me about yourself
  • Why you choose MSU to further your studies?
  • Why you choose Pharmacy?
  • What do you know about Pharmacy?
  • What do you know about MSU?
  • What current issues regarding Pharmacy?
  • What can you say about this course?
  • What is your first impresions on MSU?
P/s : Soalan atas ni adalah soalan paling klishe para penemu duga akan tanya.. so... Good luck !

P/s : The interviewer said to me "Never trust foreign / stranger in your life."

Tuesday, 16 June 2015

Foundation in Science MSU Scholarship Interview

S.K. | 17:33 | 8Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Mei 2014.. Yaya dipanggil untuk ditemu duga untuk mendapatkan tempat dalam menjadi salah seorang pelajar asasi MSU.. Interview Scholarship Foundation in Science.. Dengan muka tak berperasaan, Yaya tolak tawaran scholarship tu.. -,- Baik takyah datang interview kan? Otak sengket masa tu.. First time interview, perasaan dia lain sikit la.. Tak pernah ada iv kan sebelum ni..

Apa-apa pun, Yaya nak kongsikan pengalaman iv ni..

Pukul 9 am - Pendaftaran

Sebab Yaya calon pertama, jadi, giliran Yaya abis awal la kan. :P

Yaya kena masuk bilik iv tu.. Gerun gilakss kot masa tu..

Kemudian, akak kaunselor tu cakap, rileks-2 je.. Soalan tak susah..

Yaya pun cubalah senyum..

Masuk dalam bilik tu, penemu duga tu lelaki.. Seorang.. Lagi la menggerunkan..

Kemudian, encik penemu duga tu senyum. Okay, takde la gementar sangat..

Boleh pilih nak cakap Melayu atau English..

Okay..

Soalan pertama : Ceritakan tentang diri awak.

Soalan kedua : Dari mana dapat tahu pasal MSU dan scholarship ni?

Soalan ketiga : Kenapa MSU menjadi pilihan awak?

Soalan keempat : Apa cita-2 awak pada masa depan, kenapa awak pilih cita-2 tu?

Soalan kelima : Jika awak diberi biasiswa ini, apa yang akan awak lakukan?

Soalan keenam : Matlamat awak lepas dapat biasiswa ini.

Okay, sejujurnya ! Soalan-2 ni je yang Yaya ingat.. Good luck every one !

Monday, 15 June 2015

Biskut Chocolate Chip Badam

S.K. | 09:53 | 2Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Biskut Chocolate Chip Badam menjadi pilihan untuk minuman petang semalam..

Bahan-bahan :
  • 200 gram butter
  • 300 gram self raising flour
  • 100 gm badam cincang
  • 100 gm gula halus
  • 150 gram chocolate chip
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan koko
  • 1 camca teh chocolate emulco
  • 1 camca teh vanilla

Cara-caranya :
  1. Krimkan butter, gula dan masukkan telur dan vanilla.
  2. Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, koko dan chocolate emulco
  3. Masukkan chocolate chip dan badam cincang. Sebatikan.
  4. Sedukan ke dalam loyang, panaskan oven, bakar pada suhu 190°C dalam 15 minit.


P/s : Warna cookies bergantung kepada berapa banyak kamu letak chocolate emulco. Yaya terletak lebih..  Btw, rasa tetap sama "D

Sunday, 14 June 2015

Maklumat Lanjut Transkrip Rasmi UiTM

S.K. | 21:02 | 31Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

dua tiga hari ni, Yaya dipenuhi dengan whatsapp menanyakan mengenai pengambilan transkrip rasmi UiTM.. Ada yang minta Yaya tolong semak apa yang mereka tulis. Tak boleh jadi ni.. Yaya kena buat entry khas mengenai cara mengisi dan mendapatkan wang pos.. Harap-2 semua faham.. Ameen..
Entry ni khas buat mereka yang nak dapatkan transkrip UiTM secara pos.

Download borang transkrip UiTM di :
http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 


  • Name in full : Nama penuh kamu (ALIF BIN YA)
  • Date of birth : Tarikh lahir kamu (31121990)
  • Programme Code : Kod Program kamu (PI090)
  • Gender : Jantina kamu
  • Campus : Kampus kamu di mana (UiTM Shah Alam)
  • Identity Card Number : No. kad Pengenalan kamu (901231015050)
  • Student ID Number : No Kad Matriks kamu (2020696569)
  • Year of Admission : Tahun kamu masuk belajar (2020)
  • Year of Completion : Tahun kamu habis belajar (2024)
  • State of Birth : Tempat lahir kamu (Selangor)
  • Nationality : Warganegara (Malaysia)
  • Mode of study : Mod belajar kamu (Part time? Full time? PJJ?)
  • Telephone number : Nombor telefon rumah @ handphone (03-5337598)
  • Result : Keputusan (Tengok pada keputusan yang kamu dapat dari email, complete @ incomplete)
  • Date of convocation : Tarikh konvokesyen kamu (Pelajar asasi tiada tarikh konvo, tulis '-')
  • Correspondence Address : Alamat rumah kamu
  • Postal Code : Poskod kamu (54100)
  • City / Town : Bandar kamu (Shah Alam)
  • Collection of Transcript : Cara kamu nak ambil transkrip, tanda / pada ruangan mail
  • 2-5 abaikan
  • Signature of Applicant : Tandatangan kamu

Wang Pos :

Pergi ke kaunter Pejabat Pos cakap nak beli wang pos RM10.. Wang pos rupanya begini..



  • Di ruangan 'Bayar kepada' tulis BENDAHARI UiTM

  • Lengkapkan bahagian maklumat pengirim di belakang wang pos, bagi nombor akaun, tulis boleh, tak tulis pun boleh.
Da siap tulis kedua-dua bahagian, keratkan bahagian kecil sebelah kiri dan simpan. 

Seterusnya, poskan kedua-2 borang dan wang pos ini.. Pos ke mana? Lihat entry Prosedur Memilki Transkrip Rasmi UiTM

Semoga bermanfaat..

Hukum Meletakkan Iklan dalam Blog

S.K. | 20:38 | 4Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Bangun pagi tadi, tiba-2 Yaya terfikir, Boleh ke letak Nuff dalam blog? Tak haram ke? Eh? Dari mana pula sumber duit dari Nuff tu? Yaya pun mengorat la Encik Google untuk mencari jawapan. Dan ! ! ! Alhamdulillah , Yaya dapat jawapan yang meyakinkan dari seorang Ustaz . Di bawah ini adalah petikan entry ustaz..


Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini. 
Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik). 
Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan. 
Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. 
Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar. Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam? Jawapannya semasa pemohon mengisi borang jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya. 
Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon. Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. 
Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut : “Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi : 
" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan " 
Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut." 
Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.


P/s : Barulah boleh letak Nuffnang dengan keadaan tenang kembali. Terima kasih Ustaz  !

Saturday, 13 June 2015

Sotong Goreng Kunyit

S.K. | 21:26 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yaya akan kongsikan resepi Sotong Goreng Kunyit versi , em' Yaya . . .

Pinjam siket gambar dari incik google .


Bahan-bahan :
  • Sotong (Potong jangan tak potong)
  • 1 ulas bawang besar / Holland 
  • 2 ulas bawang merah / kecil
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap
Cara-cara :
  1. Potong sotong ikut saiz mana yang kamu suka.
  2. Basuh sotong dan tapiskan (supaya air dia dapat dikeluarkan sepenuhnya).
  3. Bubuh sedikit kunyit dan garam pada sotong tu (macam nak buat kunyit pada ayam & ikan sebelum goreng tu).
  4. Goreng sotong tersebut separuh masak atau sampai kering air dalam sotong tu.
  5. Tumiskan bawang merah dan bawang besar sampai naik bau.
  6. Masukkan satu sudu sos tiram dan 1 sudu kicap, kacau rata.
  7. Agak-2 dah naik bau, masukkan sotong.
  8. Goreng haii goreng haii goreng sampai rasa sedap >_< Goreng sampai masak ! 
  9. Taraa ! Hidangan sudah siap.


Transkrip Rasmi UiTM

S.K. | 18:40 | 107Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Transkrip.. Apa tu??? Dalam bahasa mudah, transkrip ni macam report card sepanjang sem kita berada dekat sesebuah universiti. Transkrip penting untuk minta kerja, mohon biasiswa, mohon sambung belajar, etc..Peringatan kepada semua , transkrip ini amat penting sebelum masuk degree , sebab ia adalah dokumen yang perlu kita sediakan . Pesanan dari Yaya , lepas dapat result final je , terus isi borang nak amik transkrip , kalau tidak , kamu akan susah bila nak masuk degree nanti .

Memandangkan Yaya lepasan pelajar asasi UiTM.. Maka untuk itu, Yaya akan terangkan sedikit prosedur dalam mendapatkan transkrip UiTM..

Cara pertama (Pos):
  • Download borang dekat sini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 
  • Print dan isi borang tu
  • Beli wang pos RM10 atas nama Bendahari UiTM
  • Hantar borang dan wang pos (Tak perlu poskan sampul surat kosong) ke alamat :
    Students Records and Convocation Office of Registrar,
    Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,
    Universiti Teknologi Mara,
    40450 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tunggu 5 hari bekerja, transkrip kamu akan sampai depan pintu rumah kurang dari 2 minggu, bergantung pada tarikh surat kamu sampai kat office bahagian konvokesyen tu..
Cara kedua (Walk-in):
  • Bayar dekat mesin ATM Bank Islam RM10
    Masukkan card > Nombor pin > Bank Islam > Lain-2 > Yuran IPT & Bil > Yuran IPT > Masukkan nombor IC > Pilih yang ada nombor matriks + 007 (kalau tak silap)
  • Pergi UiTM Shah Alam [Bawa sekali resit yang dah bayar RM10 tu)
  • Pergi Pejabat Konvokesyen kemudian cakap nak ambil transkrip
  • Isi borang, tunjuk resit Bank Islam RM10 tunggu sekejap, kemudian dapatlah transkrip kamu nanti :D

Monday, 8 June 2015

DIY Giant Bubble

S.K. | 23:47 | 0Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Siapa pernah main giant bubble angkat tangan ....

Masa Asasi Palam dulu, Yaya selalu main bubble dekat padang SCM (Setia City Mall)..

Okay, hari ni Yaya nak ajar resepi cara buat Giant Bubble sendiri..

  • 6 cawan air
  • 1/2 cawan dishwash
  • 1/2 sudu tepung ubi
  • 1/2 sudu baking powder
  • 1/2 sudu glycerine (optional, tak letak pun takpe)
Siap ! Kacau.. kacau.. Kacau.. 

Kemudian, ambil la batang paip ke, apa-apa ke untuk jadikan batang nak bermain bubble tu.. :D

Thursday, 4 June 2015

Urusan Pos / Kurier di Palam

S.K. | 00:08 | 12Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Student yang baru masuk belajar kat asasi Palam / Diploma Palam / Degree Palam mesti tertanya-tanya, boleh ke nak beli online? Nanti barang nak kena ambil kat mana? Barang kalau nak pos macam mana? Ada pejabat pos ke dalam Palam?

Okay, Yaya akan bantu selesaikan semua masalahberkaitan pos ni.. Aicehh ! Jet-2 seorang senior yang berkaliber . Uhukss..

Kamu boleh beli online  ! ! !  Good news right ?

Kat mana nak ambil? Pergi ambil barang-2 kamu di pejabat kolej Rafflesia / Angsana bermula pukul 8.30 am - 5.00 pm

Macam mana nak bagi alamat untuk pos ?

Alamat dia macam gini ..

NAMA
NOMBOR PERABOT (ada pada meja dalam bilik), Kolej Rafflesia / Angsana / Casuarina (pilih kamu duduk mana),
UiTM Puncak Alam,
42300 Puncak Alam,
Selangor.

Contoh :

ISNIN BINTI JUMAAT
R2202/A1, KOLEJ RAFFLESIA, UiTM PUNCAK ALAM, 42300 PUNCAK ALAM, SELANGOR


Kalau kamu nak pos barang..

Sila rajinkan diri pergi ke IsMart (Mart di Kolej Rafflesia) dan cakap pada akak tu,
'kak, nak pos barang'
Nanti dia akan tolong..

Pos barang kat Palam menggunakan SkyNet .

Sekian...

P/s :
Ni urusan pos / kurier di Palam masa S.K. berada di sana okay (2014-2015) yang lalu , kalau sekarang ni , sila rujuk kolej masing-2 :D

Tuesday, 2 June 2015

Kenapa Dentistry Bukan Medic

S.K. | 23:51 | 3Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yaya sering diajukan soalan sebegini rupa. Kenapa nak pilih kos DENTISTRY instead of MEDICINE? Hai manusia.. Kenapa rajin sangat nak ambil tahu hal orang lain? Eh, takla. Yaya tak bermaksud 'mereka' suka jaga tepi kain orang..

Kedua-2 kos ada pros & cons..

Yaya fikir untuk masa depan..

Mostly, Dentist akan berkerja office hour, so, akan ada masa untuk family bila dah ada keluarga sendiri. Doctor perubatan pula bertugas tak kira masa in addition, ada on-call lagi.. =d

Dentist belajar lebih teruk daripada Doctor tapi kerja lebih mudah daripada doktor. Mudah macam mana? Mudah dari segi masa, tenaga..

Gaji dentist agak lumayan juga sekarag ni malah lebih tinggi daripada gaji doktor perubatan..

Dentist kaya! Tambahan kalau buka klinik pergigian sendiri. Kos untuk satu set kerusi dan alat-2 untuk merawat pesakit boleh mencecah ke 1 juta ringgit. Kalau cabut gigi, buat gigi palsu, pakai braces.. Hai.. Berapa dah kos untuk semua tu. As you know, semua kos untuk rawatan gigi mahal-2 sekarang ni.. Kalau sorang patient sekali datang dikenakan kos sebanyak RM30, kalau 10 orang. haaa, RM300 sehari.. Kalau darab seminggu? Darab sebulan? Darab setahun? =b

Paling menarik, dentist takde on call.. Ok, some of them may have the 'on call' but on an emergency cases.. Mostly, semua dentist akan relax lepas pukul 5 pm..

Jadi dentist boleh asah skill pujuk memujuk kanak-2 untuk dapatkan rawatan.. Mainly.. Sebab dapat berinteraksi dengan kanak-2 Yaya jadikan Dentist sebagai pilihan kerjaya masa akan datang.. Seriously, Yaya memang suka pujuk kanak-2 untuk pergi jumpa dentist, rasa comel.. Em.. Kanak-2 tu yang comel, bukan Yaya.. Plus, boleh dengar kanak-2 tu bercerita masa tengah buat rawatan..

P/s :

- Sekadar pendapat sendiri..
- Entry merepek untuk ini hari
- Entry kurang memuaskan hati
 =3

Monday, 1 June 2015

Interview Dentistry UiTM

S.K. | 22:10 | 32Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni khas buat mereka (para junior sekalian) yang mahu ambil kos dentistry UiTM. Kos dentistry ni tak kurang hebat persaingannya. Untuk pengetahuan, sebelum-2 ni, untuk kos pergigian UiTM, tiada interview, tapi... Mulai tahun 2015, kemasukannya memerlukan iv. As the first batch to have an iv, I'm glad to share the experience..

Hey! Calm down.. Iv je pun.. Nothing much than that..

Iv dentistry UiTM berlangsung dua hari di setiap zon..

Pada pukul 8.30 am, semua calon dikehendaki mendaftar. Kemudian, kamu dikehendaki untuk menunggu giliran di bilik menunggu bagi ujian personaliti diri dan wire bending. Bila tiba giliran kamu, masuklah bilik tertentu dan buat ujian tersebut. 

Ujian personaliti diri ni lebih kurang macam ujian personaliti kat internet tu.. So, kalau nak jadi seorang dentist, pilihlah jawapan yang melambangkan anda seorang dentist yang berkaliber. Aiceh! 

Ujian wire bending pula macam gini. Kamu diberikan satu wire dan kamu perlu luruskan atau bengkokkan mengikut kehendak para pemberi markah.. Kenapa perlu wire bending? Sebab, masa belajar dentistry nanti, akan ada silibus yang memerlukan untuk kamu bending wire nak buat urusan dengan gigi patient tu..

Lepas habis dua ujian ni, kamu perlu tunggu giliran untuk interview. Interview berkumpulan. 4 orang satu kumpulan.. Habis interview, selesai sudah sesi temu duga kamu..

Barang yang perlu dibawa..
- Sebuah fail yang mengandungi sijil-2 penting kamu
- Pencil case
- Calculator

Soalan temu duga tu simple-2 je. Basic-2 belaka..

Jangan over confident. Jangan takut sangat.. Senyum sehabis baik. :D

Satu lagi, untuk first batch ni, seramai 405 calon dipanggil untuk ditemu duga dan hanya 70 orang sahaja diperlukan untuk masuk dalam bidang pergigian UiTM ni.

Banyak kelebihan masuk pergigian UiTM ni. Antaranya :
  • Yuran murah
  • Mempunyai bas bergerak pergigian sendiri (Uninversiti lain takde bas hokeeyy, melainkan UKM & UM)
  • Antara banyak-2 universiti yang ada kos pergigian ni, kemasukan pelajar UiTM paling ramai yakni 70 orang, universiti lain hanya 40-50 orang sahaja.
  • Belajar di kampus baru dengan suasana yang baru iaitu di UiTM Sungai Buloh.
  • Fakulti tetap kos pergigian UiTM, bukan di UiTM Shah Alam.
  • Peralatan semua baru-2
  • Setiap student akan ada satu set peralatan pergigian sendiri (takyah kongsi-2 dan tunggu giliran)
P/s : 
Untuk mereka yang berminat untuk tahu soalan-2 iv dentistry UiTM ni, boleh email Yaya (syafikhizar@gmail.com). I'm gonna give all the questions..  Mereka yang tinggalkan email dalam ruangan komen tidak akan dilayan. 

That's all.