Saturday, 31 August 2019

CV atau Resume?

S.K. | 00:00 | 2Comments |
No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Image may contain: text

No photo description available.

No photo description available.

Sumber : Facebook

Friday, 30 August 2019

Contoh Surat Memohon Kerja

S.K. | 00:00 | 1Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text



Image may contain: text

Sumber : Twitter

Thursday, 29 August 2019

What is Your Weakness?

S.K. | 00:00 | 0Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.


Image may contain: 2 people, text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: ocean and text

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: ocean and text

Image may contain: text

Sumber : Twitter

Wednesday, 28 August 2019

Cara Jawab Soalan Interview dengan Mudah dan Lancar

S.K. | 00:00 | 6Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum. 

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 3 people, text

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: 1 person, smiling, text

Image may contain: 1 person, sitting and text

Image may contain: 3 people, people sitting and text

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and text

Sumber : Twitter

Tuesday, 27 August 2019

Contoh Soalan yang Boleh Ditanya Selepas Interview

S.K. | 00:00 | 2Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image may contain: text


Image may contain: text


Image may contain: text

Sumber : Twitter

Monday, 26 August 2019

Mohon Kerja tetapi Tak Dipanggil untuk Temuduga

S.K. | 00:00 | 6Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image result for tumblr view

“Di, banyak interview kau dapat di. Aku apply dah banyak tapi nak dapat satu interview pun susah. Cane kau apply? Apply katne?”

Selepas aku kongsikan cerita aku pergi interview dengan berberapa syarikat, ada beberapa yang pm tanya macam mana cara aku apply kerja. Jadi hari ini insha Allah aku akan kongsikan dengan semua. Aku tak kata cara ni paling betul, atau kau perlu ikut tapi ini lah cara aku mohon pekerjaan.

Ok jom tengok “katne” nak apply.

  1. Laman web kerjaya seperti Mau kerja, jobstreet, SPA, mystarjob.com dan lain2.
  2. Career fair
  3. Secara terus dengan syarikat pilihan
  4. Lain-lain medium

Sesiapa yang ada lagi medium lain yang digunakan untuk mohon kerja harap boleh berkongsi.

MOHON KERJA MELALUI LAMAN WEB KERJAYA

Ramai yang kata kalau apply kerja guna web kerjaya ni susah nak dapat panggilan.

Mula-mula aku minta buang tanggapan negatif tu sebab panggilan interview yang aku dapat majoritinya dari permohonan melalui laman web kerjaya. Ye betul, aku tak tipu. Aku minta kau buang tanggapan tu sebab tak nak kau putus asa. Jangan baru hantar 10-20 permohonan, tak dapat panggilan kau dah putus asa. Mohon kerja ni satu persaingan, jangan putus asa. Sabar. Teruskan memohon.

Ok macam ni

Profile Calon

1.Pastikan profile kau lengkap, isi semua about me, education, skills, experience, etc. jangan rasa leceh isi benda-benda ni. Untung kita nak apply kerja ni free tak perlu bayar. Majikan nak iklankan kerja kena bayar RM550++ untuk satu iklan.

Sumber: http://www.jobstreet.com.my/employers/job-posting-options/

2. Upload gambar.
3. Upload resume.
Dah selesai isi semua berkaitan diri baru kau apply kerja yang diiklankan.

Aku ambil contoh jobstreet sebab ramai apply kerja melalui jobstreet ni.

Jumaat lepas aku pergi ke admin building nak jumpa dengan manager HR untuk bersembang pasal pandangan employer terhadap candidate yang mohon melalui jobstreet.com tapi bos takde. Jadi aku sembang dengan cik HR kat situ untuk tahu macam mana sistem jobstreet ni “as an employer”. Cik HR ni baik, dia tunjuk satu-satu macam mana employer terima permohonan2 calon. Employer akan terima permohonan ataupun “search” resume candidate dan nama calon akan keluar dalam bentuk table. Boleh rujuk gambar kat bawah tu. Tengok apa yang penting. SKILLS, EMPLOYMENT HISTORY, EDUCATION and EXPECTED SALARY.

Skills

Ada calon tulis ruangan skills tu Microsoft Office seketul je. Tolong tulis lagi skills lain yang berkaitan, contoh: adobe photoshop, autocad, etc. ataupun kau ada pengalaman guna apa-apa instrumens masa belajar/praktikal dulu kau tulis je (contoh: HPLC, GC). Barulah majikan ade semangat sikit nak klik untuk view resume kau. Kalau tak, dia akan scroll je kebawah melepasi resume kau macam kau scroll facebook tanpa klik like atau drop comment kat gambar kawan kau.

Expected Salary

Fresh grad aku mohon sangat2 jangan letak gaji terlampau tinggi. Bila kita nak apply sesuatu kerja tu kan ada info berapa range gaji untuk position tu. Kalau position tu range dia MYR 2500-3500 jangan kau mintak MYR7500. Sama, majikan akan scroll macam fb je nanti.

Work Location

CIk HR ni juga cakap kalau dia yang buat screening, dia akan tengok preferred work location di bahagian “candidate details”. Contoh company di Selangor, tapi candidate isi preferred work location di Pahang. Cik HR tu cakap “oh, calon ni jauh. Pahang.” Dia tak “view” pun resume calon tu. Jadi dah tahu kan apa perlu buat? Ubah “preferred work location” tu (kalau kau tiada halangan berkaitan lokasi kerja).

Pitching

Ramai calon abaikan 300 characters pitch ni dan terus click “submit application” je. Ok takpe, hari ni aku kongsi cara senang untuk pitching. Macam post aku yang sebelum ni, kalau aku nak jual laptop kat gamer, aku akan bagi spec laptop yang gamer mahukan. Jadi, untuk pitching, kau tengok “job description” and “requirements”. Kau pitching berdasarkan dua perkara tu.

Contoh

Requirements;
Bachelor degree in ________ or any related fields
Knowledge of __________ will be an added advantage
Experienced using _______ machine
Good team player with the ability to lead and manage other staff.
Willing to travel

So kau boleh pitch macam ni. Ni contoh mudah jela, nanti kau guna la ayat power sikit.

As a ___________ graduate, I am familiar with _________. I am able to work independently as well as in group environment. I am also equipped with the hands-on experience of using ______ machine. Kau tambah2 sendiri la ye.

CAREER FAIR & SECARA TERUS

Untuk cara ni aku tak cerita dalam post ni sebab nanti kalau panjang2 aku sendiri pun malas nak baca. haha.

TINGKATKAN PELUANG DIPANGGIL TEMUDUGA

Ni cara yang kau boleh buat untuk bagi majikan nampak kesungguhan kau. Lepas apply melalui jobstreet, hantar juga permohonan melalui email, kalau rajin lagi pergi company tu hantar resume by hand ataupun pos.

TINGKATKAN PELUANG UNTUK DAPAT PEKERJAAN.

1. Mohon kerja dengan majikan, jangan lupa mohon dengan Tuhan.

2. Kalau ada kekosongan jawatan, bagitahu kawan-kawan. Memang kat atas aku cakap mohon kerja ni satu persaingan. Semakin kurang persaingan semakin tinggi la peluang kan? Tapi percayalah, takkan rugi orang yang memberi. Bila kau share kat kawan2, kalau kau tak dapat job tu mungkin kawan kau dapat. Kau mudahkan urusan orang lain Allah mudahkan urusan kau. Insha Allah.

Dialu-alukan untuk share. Moga sama2 kita dapat mudahkan urusan orang lain. Moga bermanfaat. Sekian.

Kredit: Shalhadi

Sunday, 25 August 2019

Ubat Semasa Travel

S.K. | 00:00 | 2Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

No photo description available.

Nak Standby Ubat Apa Ye Masa Travel?

Biasanya ada 3 senario biasa yang berkemungkinan boleh berlaku sepanjang travel:


1. Tak sedap badan, rasa macam demam, selsema, batuk-batuk. Hah, apa lagi.. Standby juga kalau-kalau sakit tekak nanti! 

✅ Paracetamol
  • Demam, tak sedap badan, pening kepala


✅ Loratadine
  • Selsema/alahan/gatal
  • Tidak mengantuk, siapa drive boleh ambil


✅ Cloperastine HCl (batuk) + Bromhexine (jika ada kahak)

✅ OTC throat lozenges
  • Melegakan sakit tekak
  • Ada juga buat hilang mengantuk ketika driveπŸ˜…


2. Mabuk jalan? Atau makan terlalu banyak? Rasa macam tersalah makan? Haish, mulalah perut rasa sakit, kejang dan cirit birit!

✅ Dimenhydrinate
  • Mengelakkan / mengurangkan muntah, loya, pening kepala dan mabuk jalan


✅ Charcoal tablets
  • Disarankan pengambilan ketika sakit perut, cirit birit
  • General detoxification agents. Boleh bantu menyah toksin di dalam perut


✅ Hyoscine butylbromide
  • Sakit perut, perut kejang dan tidak selesa


✅ ORS (air garam)
  • Mengelakkan dehidrasi ketika perjalanan jauh & sakit perut



3. Rasa macam tersalah urat angkat beg-beg yang berat? Sakit pinggang ubah suai kedudukan perabot dalam rumah? Sambil-sambil membawang nak masak terhiris jari?

✅ Mefenamic acid
  • Ubat tahan sakit


✅ Pain management cream/oinments
  • Melegakan kekejangan, sakit otot dan lenguh-lenguh di badan


✅ Krim luka
  • Mengelakkan jangkitan bakteria untuk luka kecil


✅ Plaster luka
  • First aid paling simple dan wajib ada pergi mana-mana!


Ni antara idea bekalan ubat-ubatan untuk orang dewasa. Tapi kebanyakkannya merupakan ubat-ubatan terkawal ya! Perlu dapatkan khidmat nasihat pegawai farmasi jika perlukan ubat-ubatan ni.

Sumber : Facebook

Saturday, 24 August 2019

Pergi Bangkok Dengan Keretapi

S.K. | 00:00 | 4Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image result for bangkok

Stress dengan kerja? Rasa nak bercuti? Tapi tak tahu nak ke mana? Tak nak drive jauh2... kalau drive cepat mengantuk πŸ˜‚Apa kata korang ke Bangkok naik keretapi.. tak lama, 28 jam je dari KL korang dah sampai Bangkok πŸ˜‚

Boleh follow itenarary DIY & costing yang saya share ni :

πŸ“† ITINERARY :
===========
Day 1 - Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Cop passport. Kemudian naik shuttle train ke Hatyai. Di Hatyai, boleh ronda-ronda cari makan dan cari simcard dulu. Kemudian naik train ke Bangkok. Bermalam dalam train.

Day 2 - Sampai di Bangkok waktu tengahari. Cari makan dan check-in hotel. Petang dan malam boleh ronda-ronda sekitar Bangkok.

Day 3 - Free & Easy

Day 4 - Balik Malaysia naik flight. Tak larat dah nak layan lagi 28 jam dalam keretapi πŸ˜…


πŸ’Έ KOS :
======
  • KTM ETS (KL Sentral ke Padang Besar) : RM76
  • Shutte Train (Padang Besar ke Hatyai) : RM10/THB80
  • Special Express Train (Hatyai - Bangkok) : RM135/THB1005 (2nd class upper bed)
  • Penginapan 2 malam di Bangkok : RM85/pax X 2 malam = RM170
  • Flight ticket (Bangkok ke KL) : RM230 normal fare AirAsia
  • Pengangkutan di Bangkok : RM100 (Grab/Skytrain/BTS/Tuktuk) anggaran
  • Makan minum : RM100 anggaran
  • Total Damage (anggaran) = RM850++ seorang


πŸ“ΈTempat menarik di Bangkok :
======================
  • Chatuchak Weekend Market. Buka Sabtu dan Ahad sahaja. Pasar minggu yang tersangatlah luas.
  • Sungai Chao Phraya. Boleh naik feri/cruise & lihat kesibukan sungai Chao Phraya yang menjadi tulang belakang Thailand.
  • Maek Long Railway Market. Pasar atas landasan keretapi. Agak jauh dari bandar Bangkok tapi berbaloi pergi. Naik van dari Bangkok. Moment keretapi tu lalu tengah2 pasar tu memang awesome!
  • Stesen Keretapi Hua Lamphong. Stesen keretapi klasik yang dibina tahun 1916. Train dari Hatyai akan berakhir di sini.
  • Damnoen Saduak Floating Market. Pasar terapung paling besar & paling popular tapi agak jauh dari Bangkok. Penuh dengan pelancong.
  • Amphawa Floating Market. Tak jauh dari Maek Long Railway Market. Kurang sibuk dan tak banyak peniaga atas perahu. Lebih banyak gerai-gerai di tepi sungai.
  • Siam Paragon/MBK Centre/Hard Rock Cafe. Shopping district ala-ala Bukit Bintang.


πŸš‚ Tiket keretapi Thai :
Tiket keretapi boleh dibeli secara online di www.railway.co.th. Pastikan korang beli tiket yang betul. Check no. train, jenis gerabak, stesen dan waktu.. kalau tersilap, naya.


🍜 Makanan dalam keretapi :
Dalam train Hatyai ke Bangkok ni takde jual makanan yang dijamin halal. Yakin untuk boleh beli coffee je. So, dicadangkan korang bawak bekalan makanan untuk dinner & breakfast. Air panas boleh dibeli di gerabak cafe. Fresh-brewed coffee yang dijual kat cafe train ni memang best.. minum sambil layan view perkampungan Thai.. πŸ‘πŸΌ


🍱 Restoran Halal di Bangkok :
  • Yana Restaurant (MBK Center)
  • Usman Thai Muslim Food

2 restoran ni je yang kami sempat pergi. Sangat-sangat sedap dan tak sama dengan masakan thai yang kita makan kat Malaysia. Halal street food banyak kat area Pratunam tapi kami tak sempat ke sana.


🏠 Wendy Guest House
Penginapan ala-ala backpakers. Bilik memang sempit. Tapi lokasi dia memang dekat dengan BTS station. Dekat jugak dengan MBK dan Siam Paragon. Jalan kaki dalam 5 minit. Plus, vegetarian breakfast disediakan. So, boleh makanan kenyang2 dulu sebelum memulakan perjalanan. Hotelnya bersih dan murah. Boleh baca review di Tripadvisor.

Sumber : Facebook

Friday, 23 August 2019

Tips Rawatan Rambut Gugur

S.K. | 00:00 | 5Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum. 

Image result for limau purut dan santan

Ini sebuah perkongsian dari FB Suzy Honey mengenai masalah keguguran rambut yang dialami oleh anak perempuannya selepas bersalin .

Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor , masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut. Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :

  • 4 ke 5 biji limau purut dipotong
  • 1 gelas Santan kelapa yang asli di perah - lebih baik guna santan lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut yang sihat.


Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .

Cara untuk rawatan , di ambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

Sumber : Facebook Suzy Honey

Thursday, 22 August 2019

Resepi Shell Out

S.K. | 00:00 | 6Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.


Image may contain: food


Image may contain: food

Seafood :
  • Sotong 5 ekor Rm 2.15
  • Ketam nipah 2 ekor Rm 15 (promo sebab dah patah kaki tangan 😝)
  • Udang 15 ekor Rm6.70


Sayur : 
  • Brokoli
  • Jagung
  • Tomato
  • Carrot 



Untuk bahan tumis :

  • 2 buku bawang merah
  • 4-5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang cili padi
  • 2 batang serai
  • Sedikit ikan bilis dan belacan (optional)

Bahan ni wajib blender


Bahan rebus :

  • Jagung dan brokoli je saya rebus (sayur lain tak)
  • Rebus ketam, udang , sotong atau lain-lain seafood yang korang nak

Cuma ketam tu, rebus asing. Air dia kita akan guna untuk kuah. Kalau campurkan smua sekali. Nanti nak buat kuah pati tak sedap. Saya guna air rebusan ketam je.


Cara-cara :
  1. Tumis semua bahan yang dah di blend . Masukkan 4-5 sudu cili boh.
  2. Masa tumis tu masukkan daun limau purut dan juga serai ketuk 2 batang.
  3. Bila dah naik bau dan cili dah masak. Masukkan 4-5 senduk air ketam (ikut bnyak mana kecairan yg suka)
  4. Masukkan 2 sudu sos tiram dan 2 sudu sos cili.
  5. Masukkan gula garam aji. Saya lebihkan gula sikit sebab shell out selalunya manis sikit. Ikut selera la.
  6. Bila dah siap kuah. Masukkan semua sayur dan seafood tadi. Gaul dan hidangkan. Siap.


Image may contain: food

Sumber : Facebook

Wednesday, 21 August 2019

Adab Masuk Tandas

S.K. | 00:00 | 2Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

No photo description available.

Di antara adab masuk tandas yang saya belajar dengan guru saya suatu masa dahulu, dan belum dapat lagi di tempat lain. Selain daripada melangkah masuk dengan kaki kiri, lipat seluar, beralas kaki (memakai selipar khas tandas). Adab yang satu ini juga penting dan mungkin masih ramai yang belum biasa buat.

Iaitu mengalirkan dahulu air paip pada keseluruhan dinding tandas. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Jangan terus halakan air ke lantai tandas, bimbang nanti terpercik pada kaki atau seluar. Ini penting dan sebahagian daripada thoharah. Kerana kita tidak tahu bagaimana dan di mana pengguna tandas sebelum kita membuang air.

Sama ada dengan cara berdiri atau duduk. Di dinding atau di lubang tandas. Dia selesaikan hajatnya dengan ilmu atau secara semberono. Boleh jadi pada dinding itu ada percikan-percikan air najis yang kita tidak nampak (najis hukmi). Apabila air dialirkan dari bahagian dinding, automatik air tersebut akan membawa sekali najis-najis hukmi pada dinding dan lantai tandas.

Kemudian, selepas kita selesaikan hajat kita, sebelum keluar, ulang semula perbuatan mengalirkan air pada dinding dan lantai tandas. Dan jangan lupa, bilas kaki sebelum melangkah keluar daripada tandas. Sebab kita tidak mahu najis-najis yang ada dalam tandas itu kita bawa keluar. Lebih-lebih tandas rumah atau tandas masjid.

Kalau kita terbawa keluar najis tandas ke dalam rumah dan dalam masjid, bimbang. Seluruh lantai rumah atau masjid akan jadi najis, najis, najis di mana saja kita jejak. Akibatnya, sembahyang kita dan umat Islam yang lain tidak sah. Bila sembahyang umat Islam tidak sah, ibaratnya umat Islam tidak sembahyang. Bila umat Islam tidak sembahyang, bantuan Allah tidak datang. Umat Islam akan terus terhina di mana-mana. Mari ambil perhatian. Wallahu a'lam..

Sumber : Facebook

Tuesday, 20 August 2019

Solat di Kawasan Bumbung Masjid Nabawi

S.K. | 00:00 | 0Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image may contain: outdoor and indoor

Semalam aku terlewat ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib. Sampai sana, orang dah mula solat. Jadi kita pun berjalanlah laju sikit.

Nak dijadikan cerita, jemaah terlalu ramai sehingga melimpah ke luar. Siap ada yang solat di tangga lagi. Pintu-pintu masjid juga dah ditutup dengan tali penghadang. Tiap kali ada yang cuba melintas masuk, pegawai masjid akan halang. Kahkah.

Jadi nak tak nak, kena solat di dataranlah.

Aku cuba juga untuk cari jalan masuk ke dalam. Mujurlah datang idea untuk cuba naik ke kawasan bumbung Masjid Nabawi.

Oleh itu, aku terus menuju ke pintu masjid bernombor 10, pintu Imam al-Bukhari namanya. Ada sebuah eskalator naik ke atas dekat kawasan Perpustakaan Masjid Nabawi. Dan masa sampai dekat atas, fuh suasana lenang sangat. Jemaah pun tak ramai mana pun.

Ramai yang tak tahu Masjid Nabawi ini ada buka ruangan solat di kawasan bumbungnya. Kalian boleh naik ke sana melalui tangga yang tersedia di hampir setiap pintu masjid. Masuk ja pintu, cuba intai kiri dan kanan. Mesti ada.

Cumanya bukan semua waktulah pihak masjid buka kawasan atas ini. Biasanya ia dibuka apabila jemaah yang datang berkunjung terlalu ramai seperti hari Jumaat, solat hari raya, bulan puasa dan musim haji. Ha, waktu ini memang mereka buka sentiasa.

Jika jika kalian terlewat datang ke Masjid Nabawi dan dah tak dapat nak masuk ke dalam, naiklah ke atas. Insya-Allah banyak lagi saf kosong untuk diisi. Aku sendiri pun kalau solat Jumaat di sana, memang terus naik ke bumbung, malas nak berebut bersesak-sesak dekat bawah sana.

Yang seronoknya dekat bumbung ini, kita dapat rasa udara dan angin semulajadi. Kalau musim sejuk, fuh nyaman ya Tuhan. Cuma kalau musim panas, bertabahlah ya. Hihi. Boleh tahan tajam pedih juga anginnya mencucuk. Kahkah.

Oh ya sebelum terlupa, ruangan ini dibuka untuk jemaah lelaki sahaja. Untuk jemaah perempuan, masih belum ada lagi okeh.

Itulah.

Image may contain: indoor

Image may contain: night, indoor and outdoor

Image may contain: night, sky and outdoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 2 people, outdoor

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber : Facebook

Monday, 19 August 2019

Cara Cuci Sinki Paling Berkesan

S.K. | 00:00 | 2Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image result for tumblr


CARA PERTAMA:
  1. Keluarkan semua air yang bertakung di dalam singki dengan menggunakan baldi kecil atau cawan.
  2. Curahkan secawan serbuk penaik ke dalam lubang singki.
  3. Diikuti dengan secawan garam halus.
  4. Kemudian, curahkan pula setengah cawan cuka tiruan.
  5. Biarkan bahan-bahan yang dituangkan tadi bertindak selama 10 minit sebelum menuangkan air panas mendidih ke dalam lubang singki tersebut.
  6. Setelah segala kekotoran tersumbat itu dapat dihilangkan, anda boleh pam singki mengunakan alat pengepam biasa.
  7. Nak lagi bersih, ambil sehiris lemon, kemudian gosok disekitar sinki untuk hapuskan kuman. Lagi best, tinggal bau yang cukup wangi!

CARA KEDUA:
  1. Masukkan 1/2 cawan baking soda kedalam lubang sinki. Pastikan air yang bertakung di dalam sinki telah dikeluarkan.
  2. Gunakan sudu kecil atau apa-apa yang sesuai untuk masukkan baking soda tu kedalam lubang sinki.
  3. Selepas itu masukkan pula 1/2 cawan cuka kedalam lubang sinki tadi. Tunggu 5 minit supaya baking soda dan cuka tadi bertindak balas.
  4. Kemudian, ambil satu jag air panas mendidih dan curahkan ke dalam sinki.
  5. Lihatlah hasilnya… jadi ke tak?
  6. Sambung langkah dibawah kalau teknik diatas tak berjaya. Itu bermaksud ada kotoran super degil yang melekat di saluran sinki. Jadi kena guna cara yang extreme sikit.
  7. Sediakan baldi kat bawah sinki untuk tadah air yang keluar tujuannya supaya lantai tak kotor. Tanggalkan perangkap sinki, buang semua kotoran yang telah terperangkap di dalamnya ke dalam baldi yang diletakkan di bawah sinki tadi. Buka paip untuk check jika air masih lagi bertakung di dalam sinki.
  8. Jika masih tersumbat, Tanggalkan sambungan PVC di bawah sinki.
  9. Bersihkan saluran atau sambungan PVC tadi dengan berus gigi yang sudah tidak digunakan.
  10. Cantumkan semua sambungan dan perangkap sinki dan siap!
Sumber : Mingguan Wanita

Sunday, 18 August 2019

Tips Bajet Lauk Setiap Bulan yang Mudah untuk Dimasak & Sangat Praktikal

S.K. | 00:00 | 0Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image may contain: text and food

Image may contain: food

Image may contain: text

Image may contain: food

Image may contain: text

Image may contain: food

Image may contain: drink and food

No photo description available.

Image may contain: indoor

Sumber : Twitter