Monday, 29 June 2015

Persediaan MUET

S.K. | 09:19 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yeay ! MUET tak lama lagi.. \\Oppss.. bukan Yaya nak ambil MUET!!!// Ada beberapa orang junior Yaya tanya, persedian nak dapat result MUET gempak vom vom kebabom macam Yaya bak kata mereka.. ||Manadagempaknya... Mereka MENIPU!!!|| Secara jujurnya hadek-2 yang hakak sayangi sekalian... Akak study malam & dua hari sebelum MUET tu je. Hari-2 lain tak study.. Uhuks..

MUET terbahagi kepada 2 paper;

  • Paper Speaking
  • Paper Listening,Writing & Comprehension
Untuk paper Speaking, Hentam sajalah labu.. :P Ok la, Jujurlah sayang sejujur-jujurnya.. Waktu kat Palam, Yaya lebih banyak 'sepaking' dengan dua orang housemate ni dalam English compared to Malay.. & sorang lagi Yaya akan bersepikingg London dengan schoolmates Yaya, Mecq namanya.. Memang dari kami classmate masa sekolah menengah, kami sepikinggg London.. Honestly, Yaya lebih suka sepikinggg London compared to cakap Malayss.. So, That's why la Yaya tak rasa awkward sangat bila orang suruh speaking.. :)

Speaking ni banyak tajuk.. Setiap hari akan keluar soalan yang berlainan.. Dan setiap hari ada 5 set soalan speaking yang akan dikeluarkan.. Topik-2 yang perlu kamu kuasai.. \Ceh ! Macam nak ambil SPM gayanya../ adalah semua topik... Mihmihmih.. Tak la, Speaking Test ni nak uji tahap berkomunikasi & pemikiran kita.. So.. Bagilah apa-2 respon, jangan diam je.. Bagilah jawapan yang logik.. :) Macam Yaya, dua hari sebelum Speaking Test, Yaya akan buat revision.. Caranya, Yaya cari mana-2 bukan koleksi soalan MUET, kemudian, Yaya akan salin soalan dan jawapan untuk speaking test dalam buku tu.. Malam sebelum Speaking Test, Yaya akan baca balik.. Em' Yaya takdelah salin semua jawapan, cuma salin isi-2 penting dan tengok cara olahan ayat dia suapaya masa Speaking Test betul-2 nanti, Yaya ada idea untuk hentam apa.. >_<

Paper Listening.. ||Markah paling rendah.. Sob..Sob..Sob..|| Ok la, macam yang sedia maklum.. Nama pun listening jadi kita cuma kena mendengar je la kan sambil menulis jawapan.. :P Untuk listening.. Setiap hujung minggu, cuba la pasang video-2 English.. Movie English & lagu English.. Bukan apa, mudah untuk kita memahami accent nya nanti.. Kadang-2, boleh keliru dengan perkataan yang disebut.. 

Untuk Writing and Comprehension... Yaya sarankan kamu membaca lebih banyak buku/akhbar genre English... Plis la weyy ! Korbankan sikit masa untuk baca bahan bacaan English.. Tak rugi pun.. Jangan baca je, yang mana tak faham maksud tu, carilah maksud dia dalam Kamus..Online Dictionary ok juga.. Yaya kalau laptop terbuka ni, komfirm-2 guna online Dictionary.. Da tahu maksud dia.. Jangan lupa tulis... Beli buku latihan kecik tu, jadikan buku Vocab.. Online Cambridge Dictionary. Yaya suka guna Cambridge Dictionary.. :D 

FYI, pemeriksa kertas dia tak tengok ayat kita yang flowery-2 tu.. Macam ESSSPIIYYEEMM..
My adrenaline run vigrously
My rossy cheeks turn red
Takde.. Takde.. Semua ni membazir masa je.. Pemeriksa tengok cara penggunaan vocab.. Maksudnya, Vocab yang kita gunakan luas atau tahap budak sekolah rendah.. Contoh... Foggy instead of a cold day .. Absurd instead of Stupid... See? Dengan perkataan-2 yan bombastic ni, kamu akan dapat markah bonus.. Maka untuk itu... Banyakan membaca bahan bacaan genre English.. Ok la, kalau kamu malas sangat.. Baca tajuk besar setiap muka surat pun da okay.. :) Practice Makes Perfect bro/sis... Kalau malas juga.. Bacalah komik-2 English.. Yang ada gambar-2 kartunnss semua tu.. :)

Untuk bahagian Comprehension.. Serious talk.. Petikan dia boleh menimbulkan kekeliruan.. Part comprehension ni, kamu kena baca berulang kali dan fahamkan petikan.. Soalan takdelah tricky mana kalau kamu faham kehendak soalan dan petikan yang diberi.. Kalau tak faham apa-2, memang naya abis la.. Untuk part ni, Yaya banyak buat latihan dari buku-2 soalan MUET tu.. Eh lupa pula.. Comprehension ni soalan dia ada pilihan jawapan.. Nampak senang kan? Tapi tak semudah yang disangka kalau tak faham petikan.. Pokok pangkalnya.. Fahamkan petikan. :P

Kyaahh.. Sampai di sini sahaja Yaya membebel mengenai MUET.. Good luck !

9 comments:

  1. Goodluck ye...
    Sis dah lama amek muet tahun 2007 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun da amik sis.. :D Goodluck untuk junior-2 la pula.. ^_^

      Delete
  2. Erm, nak tanya. Slip muet yang kena print rite after dah registered tu penting ke? Sebab apparently slip tu dah hilang, in case kalau penting, macam mana nak print balik eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuppss.. penting.. klau nak print nalik, bole call pihak lmbga MPM,

      Delete
    2. Tumpg tnye...boleh ke klu nk beli no.pin muet kt pjbt pos ??

      Delete
  3. ������

    ReplyDelete
  4. untuk wang pos dah ambil borang dari pos laju.....tapi tak tau macam mane isi.....kat ruang wakil tak payah tulis kan?? ruang kat bawah ada pengirim/penerima,..kena isi maklumat saye ke??sebab saye nak hantar wang pos untuk mendapatkan sijil kelakuan baik ( good conduct ) dari putrajaya.....so kena isi maklumat saye ke kat ruang pengirim/penerima....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, kat ruang pengirim / penerima isi maklumat diri kita. ruangan wakil tak diperlukan .

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥