Thursday, 25 June 2015

Ujian Statik

syafi khizar | 01:26 | 6Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ! Berkat bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini.. Yaya lulus ujian statik.. Dekat tiga hari juga la menyepi kan..? Maaf semua yang bw & follow.. In shaa Allah, Yaya akan bw & follow balik..

Gila ! Study maut kot untuk ujian statik ni. Ek eleh ! Ujian Statik je pun.. Haa, yang "JE PUN" tu la yang merisaukan.. Ada orang, berpuluh-puluh kali kena ulang, Pheww.. Setelah menempuh pelbagai cabaran dan dugaan, aiceh.. 2,3 kali kena tukar komputer... Pucat lesi muka. Tak pasal-2 kena repeat, buat malu je.. Satu jam yang diperuntukkan memang diguna sehabis baik la.. :P Ayah Yaya siap cakap la "Amboi.. Ingat exam final ke nak guna masa sepenuhnya?" Oh kemon daddy (amboi!  Daddy sangat~), kena repeat nanti habiskan duit je..

Btw, ada yang tertanya-tanya, Ujian Statik tu ujian apa? Ujian statik adalah ujian berkomputer JPJ, Jangan risau, soalan dia ada pilihan jawapan, ada juga soalan warna dan penglihatan..

Di sini.. Yaya nak promote bagi mereka yang nak ambil ujian statik, tak perlu baca buku sangat la.. Download apps ni, soalan beserta jawapan lengkap ujian statik.. Boleh semak jawapan yang salah dan tahu jawapan yang betul.. Secara keseluruhannya, ada 500 soalan. Soalan-2 statik ada juga disediakan dalam bentuk buku, boleh dapatkan di mana-2 cawangan kelas memandu tempat masing-2.. Eh ! Membebel benda lain pula.. Ok-2, download apps ni, jangan tak download.. In shaa Allah boleh lulus kalau baca betul-2 soalan ni..




Good luck  !

P/s :  Gigi bongsu baru nak tumbuh.. Sakitnya tuh disini.. ||Rahsia di Sebalik Kehilangan Yaya||

6 comments:

  1. nt dpt lesen nt blh la bwk ronda2 kampung ea..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah.. Seluruh kota Malaysia Yaya boleh bawakan.. haha.. :D

      Delete
  2. waah..baru saya tahu ada app sebegini, dulu saya gigih bace buku tu, dari muke depan ke muke belakang .. hehehe =D

    member #104

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Teknologi zaman dulu dan zaman sekarang.. >_<

      Delete
  3. Replies
    1. Download je macam biasa, scroll bawah sikit, ada menu box download

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥