Friday, 24 April 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 2)

syafi khizar | 03:06 | 0Comments |

Bismillah.

Bersua kembali dalam eksplorasi mengenal Palam. Hokey, ini over. Sebelum terlupa, Cik Yaya tak lupa nak perkenalkan Surau Ibnu Sina. Bukan saje-2 lupa, tapi.. Tak jumpa gambar, tak syok la kalau tak dapat tengok gambar. Iye dop? 

Surau Ibnu Sina a.k.a Masjid UiTM Puncak Alam :
Surau Ibnu Sina ni baru sahaja ditubuhkan. Alhamdulillah, Asasi batch 2014/2015 (batch Cik Yaya) perasmi penggunaan surau ni. Surau untuk apa anak-2? Mestilah untuk solat. Haa, adik-2 jangan malas-2 datang surau untuk solat berjemaah, tak rugi pun.. Sentiasa jadikan surau sebagai rumah kedua kita di Palam selain daripada kolej kediaman masing-2. Surau ni alhamdulillah, meriah jugak, Ada kuliah maghrib, ada Back to Basic (apa tu? Nanti kamu tahulah) Hint : Satu program.. Best.. Setiap hari Jumaat, in sha Allah, kalau tiada aral melintang, akan ada ustaz jemputan, tak pun imam muda. in sha Allah.. Setiap hari Jumaat, pelajar lelaki akan solat Jumaat di sini, kalau dulu mereka perlu solat di ruangan Kolej Angsana, sekarang tidak lagi. \Macam iklan je bunyinya, iklan apa entah/ 


Tangga Maut a.k.a Tangga Batu Caves a.k.a Tangga Palam a.k.a Tangga Kejayaan
Haa, Sebelum masuk Palam ni, kamu mesti familiar dengan tangga Palam kan? Atau lebih dikenali sebagai Tangga Batu Caves. Oh! Tak familiar juga ke? How abaout Tangga Kejayaan? Ok, Last choice, Tangga Maut. Nama. Amboii.. Tak boleh bawa maut pun adik-2 semua ya, KECUALI kamu yang cari maut sendiri (terjun tangga dari atas ke jalan tar tu) haaa. Tu memang patut dinamakan Tangga Maut, tapi kalau kamu sopan santun dekat tangga ni, takdenya boleh bawa maut. Minggu first memang kamu akan rasa penat, lama-2 akan terbiasa. Takkan hari-2 kena naik/turun tangga ni? Ahaa, Jangan risau, bas Rapid KL ada disediakan, tapi kamu kena bayar RM 1 untuk setiap perjalanan. Tangga ni Cik Yaya tak ingat berapa bilangan dia, yang pasti, Cik Yaya pernah kira masa awal-2 dulu *Sebab takde kerja sangat kan?* All the best! Best naik tangga ni, Sihat tubuh badan. Uhuks. Kalau kamu dapat R4, kamu beruntung. Sangat! Sebab, naik-2 je tangga, blok kamu depan tu. Tak payah nak berjalan jauh lagi..





Plaza Satelit B @ PSB :
Apa pula PSB ni? PSB ni adalah bangunan.. PSB ni adalah permulaan untuk kamu naik tangga tu. Dekat PSB akan ada kafe-2 untuk makan pagi sampai petang sewaktu di fakulti, Ringgit Mart *Sebelum beli tanya harga dulu, kadang-2 ada yang mereka tak letak tag harga*, kedai buku ala-2 koperasi sekolah gitu, tempat untuk fotostet, surau, Bilik Kaunseling, Pejabat ACIS (Pejabat bahagian keagamaan), pejabat Bank Islam, mesin ATM Bank Islam dan mesin deposit tunai Bank Islam. Nanti kamu survey-2 la ye. Makan la dekat mana yang kamu suka, ada banyak pilihan, untuk rasa eksklusif sikit boleh cari kafe kat bahagian atas bangunan PSB ni. Kemudian, PSB ni juga penghubung untuk pergi ke bangunan fakulti, cuba tengok gambar bawah, nampak tak jejantas tu? Yang tu la yang akan menghubungkan untuk pergi ke bangunan fakulti lain.


PTAR @ Perpustakaan Tun Abdul Razak :
FYI, bukan kat Palam sahaja ada PTAR, perpustakaan kat UiTM Shah Alam pun ada juga yang dipanggil PTAR. Jadi, kamu jangan komfius nanti. PTAR Palam baru setahun dua buka. Jadi masih baru. Segala kelengkapan dia, alhamdulillah, memuaskan. Kamu boleh sewa loker untuk satu sem (kalau kamu rajin nak pergi PTAR la) PTAR Palam berbentuk bulat, macam UFO. Kemudahan di PTAR memuaskan hati juga. Ada surau, jadi kamu tak terkejar-2 nak cari surau bila tiba waktu solat. Sebelah PTAR ada kafe. *Kafe lagi* Kalau tak cukup makan kat fakulti tak tahulah macam mana. Sebelah PTAR lagi ada kedai-2 buku, kedai beli tiket bas *Tapi tak jual tiket bas untuk semua tempat*, Kedai printing baju dan banner serta Dewan Serbaguna a.k.a DSG. Dekat DSG biasanya akan ada karnival-2 UiTM @ Karnival Kerjaya @ Jualan-2 @ PC Fair @ Book Fair. Ikut la event mana yang dia nak buat. :P





Tasik :
Kawan Cik Yaya (Encik Ikmal Alif) cakap tasik Palam famous kat Palam. Ekeke.. Sejauh mana famous wallahualam.. Ok la, memang famous pun, Kalau kamu nak release stress, boleh la datang tasik.. Bagi makan ikan. Tasik Palam sangat cantik dan menenangkan. Cuma, kalau nak pergi jauh sikit, belakang fakulti. Cari la nanti. Bila da sampai. Haa.. Luas katakauu.. Banyak ikan yang comel-2. Jujurnya.. Tasik kat Palam banyak sangat. Tapi, yang bawah ni yang paling femes. 




Okay. Sampai di sini sahaja entry Palam Part 2. 
Ketinggalan entry Palam?

Klik Palam Part 1
Klik Palam Part 3
Klik Palam Part 4
Klik Palam Part 5

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥