Thursday, 23 April 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 1)

syafi khizar | 23:51 | 45Comments |
   



Bismillah.

Haa. Nampak gambar atas tu? Ok, Cik Yaya lepasan asasi UiTM Puncak Alam atau lebih dikenali sebagai budak-2 PALAM. Best hokeh Palam ni. Rugi siapa tak masuk sini.. Uhuks. Titew lepasan asasi yuuuaiiitiiiemmmm je.. Tak macam awak-2 yang pandai-2 tu.. \Okey, ni mengada/ Alhamdulillah, Palam terima permohonan Cik Yaya masuk sini. Seriously, tak rugi kamu masuk sini. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak dijadikan cerita, Palam ni bukan la pilihan pertama Cik Yaya, Tapi, Allah s.w.t dah tetapkan Cik Yaya berada di sini. So, just follow the flow. Chill! Nak belajar, kat mana-2 boleh belajar, yang penting niat. Betul tak? Okey, seperti yang dijanjikan, Cik Yaya akan cerita serba sedikit mengenai Palam berdasarkan pengalaman Cik Yaya sendiri. Cik Yaya batch 2014/2015 Palam (baru abis asasi katakauu, maka, aura nak hapdate pasal Palam masih berkobar-2 lagi) Aiceh...

Buat pengetahuan adik-2 semua, Asasi UiTM ada kat banyak tempat, UiTM Puncak Alam, UiTM Shah Alam, UiTM Kuantan dan UiTM Lendu. Tapi untuk Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan ada kat UiTM Puncak Alam sahaja. Kalau Asasi Undang-2 dan Asasi TESL ada kat 3 lagi UiTM. *Cik Yaya Asasi Sains* :D Tapi, untuk batch 2015/2016, masuk sem 2 kamu semua akan dikumpulkan dalam satu pusat sahaja, iaitu di Dengkil, in sha Allah, kalau tiada aral melintang. Doa-2 kan lah kamu dapat masuk di Dengkil, bukan apa, semuanya baru.. Jadi kamu dapat jadi perasmi.. Entry kali ni Cik Yaya belanja banyak-2 gambar sikit.. Almaklumlah ex-student sini, takkanlah takde gambar Palam kan? Ohh, lupa, FYI, Palam ni sangat cantik. Sebab kekalkan tema kehijauan giteww. So, bagi sesiapa yang gilar photoshoot, boleh la cari port-2 yang cantiks dan menarikss untuk jadikan tempat shooting, misalnya.


Gambar atas tu kamu akan jumpa sebelum masuk gate utama Palam, haa, kalau kamu tak perasan, Wallahualam, tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan first time nampak UiTM PALAM, Fuhh.. Dup.. Dap.. Dup.. Dap.. Adrenaline turun tak henti-2, bergetar tulang rusuk <Okay, ni hiperbola sangat> Rasa lain la, macam eksaiitedd giteww..

Tempat Kediaman :
Mula-2 sekali, mesti kamu nak tahu pasal tempat kediaman kamu kan? Tempat kediaman terbahagi kepada 3, Angsana, Rafflesia dan Casuarina. Rafflesia khusus untuk pelajar perempuan, Angsana untuk pelajar lelaki dan ada juga blok Angsana pelajar perempuan yang duduk dan Casuarina sebahagian untuk pelajar lelaki dan sebahagian lagi untuk pelajar perempuan. Eh, Blok-2 ni semuanya didiami oleh pelajar asasi (semua pelajar asasi WAJIB duduk kolej kediaman), lain-2 dipenuhi oleh pelajar diploma dan degree.. Angsana dan Rafflesia masing-2 ada kolej kemudahan pelajar. Back to the topic, Angsana, Rafflesia dan Casuarina masing-2 ada 6 blok dan kedudukannya tak semestinya ikut nombor. Macam mana tu? Maksudnya, blok-2 ni disusun tak ikut nombor, tapi kamu boleh tengok nanti ada 6 blok untuk setiap kolej kediaman, dan tingginya berbeza. Sebagai contoh, kalau R2 (Rafflesia 2) ada 7 tingkat, Blok-2 lain ada lebih daripada 7 tingkat. Kenapa tu tak pasti la pula. >_< Terimalah seadanya. Nampak tak gambar bawah ada macam gym luar? Ahaa, memang wujud pun, kalau nak release stress, boleh la main. Dekat blok angsana pun ada juga. 



Kamu akan duduk dalam rumah tau, bukan dalam dorm macam dekat UiTM Shah Alam, haa. Ini yang special pasal Palam, pelajar duduk dalam rumah. Dalam rumah akan ada 4-5 buah bilik dan setiap bilik didiami oleh 2 orang pelajar sahaja. Tak padat kan? Selesa. Lebih banyak masa privasi untuk diri sendiri. Dalam setiap bilik dilengkapi dengan 2 set almari, 2 set meja belajar, 2 buah katil 2 lampu pendarfluor, 1 kipas dan 1 memo board. Pandai-2 la kamu dengan roomate kamu nanti. Sebagai persiapan, kamu kena bawa bantal (dalam gambar memang ada bantal, tapi kadang-2 ada bilik yang tiada bantal, untuk keselasaan sendiri, bawa bantal siap-2), cadar, selimut, bantal busuk (kalau ada), kunci almari jangan lupa, sebagai keselamatan)  



Dalam rumah akan ada ruang tamu, saiz ruang tamu tak menentu, ada rumah ruang tamu besar dan ada yang kecil. Ada rak kasut (tapi kalau kamu memang jenis guna kasut berpuluh-2 untuk satu sem, lebih baik bawa rak kasut sendiri). Macam mana dengan tandas dan bilik air pula? Ada 1 bilik air lengkap (ada shower dan tandas duduk), ada satu tandas cangkung dan ada 1 bilik air yang ada shower sahaja. Total up ada tiga la semua sekali, jadi kamu semua tak berebut masa nak guna. Lain-2 kamu kena berbincang la dengan housemate masing-2, macam mana nak ceriakan @ nak jadikan ruang makan ke, ruang belajar, pandai-2 kamu la nanti, jangan sampai bermasam muka pula.

Lupa nak mention, kat setiap blok kolej kediaman akan ada bilik TV, bilik dobi, surau, dan bilik study, semuanya terletak di aras 1..

Kompleks Kemudahan Pelajar (KKPA @ KKPR) :
Apa pula kompleks kemudahan pelajar tu? Boleh dikatakan kafe la dan bahagian atas terletaknya pejabat-2 yang berkaitan dengan kolej kediaman masing-2. Kenapa Casuarina takde kompleks kemudahan pelajar? Sebab Casuarina bangunan baru, in sha Allah, akan dibina kompleks kemudahan pelajar lepas ni, bila tu? Wallahualam, ada la dalam perancangan..KKPA/R stands for Kolej Kemudahan Pelajar Angsana/ Rafflesia. Okeh, kat sini akan ada kafe, banyak kafe, ada ABC, Roti canai, lauk-pauk, masakan panas, burger, cucuk-2, waffle, nasi ayam, dll.. Bahagian tengah ruang KKPA/R ni dijadikan court badminton, bagi sesiapa yang berminat bermain badminton, bawa lah siap-2 raket dan shuttle masing-2. Bahagian atas pula ada gym, pejabat Angsana/Rafflesia, bilik study, surau, bilik muzik (kalau tak silap nama dia) dewan serbaguna, tandas, bilik komputer, bilik unit sukan (okey, kamu boleh pinjam basikal kat sini, tapi ada limit, tengok jadual dia), dll. Ada juga ruang menonton TV, selalunya akan kecohlah bila ada perlawanan bola. 



Dekat KKPA/R akan ada Mini Mart dan Is Mart. nilah mart-2 yang kamu akan ulang-alik masuk ketika kelaparan.. Cari stok makanan atau beli segala keperluan la senang cerita. Dekat Is Mart ada SkyNet, kat sini boleh la kalau nak pos apa-2 barang.. FYI, dalam KKPA/R ni akan ada satu mesin ATM je, yakni mesin ATM Bank Islam.. Iyaa.. di Palam semua urusan menggunakan akaun Bank Islam. Jadi, sesiapa yang tiada akaun Bank Islam tu, cepat-cepatlah buat ye. Jangan risau, ATM ni boleh juga digunakan untuk withdraw bank lain punya kad.


Padang Kawad :
Kalau dulu, kat padang kawad ni akan ada makcik-2 atau pakcik-2 dari luar datang berniaga, Sekarang ni tapak perniagaan da tukar kat sebelah C4 (nanti cari sendiri :P) Nama pun padang kawad, jadi, kat padang kawad ni selalunya orang akan berkawad, ada martial art (Taekwondo).. Padang kawad dikelilingi oleh gelanggang gelanggang futsal dan gelanggan basketball. Petang-2 dan pagi-2 hujung minggu biasanya meriah la..Malam pun tak kurang meriah juga.


Sampai sini dulu cerita Palam. In sha Allah, akan bersambung.  See ya :)

Ketinggalan entry Palam?
Klik Palam Part 2
Klik Palam Part 3
Klik Palam Part 4
Klik Palam Part 5

45 comments:

  1. Bravooo.. bgos akk senior niee..
    nnti pasal fakulti, n of course tmpt popular, TASIKK!!!!πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. haha.. Tasik Famous ke? haha..
    Okeh2, otw, kena buat banyak part ^^,
    In sha Allah.. Nanti kalau ada apa yang tertinggal, tolong ingatkan :D

    ReplyDelete
  3. terbaik cik yaya..x nak cerita pasal classmates k??hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah, sabaq sat nohh.. nak abiskan pengenalan Palam.. haha, isi dia baru pasal classmates dan orang sekeliling

      Delete
  4. Salam kak. Tumpang tanye. Msa mula2 daftar buleh ke pilih roommate sendiri? Ke dah ditetapkan? Pastu,pembahagian kelas pulak mcam mana? Ikut test bi ke?? Mohon membantu. Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik.. Boleh.. Kalau kamu nak roomate sendiri, pastikan, kamu beratur dalam barisan yang sama, kamu@roomate kamu mesti dalam barisan yang sama dan depan belakang, jangan ada selang satu pun, kalau tak kamu akan dapat roomate yang lain..

      Pembahagian kelas berdasarkan nama, nanti, pihak uni akan keluarkan senarai nama ikut abjad, dan kelas ditentukan dari situ..
      Contoh,
      Ali,Ana,Boboy dan Caca
      Ali kelas A
      Ana kelas B
      Boboy kelas C
      Caca kelas D..

      Delete
  5. Salam akak..
    Nak tanya pasal ko-ko... Apa pilihan ko-ko yang ada? Dan bila pula pendaftaran ko-ko tu?
    Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.. ada banyak.. ada outdoor n indoor activity.. kalau kamu nak pilihan yang kamu suka, kamu kena daftar awal-2, koko daftar lepas habis mds, online, kamu kena selalu cek laman web asasi..

      Delete
  6. Tkasih byk2 atas reply akak. Saya akan ke PALAM very very soon. Wish me luck ye! Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-2, do enjoy yourself there, don't be too pressure, put Allah first, everything gonna work smoothly.. Good luck.

      Delete
  7. Replies
    1. Kena.. Kalau awak tak balik da lepas MDS.. atau awak plan nak balik sebulan lepas tu.. Laptop diperlukan untuk daftar Koko, daftar kelas, daftar assignment Chem, dan buat assignment/kuiz kalau ada.. Tapi, kalau lepas habis MDS awak balik, bawa lepas MDS pun takpe

      Delete
  8. Owh ok tq kakk..nty time pendaftaran,just daftar tuk bilik ja kan..akak egt lg x?? Yg borg bantuan asasi tu dye x tgk lg kn?? Sbb sy x done lg bnde tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. daftar untuk bilik je dulu.. Borang asasi kena hantar masa MDS sehari atau 2 hari lepas pendaftaran kolej. Kalau borang tak lengkap, nanti kena hantar sendiri dekat Pejabat Asasi (bangunan FSK 1,5 Tingkat 5)

      Delete
  9. Owh ok kak tq...time pndaftaran nty dye ade nk tgk borg bantuan asasi kaa?? Kalu akk egt la..sy x done lg dgn borg tu hehe

    ReplyDelete
  10. Salam akak...
    1) laptop sambungan through wifi @ cable?
    2) result akak dah keluar? Dapat tak nak buat medic tu?
    3) past sem punya set of questions boleh dapat di library kan?
    4) apa formula yang akak boleh share untuk score di Palam?
    Hehehe... Maaf ye, banyak soalan.. Cempedak luar pagar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.
      1. Through LAN cable. kalau kat fakulti @ KKPA/KKPR use wifi
      2. Alhamdulillah, akak dapat iv dentistry, akak tak minta medic. Btw, result UPU untuk degree keluar bulan 8 nanti..
      3. Yups, boleh dapat kat library, but.. bukan library PTAR tu, kena dapatkan online. ada laman web dia..
      4. Formula dia senang.. Dahulukan Allah dalam semua benda, ikhalskan hati dan jangan pernah merungut. Kalau boleh, sentiasa join Usrah dan study grup a.k.a GenPro

      Delete
  11. Sis, sy asasi palam thun ni. alhamdulillah, dh hbis mds. palam mmg best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Palam je best? MDS? hehe.. Have the best journey in Palam. Bitaufiq wannajjah..

      Delete
  12. Salam akak . Saya nak beli buku rujukan secondhand akak yg dulu akak gna utk asasi boleyhh arkm . Nanak sgt2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam Effah.. Sorry Effah, akak da bagi junior akak.. Akak tak jual buku, akak bagi FOC :D.. Sorry once again

      Delete
  13. We are happy to read your post , its a very nice and more informative...
    Exert Realty provides all your.
    Visit another Gyms in Gurgaon for a good health. You can also join for Yoga Classes in Gurgaon with excellent trainer.

    ReplyDelete
  14. salam kak. saya nak tanya, masa mendaftar utk kolej kediaman kan, daftar kat mana ye? sebab dalam surat tu dia tak cakap pun kat mana mana nak pergi utk mendaftar. jadi macam mana ye kak? thankyouu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam . Sistem sekarang rasanya dia guna drive thru je , macam ni , dia akan bagi kita kunci rumah dari dalam kereta masa kita nak masuk area kolej kediaman . segala urusan dokumen nanti diorang akan buat masa MDS

      Delete
    2. jadinya kan kalau saya nak satu bilik dengan kawan saya, macam mana eh kak?

      Delete
    3. Maybe bole je amik kunci tu dulu , then , pandai2 la atur dengan kawan , tukar knci ke klau bole . Tak bole juga , gi management la rasanya . ;)

      Delete
    4. ohh berapa eh yuran yang dikenakan utk kolej kediaman? 😊

      Delete
    5. Last time RM420 . Might increase . Less than RM500 for sure .

      Delete
  15. Assalam kak. Lpas asasi uitm. Ada chance x nk study overseas in medic ? And kalau ada. Apa requirement dy ? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , ada . sama ada under UiTM atau private . Kena rajin mencari . Kalau under UiTM , belajar under UNHAS

      Delete
    2. Oh. Macam tu. And usually ada x yg dapat ? Maklumlah competition tggi. And ekonomi pulak. ==" terima kasih akak ^_^ nice n3

      Delete
    3. Ada je . rezeki masing-2, tak semua dapat apa yang kita nak, melainkan kita melabur dengan duit sendiri . Hehe

      Delete
    4. Oh. I see. Kalau yg berkaitan muet. Dy akan ajar kan ? Susah x nak dapat band 4/5. Sbb dgr kata klau dapat 4.0 muet band 3 xleh pursue medic :')

      Delete
    5. Yups, dia akan ajar . Bagi akak senang je . Kalau betul-2 nak target band 4/5 , akak nasihatkan awak , at least, sekali seminggu , buat latihan MUET, beli macam-2 jenis buku latihan MUET, sebab kita main dengan bahasa, jadi, Practice Makes Perfect :)

      Delete
    6. Okay. Thank you akak. Banyk plop saya tanya T^T . Moga akak berjaya dunia akhirat. Ameen =)

      Delete
  16. Salam kak, nak tanya kolej kediaman disediakan sampai habis diploma and degree ke ? Or dia prepare hostel untuk certain semester je then kena cari rumah sewa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , 1st sem memang dia bagi , kemudian , kena kumpul merit @ kupon , then , kena apply la untuk duduk hostel lagi . Kalau malas duduk dalam , boleh je duduk luar .

      Delete
  17. Sy dpt asasi uitm. Since elaun dpt hjg bln, prblnjaan sebulan brapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends pada individu , kalau macam akak , akak bajet sehari makan RM5 , sebab dulu masa kat Palam , makanan panas memang harga murah-2 , makanan berlauk pun . Tak berani nak cakap , RM200 - RM 300 bagi akak cukup da, sebab pikir duduk jauh dengan parents, nak survive tanpa parents, takkan nak selalu minta duit. Pandai-2 kena manage. =)

      Delete
  18. Tq. Lg satu, kena byr ke yuran sblm brdftr? Kalau x byr, x pe? As in diorg tolak dr elaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dulu boleh , kalau sekarang tak pasti, better awak call & tanya

      Delete
  19. Mahal tak uitm ni? Hostel kena bayar ke? Makanan murah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM universiti yang paling murah . Hostel kena bayar per sem , dalam RM 400++ macam tu . . Makanan dia , serius murah gila dan berbaloi !

      Delete
  20. Sis,setiap hari memang ade class ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depends la dapat kelas mana, biasanya, memang akan ada kelas setiap hari.

      Delete

πŸ’Œ 0617 CommentsπŸ’¬ ♥ Thank you lovely ♥