Friday, 3 June 2016

Asasi UiTM Dengkil Part 1

syafi khizar | 23:11 | 4Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Post dulu-2, Yaya citer pasal Asasi UiTM Puncak Alam a.k.a PALAM kan? Haa , sekarang ni, Asasi UiTM bukan dekat PALAM lagi dah, dah pindah kat UiTM Dengkil. Yaya komfirm, ramai yang dah tau kan, Okay, saje je nak buat mukaddimah sikit.. Bak kata cikgu BM, kena ada Pendahuluan, Isi dan Penutup. Let's move to the main points.


Kalau dulu, masa dekat Palam, HANYA ADA pelajar Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan je. Tapi, bila dah pindah dekat Dengkil ni, kesemua empat asasi dah dikumpulkan bersama~ Bersatu padu giteww~ Senang citer, Kampus UiTM Dengkil ini dikhususkan sebagai Pusat Asasi UiTM.. Dah takde da pusat asasi dekat UiTM Puncak Alam, dekat UiTM Shah Alam dan tempat-2 lain tak pasti pula [Al-maklumlahhh, dah terkeluar dari bumbung UiTM, segala info mengenai UiTM tahu atas-2 pagar je, atas permukaan yang rata gituu]. Kat UiTM Dengkil, akan ada pelajar Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL dan Asasi Undang-2.. INGAT! Hanya tempat sahaja yang berubah.. Subjek untuk setiap program Asasi masih lagi sama. Jangan bimbang..


Pusat Asasi Dengkil ni sebenarnya masih baru lagi. Memang baru gila-2 la kan, Currently (3 June 2016), baru ada 2 batch. Batch pertama yang bertuah merasmikan UiTM Dengkil ni adalah Batch 2015/2016, tu pun masa Semester 2, Semester 1, diorang masih di UiTM Puncak Alam atau UiTM Shah Alam. Huntunggggg , rasa nikmat belajar dekat dua kampus yang berbeza. Jelesss Iollsss . So , batch yang baru masuk sekarang ni adalah batch 2016/2017 . . Nak suruh Yaya komen pasal UiTM Dengkil , hmm , tak tau nak komen apa , Yaya tak pernah sampai lagi UiTM Dengkil setakat ni . Info-2 yang Yaya nak kongsikan ni, semuanya Yaya dapat daripada junior . . Bagi Yaya, mula-2 tengok UiTM Dengkil ni, Yaya rasa cantik tapi tak boleh lawan kecantikan PALAM, kurang pasti pula UiTM Dengkil ni dapat feeling-2 oberseaassss ke tak.. Sebab masa kat Palam, ada satu tahap, kita akan rasa sejukkk gila, ada satu tahap, kabus tebal sangattt dan ada satu tahap, memang feeling duduk kat overseas habis-habisan la. Lagi-2 musim tengkujuh, sejuk nyaman gituu.


Kolej Kediaman:

Basically, lebih kurang macam Palam, guna sistem rumah. Rumah ada 3 bilik, setiap bilik ada 2 orang. So, ada 6 orang satu rumah. Meja study semua dekat luar (ruang tamu camtu la). Bilik ada cuma ada 2, Satu tandas duduk dan satu lagi cangkung. Kedua-dua tandas ni dilengkapi dengan shower. Rak kasut limited. So, kalau kasut lebih tu, pandai-2 la susun bawah katil atau locker (Ingat sama orang lain, jangan penuh rak kasut tu, hak milik orang yang sama) Kalau tak susun kasut tu, alamat dia bersepah la kannn.. Amapaian pun limited juga, jadi, kalau basuh kain dan nak jemur baju tu, gilir-2 la.. Dah kering cepat-2 la angkat, bukan awak sorang je duduk dalam rumah tu. =P Kalau nak basuh pada masa yang sama juga, cadangan untuk sidai baju tu, boleh sidai kat bilik eh.. Tapi, kalau kena marah, tanggungjawab sendiri.. Jarak antara kampus dengan kolej tak lah jauh mana. Dalam 300 meter, haa, berbanding Palam kauu, ada tangga maut a.k.a tangga kejayaan gituu..


Nama blok-2 untuk kolej kediaman ni kalau tak silap berdasarkan nama-2 bunga. Dahlia merupakan blok yang paling besar, dia ada sayap kanan dan kiri.. Dahlia 1 biasanya untuk budak Asasi Sains, Dahlia 3 akan bercampur budak Asasi Sains dan Asasi Engineering. Bawah blok Dahlia 2 biasanya akan ada ceramah. Masa ni lah nak kutip kupon. Kupon ni penting untuk markah Koko kayyy.. Baik datang je ceramah tu, bukan lama sangat pun =) Kalau nak kupon lagi, join ceramah dekat DK1, setiap hari Jumaat.


Untuk facilities pula, bawah aras satu akan ada dobi, RM2. Dry clean pun RM2. Macam biasa, akan ada bilik TV, biasanya student akan guna untuk jadikan bilik study. Setakat ni, TV takde lagi, so, memang jadikan bilik study la kannn. Dalam bilik study tu ada sofa, meja dan kerusi sahaja. Setakat ni la, sekarang mungkin dah ada kot. Kemudian, ada bilik kitar semula dekat dobi. Mana-2 sampah yang agak-2 boleh dikitar semulakan dia, silalah kitar semula eh =P . Untuk riadah, dekat aras satu juga, ada meja ping pong, boleh la tenang-2 kan fikiran petang-2 main ping-pong.


Aktiviti Riadah:

Petang-2, kalau takde kelas tu, biasanya, students akan jogging, main tennis, main basikal, roller blading, main futsal. Yang kaki study biasanya akan gunakan masa petang ni untuk study. Dating? Hmm , no komen . Ikut suka la~ Ahaaaa, kalau nak main badminton boleh juga, tapi, atas jalan tar je la, macam main petang-2 dekat depan rumah . .


Kafe:

Yaya rasa, jarak kolej kediaman dengan kafe lebih kurang macam Palam juga. Kafe tak jauh manalah citer dia, adalah dalam 100-200 meter. Lek-2 sudah.. Kalau nak makan, jauh mana pun sanggup jalan kann.. Nanti Yaya update lagi pasal kafe kat UiTM Dengkil.


Okay la, stop sampai kat sini dulu, gambar-2 UiTM Dengkil akan dihapdateeee kemudian.. Sekarang sesi untuk menaip je dulu. Kemudian akan ada sesi letak gambar dan final touch up untuk entry. Cehh. Kemaiin. Jet-2 blogger hotsss. Assalamualaikum.

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Nak tnye. Yg no akaun sspn tu kalau lupa. Kalau kita try n error. Mcm mna nak tau no tu betul ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Errr , no SSPN kalau lupa, pergi balik kat tempat yang awak buat akaun SSPN, jangan try n error . Kalau salah , naya hidup

      Delete
  2. Salam sis, just nak tnya psal roomate.. adakah roomate kite sememangnya same course atau random ? And boleh plih roomate sndiri? ๐Ÿ™๐Ÿป

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, kalau awal2 dulu, dia tentukan.. Biasanya sama course.. Sekarang tak pasti macam mana.

      Delete

๐Ÿ’Œ 0617 Comments๐Ÿ’ฌ ♥ Thank you lovely ♥