Monday, 15 February 2016

Pengetua dan Anak Maut

syafi khizar | 09:03 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


MARAN: Dua beranak maut dalam kemalangan di FELDA Jengka 19, dekat Kampung Awah, di sini, jam 1 tengah hari tadi.   Mangsa, Mohd Rozi Mat Sani, 48 dan anaknya, Mohd Adam, 10, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta PERODUA Kelisa dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori. Jurucakap polis berkata, mangsa adalah Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Maran dan anak jati FELDA Jengka 18. Katanya, kereta PERODUA Kelisa itu dipandu anak mangsa, Mohd Afiq Zakuan, 18, dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Mohd Afiq Zakuan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarga mereka. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau, Temerloh, malam ini.



Kehilangan yang amat besar bagi warga SMK Jengka Pusat . Sungguh . Arwah Tuan Haji Rozi merupakan Pengetua Cemerlang sekolah Yaya suatu ketika dulu . Macam tak percaya arwah sudah meninggalkan kita semua . Tidak terhitung jari jemari ni kalau nak kira jasa arwah buat Yaya dan rakan-2 yang lain . Kami memang agak 'nakal' masa zaman sekolah , tapi apa yang arwah pesan dan nasihatkan , semuanya kami ikut . Arwah tidak pernah mengajar kelas kami pun . Dedikasi dan komited arwah dalam membangunkan sekolah daripada Sekolah Rancangan Khas --> Sekolah Kluster --> Sekolah Cemerlang di Pahang ini sangat Yaya kagum . Macam-2 program dan usaha yang arwah laksanakan . Seriously , Yaya macam boleh baca da ucapan apa yang arwah akan bagi setiap kali tiba masa untuk arwah berucap .


Sebelum cuti CNY aritu , cikgu-2 bercerita pada Yaya semalam , arwah cakap 'Cikgu , saya rasa nak berehat panjang lepas raya cina ni , tapi taknak amik cuti' dan macam-2 pesanan yang disampaikan kepada guru-2 . Siapa sangkakan , rupa-rupanya , itu tanda-2 kami akan kehilangan arwah buat selama-lamanya . Saat berpeluang untuk menatap wajah arwah yang terakhir kalinya . MasyaAllah , sungguh tenang wajahnya dan arwah seakan-akan kelihatan tersenyum . Ya Allah , ampunilah dosa-2 guruku yang telah banyak berjasa buat diriku dan rakan-2 yang lain serta ampunilah dosa anak kecilnya yang tidak sempat mengenali dunia sebenar-benarnya dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beriman' Amiiin . 

 



P/s : Mengenai bagaimana kemalangan ini berlaku , biarlah menjadi rahsia . Jangan direka-reka cerita , mungkin berlaku fitnah . Semoga Afiq cepat sembuh . Amiin . 

2 comments:

  1. Al Fatihah..moga allahyarham tenang bersemadi di sana..ditemani dengan cahaya amalan soleh semasa hayatnya..amin..amin..amin..

    ReplyDelete
  2. Sedih. cg rozi byk mmbantu masa belajar dulu walaupon dia x ajar kelas sya

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥