Wednesday, 13 May 2015

Puding Kastard

syafi khizar | 16:37 | 2Comments |

Bismillah..

Hai.. *Angkat-2 tangan*

Hari ni Yaya nak share satu resepi. Al-kisah, Yaya sedang lapar~ *Haihh.. Macam takde kena mengena kan?* Whatever bebeh..

Puding kastard, Makanan yang tak asing dalam hidup Yaya. Kalau rajin, Haa.. Ni la salah satu dessert yang akan Yaya buat.


Bahan-bahan :
Bahan A : Isinya 
  • 4 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 1 cawan susu isian sejat F&N (susu cair F&N)
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 4 cawan air
Bahan B : Sos kastard
  • 1 cawan susu isian sejat F&N (susu cair F&N)
  • 1 cawan gula
  • 8 cawan air
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
Hiasan :
  • 1 tin cocktail
  • 100 gram buah ceri

Caranya :
  • Untuk bahan A, campurkan semua bahan dalam kuali.
  • Menggunakan api yang perlahan, kacau bahan A tersebut menggunakan senduk kayu sehingga menjadi pepejal.
  • Tutup api dan pindahkan dalam bekas berkaca apabila bahan A dah timbul buih-2 (menggelegak)
  • Untuk bahan B, campurkan semua bahan dalam kuali, masak dan kacau sampai semua bahan tu larut. 
  • Pindahkan dalam bekas dan masukkan bahan hiasan dalam bahan B yang dah siap masak ni
  • Sejukkan kedua-2 nya dalam peti.
  • Tadaaaa!!! Boleh makan bila da sejuk.

Simple kan? Nanti Yaya hapdate balik. Tak sempat amik gambar puding kastard yang da siap. Buka-2 peti, licin.. Adik-2 Yaya makan. Tak simpati langsung.. *lap air mata*

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥