Monday, 27 April 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 4)

syafi khizar | 00:24 | 10Comments |

Bismillah.

Hai ! Assalamualaikum. In sha Allah, entry Palam hari ni mengenai sistem pembelajaran di Palam.

Jadual waktu kelas :
Kelas akan bermula pada pukul 8.30 am setiap hari dan berakhir paling lewat pukul 6.30 pm setiap hari. Tapi, tak semua kelas akan bermula pukul 8.30 am. Period first tak tetap pukul berapa. Depends pada jadual kamu nanti la.

Subjek :
Subjek yang akan kamu pelajari ada 6, 4 subjek wajib 2 subjek elektif, tapi kamu tetap juga kena belajar 2 subjek elektif tu. Sebab kamu akan gunakan untuk kehidupan dunia dan akhirat nanti :)

Sem 1 :
  1. Foundation Biology I (BIO091) - 5 hours (credit hours)
  2. Chemistry I (CHM092) - 5 hours (credit hours)
  3. Foundation Mathematics I (MAT093) - 5 hours (credit hours)
  4. Foundation Physics I (PHY094) - 5 hours (credit hours)
  5. ELC - 3 hours (credit hours)
  6. Tasawwur Islam (CTU085) - 2 hours (credit hours)
Sem 2 :

  1. Foundation Biology II (BIO095) - 5 hours (credit hours)
  2. Foundation Chemistry II (CHM096) - 5 hours (credit hours)
  3. Foundation Mathematics for Scientists (MAT097) - 5 hours (credit hours)
  4. Foundation Physics II (PHY098) - 5 hours (credit hours)
  5. ELC - 3 hours (credit hours)
  6. Islam dan Sains (CTU087) - 2 hours (credit hours)

ELC dan CTU adalah subjek elektif. ELC masa untuk kamu belajar English manakala CTU adalah agama. 

Lecturer :
Lecturer kat asasi Palam ni alhamdulillah, semua baik-2, cantik-2, hensem-2 dan cun-2 belaka. Yang paling penting semua mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kamu jangan takut untuk jumpa lecturer. Kalau boleh, rajin-2 kan lah pergi bertanya soalan pada lecturer, in sha Allah, kamu akan lebih rapat dan tak kekok bila nak luahkan perasaan kalau ada masalah. Lecturer kat Palam kita akan panggil ikut gelaran dan status mereka contoh Miss, Madam, Sir, Prof dan Dr.

Lecturer asasi Palam <-- Klik link sebelah untuk kenal lecturer :D

Web :
Ok, da masuk era pelajar universiti ni, kamu mesti biasakan diri bukan laman web universiti kamu. Ada universiti, ada satu sahaja laman web, tetapi UiTM banyak  gilosss laman web. Jadi kena pandai-2 la kamu cari. Cik Yaya tak kejam hokeyyy.. Cik Yaya bantu kamu semua.. Nahh!! Hameekk kau..

Link untuk assignment / kuiz Chemistry :

Link untuk laman web rasmi asasi UiTM :

Link untuk login i-Learn UiTM :

Link untuk Student Portal UiTM :

Course Work vs Final :
Sedikit pencerahan mengenai Course Work dan Final. FYI, Course Work dan Final markah dia sama rata which is 50% each. Maknanya, untuk Final nanti, hanya separuh markah kamu akan diambil kira. 50% markah lagi datangnya dari Course Work. Cik Yaya sarankan pada adik-2 supaya skor Course Work at least 35% ke atas untuk kekalkan dapat A- @ A bila final nanti. Markah course work datang dari lab report, test, assignment dan kuiz. Skor betul-2, in sha Allah, kamu boleh dapat 4.0 nanti. Masih samar-2 dengan Course Work vs Final? Jangan risau, hari first kamu ada lecture, lecturer akan terangkan semua ni balik supaya kamu faham dan tak keliru. Penting ke semua ni? Iyuuup, Sangat penting untuk markah kamu, jadi, jangan abaikan. 

Kyaahh. Sampai di sini sahaja entry asasi Palam. Sebarang pertanyaan boleh email @ contact Cik Yaya di laman sosial @ komen di bawah ni. Good luck semua! Do the best, beat the rest. Ingat, niat belajar kerana Allah, sentiasa tajdid niat, in sha Allah, cemerlang dunia akhirat. Amiin..

P/s : 
  • Doakan Cik Yaya dapat sambung dalam kos pergigian untuk degree September 2015 ni. In sha Allah, Amiin..

10 comments:

  1. Ada contact budak Engineering tak? Nak tanya specs laptop apa yang perlu untuk Engineering.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada, my housemate & schoolmate. Email saya.. Nanti saya bagi nombor dia

      Delete
  2. Kak, muet ambik tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil. Masa habis Sem 1. Around Nov-Dec..

      Delete
  3. Sem 2 nanti ada bayar apa apa ke ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada. Yuran pengajian + yuran kolej + bil perkakas elektrik

      Delete
  4. Akak laptop pnting x?? N bnyk presentation ke? Sy x reti prsent2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penting! Untuk buat assignment.. Tak tentu juga.. Ikut lexturer kamu.. ada lecturer suka buat presentation.. ada yang biasa2 je.. btw, good luck

      Delete
  5. saya nak tanya,kalau saya nak tukar subjek elektif boleh ke?
    sebab subjek yang saya dapat national kesatria..macam hardcore sangat untuk saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya boleh je , kena jumpa lecturer tanya macam mana procedure

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥