Thursday 11 August 2016

Penginapan Berhampiran MSU

Anonymous | 13:19 | 11Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . . 


MSU unggul namamu , menjadi universiti pilihan . . . . Lalalala ~ *Okay , Yaya tak ingat lirik sebenarnya . Menyanyi lagu MSU jarang sekali , ingat melodi je . Maafkan saya Tan Sri , Puan Sri Presiden . 


Okay la , Yaya banyak juga la terima e-mel daripada awak dan rakan-2 awak semua bertanyakan mengenai MSU dan tempat penginapan . Mula-2 , Yaya rasa nak reply personal je setiap e-mel tu , dan tiba-2 rasa macam nak buat entry pula . Tahniah kepada semua yang bakal menjadi warga MSU a.k.a MSUrians . Enjoy your study here . Dan , 'Hai ! Saya Senior Farmasi awak' Ihiks . *Okay , menggedik* Jom kita explore .

1. Prima U1 Condominium


Tempat penginapan Yaya sekarang ni . Terletak berhampiran dengan Glenmarie dan Federal Highway . Berbanding tempat penginapan yang lain , Prima U1 ni antara yang jauh juga la , tapi alhamdulillah , kalau nak berjalan tu boleh la dalam 5-15 minit . Depends pada kelajuan kaki anda dan kesesakan lalu lintas . Apa yang Yaya boleh cakap , duduk dekat Prima U1 ni memang selesa . Sebab , ruang tamu dan bilik yang besar . Ada 3 bilik , dalam master bedroom ada toilet , ada dapur dan dekat dapur ada toilet juga . Ada koridor , boleh la buat untuk sidai baju . Ramai je student MSU yang tinggal kat Prima , so , jangan risau la kalau nak lintas jalan tu , mesti akan jumpa orang yang nak lintas sama.



2. Brunsfield Riverview Apartment

Ni antara tempat penginapan yang famous juga la untuk student MSU . Terletak betul-2 di belakang MSU . Kalau berjalan kaki , dalam 5 minit boleh sampai dah . Ada ruang tamu , 2 bilik , bilik air dan dapur . Yang ni apartment okay . 



3. Persanda Apartment

Honestly , Yaya tak pernah masuk lagi Persanda ni . Kedudukan dia di sebelah hospital MSU yang sedang dibina . Kalau tak silap Yaya , Persanda ni ada 2 bilik , ruang tamu , dapur dan bilik air . Kalau tak silap la . 



4. Menara U1 

Lebih dikanali sebagai Menara U . Ramai juga student MSU yang menginap kat sini . Ada 1 bilik air , 2 bilik , ruang tamu dan koridor . Menara U takde dapur , just ada pantri kecik je . Ala-2 studio suite kat hotel camtu . Menara U duduk kat sebelah Persanda .



5. Menara U2

Menara U2 pula , sekali lagi , sejujurnya , Yaya tak pernah masuk lagi . Eh , pernah , pergi court badminton dia je . Masuk rumah tak pernah lagi . Kedudukan Menara U2 mestilah sebelah Menara U1 .


6. Arte Subang West

Haa , yang ni baru lagi buka tahun ni . Kedudukan Arte ni , belakang Menara U1 . Kalau dilihat , agak mewah dan exclusive . Mungkin sebab baru lagi kot . Description untuk Arte ni , Yaya tak berani cank cakap . Yaya tak ingat . Sebab Yaya tak pernah masuk lagi Arte ni , cuma pernah baca flyers je la .


7. Perdana Apartment

Perdana ni antara yang jauh daripada MSU . Sebenarnya , tak jauh mana pun . Kedudukan Perdana ni adalah berhampiran dengan Giant Seksyen 13 Shah Alam . Isi dalam rumah ni , Yaya kurang pasti , sama juga , Yaya tak pernah masuk lagi kat dalam Perdana ni .


8. Indah Alam Apartment

Yang ni palinggggg jauh , nak jalan kaki tu , erm' pikir banyak kali sikit la eh . Tapi , antara yang selesa juga , sama macam Prima U1 . Mostly , student yang tinggal kat Indah Alam ialah mereka yang dapat sponsorship , scholarship , etc . Indah Alam ni , erm ' ada 3 bilik kalau tak silap , ruang tamu , bilik air dan dapur . Besar juga la ruang dalam rumah ni . 


Kalau minta pendapat Yaya , Yaya sarankan tinggal kat Menara U2 atau Prima U1 . Sebab apa ? Sebab Yaya rasa dua-2 ni memberi keselesaan . Yang lain-2 pun okay juga . Cuma , macam Yaya , dah biasa duduk dalam bilik sendiri-2 dengan ruang yang besar , so , Yaya prefer Prima U1 . In sha Allah , Yaya akan kekal duduk kat Prima U1 ni sampai habis degree . Malas lah nak pindah-2 melainkan kalau keadaan memaksa Yaya pindah . 


Anyway , Yaya perlukan seorang housemate . Kalau ada yang berminat , boleh e-mel kat Yaya . Dan , Yaya perlukan pengganti untuk jadi roomate Yaya juga , Kalau housemate ni , tak kisah intake bila , tapi untuk roomate tu , untuk mereka yang bakal masuk bulan Oktober atau pertengahan September . 

Thank you for reading :)

Read on: Kenapa Perlu Masuk MSU