Bismillah.
Assalamualaikum.
Kita mulakan dengan Form 6 @ Pre-Univeristy :
- Ada 2 Semester sama macam asasi dan matriks.
- Terikat dengan undang-2 sekolah.
- Uniform? Ohh.. Form 6 sekarang canggih dah, takyah pakai uniform sekolah macam zaman muda-mudi sekolah tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah. Pakaian boleh pakai baju kurung biasa. Hmm, Sebenarnya depends pada sekolah tu jugak, ada sekolah masih nak kekalkan guna uniform sekolah, biar seragam katanya.
- Segala apa yang kita buat, cikgu akan tolong, macam zaman-2 UPSR,PMR,SPM.. Menarik kan? Ibarat cikgu suap lagi la..
- Pendapat aku la, Form 6 best sebenarnya.. Sebab lagi rapat dengan cikgu-2, memandangkan jumlah pelajar sikit, tak macam universiti.. and, kita pun lagi selesa.. Selain tu, Form 6 lagi dipandang tinggi daripada budak-2 matriks @ asasi sebab sijil Form 6 laku untuk cari kerja berbanding yang masuk asasi @ matrik.. Kalau asasi @ matrik, takde sijil pun and kalau nak cari kerja, kena apply guna result SPM (haa, kalau result SPM bagus ok la, kalau K.O macam mana?)
Next station : Asasi atau lebih dikenali sebagai foundation :
Ok, gambar atas tu beberapa contoh universiti yang ada asasi dan program asasi yang ada dalam universiti tersebut. Memandangkan aku lepasan asasi, maybe la, boleh cerita sedikit sebanyak mengenai asasi ni.. Orang tanya "Sambung mana belajar sekarang?" -Asasi- "Wussshh, budak-2 pandai ni".. Aipp..Aipp.. Don't judge the book by its cover, Semua orang pandai hokeeyyy, yang membezakan rajin atau malas je. Sekiaann..
- Asasi taraf dia sama je macam matriks.. Yang membezakan, asasi da duduk dekat universiti, matrik pula masih bawah KPM. Apa KPM tu? Kementerian Pelajaran Malaysia la sayanggg oiii..
- Kehidupan asasi lagi best daripada matrik sebab? Sebab da jadi pelajar universiti, boleh keluar masuk ikut suka hati, takde peraturan yang ketat, boleh pakai apa sahaja asalkan menutup aurat dan ikut tatacara universiti masing-2 la kan. Takde da warden nak menjerit dari bawah ke atas sebab tak pergi prep, tak kemas bilik, tak pergi 'roll call' dll. Tapi jangan terlampau enjoy, pandai-2 la bawa diri.. Melampau sangat hari-2 nak keluar lepas abis kelas balik lewat tengah malam, agak-2 la bross.. sisss...
- Jadual asasi depends pada kelas masing-2, kebiasaanyya, kelas akan bermula pukul 8.30 am dan paling lewat abis pukul 6.30 pm, depends asasi masing-2 la ye..
- Advantage dia kalau masuk degree, kalau pilih lagi universiti yang sama untuk sambung degree, in sha Allah, tempat kita da secure da.. Eh.. Jangan malas belajar pula, depends pada pointer kamu juga hokeyy, jangan malas-2, cuba dapatkan pointer tertinggi ikut kemampuan kamu.. Tapi, kalau kamu pilih universiti lain daripada asasi kamu, persaingan tu sengit sikit la, bukan kamu sorang je budak pandai dalam Malaysia ni.
- Silibus asasi lagi sikit berbanding dengan silibus matrik. Ini serius, bukan main-2.. Sebab tu, kadang-2 bila kawan-2 matrik tanya, macam ternganga sikit.. apa la yang diorang belajar ni..
- Tempoh asasi pun kalau macam aku punya, sekejap je. kurang 8 bulan..
- Apa yang best asasi? Banyak cutiii.. weeee... Boleh balik kampung selalu.. Betull... Tak tipu.. Kalau matrik, masih menggunakan sistem asrama, ada masa boleh balik, ada masa tak boleh balik, ikut warden masing-2..
- Kehidupan asasi serius best!
- Ahaa, lupa, tempoh asasi, ada setahun, satu tahun setengah and 2 tahun.. Tengoklah kamu dapat yang mana.
Seterusnya.. Matrikulasi a.k.a Matriksss :
- Matriks.. Hmm, nak cakap apa eh. Matriks ni sama macam asasi, adik-beradik tiri.. Matriks bawah KPM dan asasi bawah KPT (Kementerian Pelajaran Tinggi)
- Matriks kehidupan dia macam sekolah berasrama, ada warden, ada barang larangan (henpon boleh bawa, jangan risau), ada masa outing, nak balik kena minta signature warden.. Haa, macam tu la..
- Jadual kelas dia bermula pukul 8 am dan berakhir 4@5 pm..Gap ada untuk makan tengahari & solat.. (alaa, macam jadual zaman sekolah-2 dulu) dapat bayangkan?
- Orang selalu cakap, jadual budak matriks padat, Ahaa, betul! Sebab kan kehidupan macam asrama, jadi ada la aktiviti-2 tertentu yang kena lakukan.. Tapi takde la fully asrama, sebab takde jadual prep, jadual makan malam, bebas la nak makan pukul berapa, cuma jadual yang dah ditetapkan pihak matriks kena la patuh.. Jangan buat hal pula, masak kamu nanti..
- Matriks cuti dia 2 minggu je, (Cuti Sem), Sekejap je..
- Matriks masuk paling awal, 2 minggu akhir hujung bulan 5, mesti da daftar da..
- Tempoh pengajian 10 bulan @ 2 tahun
- Matriks biasanya habis lambat.. Asasi masuk lambat habis awal.. (Sesetengah asasi la)
- Student matriks biasanya senang nak skor 4.0 sebab cikgu-2 mereka tolong. Tolong macam mana tu? Cikgu-2 mereka akan buat kelas tambahan atau bagi latihan tambahan, buat past year and bincang past year sama-2, tapi asasi depends pada diri sendiri, Kalau kamu nak berjaya, kamu buatlah semua tu.. Asasi kena lebih berdiri atas kaki sendiri.. Faham?
Lastly, Diploma atau nama manja Dip :
- Dip ni orang selalu akan pandang rendah. Sebab apa? Alaa, Dip je pun, heii.. Heii.. Awak. Awak.. Awak tahu tak dip ni sijil dia lagi bernilai daripada matrik dan asasi yang takde sijil tu?
- Dip biasanya 3 tahun dan kalau nak sambung degree ambil masa 2-3 tahun je.. Ahaaa, bila grad, awak still grad sama tahun dengan budak asasi dan matriks.. Naisss kan?
- Dip best juga! Sebab jadual mereka tak padat langsung.. Banyak aktiviti pula tu.. Kadang-2, akan ada at least satu hari awak takde kelas langsung, @ ada satu kelas je untuk hari tersebut..
- Budak dip senang nak skor, sebab silibus mereka sikit-2 lama-2 jadi bukit, Eh, tak la, silibus mereka dah dibahagikan untuk 3 tahun. Jadi, budak-2 dip ni kebanyakannya relax je, slow and steady giteww..
- Lepas abis dip, awak boleh apply kerja terus guna result dip. Kalau malas nak sambung degree la.. and gaji awak pun tak kurang lumayan jugakss..
Hokehh, sampai sini je cerita pendidikan tertiary di Malaysia ni.. Maaf andai ada salah info, Semua tulisan ini berdasarkan pemerhatian, pengalaman aku sendiri, ada soalan boleh tinggalkan jejak anda.
Tapi Form 6 susah jugak... nak cover STPM untuk silibus 2 Tahun kan... :)
ReplyDeleteSistem Form 6 sekarang dah berubah.. Sama macam matriks n asasi.. Kalau exam, jawab apa yang belajar sem tu je la.. takyah cover 2 tahun punya silibus da. :D
Deletesalam.. saya blog walking hari ni.. follow sekali hehe..
ReplyDeletelau blogwalking t meyh la singgah
eyrasaha.blogspot.com..
salam blogger :D
Wsalam.. haii.. in sha Allah, akan singgah dan follow balik.. terima kasih =)
DeleteSalam kak, nak tanya kolej kediaman ni disediakan sampai habis diploma or degree ke ? Or just dia bagi hostel ni for certain semester je ? 😊
ReplyDeleteWsalam , 1st sem wajib , then, you got option nak stay dalam @ luar . kalau nak stay dalam , kena kumpul kupon
Delete