Tuesday, 22 May 2018

Puasa tapi Tak Solat

S.K. | 12:54 | 11Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum..

Ibarat memancing tanpa umpan..
Ibarat mengisi air dalam baldi yang bocor..
Ibarat kerja penat tapi tak bergaji..

Ramai ibu bapa latih anak puasa dari kecil, ada yang  bagi upah puasa penuh duit raya RM100, ada yang sehari puasa dapat RM1, puasa penuh baju raya 2,3 pasang &  sekian-2.. Hingga anak-2 tertarik ,terlatih & minat untuk puasa.

Tapi bila sebut bab solat ramai ibu bapa buat-2 tak tahu, buat-2 tak peduli, tak ambil kisah. ramai yang cakap tak paa tunggu besar sikit baru suruh solat, tak paa dia masih budak-2..

Yang lebih malang ada ibu bapa tak pernah ajak anak solat & yang lagi malang bak jatuh ditimpa tangga ibu bapa itu sendiri tak tahu dan tak pernah solat. Allahu rabbi.

Ini kesilapan terbesar sesetengah ibu bapa yang tanpa disedari  mereka sedang memandu anak mereka ke jalan yang salah, menghancurkan masa depan anak-2, menjauhkan anak dari penciptanya, mengundang kemurkaan Tuhan, menjerumuskan diri sendiri dan keluarga ke jurang neraka. Nauzu billah...

Seperti janji ibu bapa sehari puasa dapat upah RM1, apa salahnya buat perkara yang sama dalam bab solat contoh cakap pada anak sapa yang solat penuh 5 waktu sehari semalam seminggu berturut-2 dapat upah RM10, dapat pegi shopping, ayah belanja KFC dll supaya anak-2 tertarik untuk solat..

Mula-2 memang berat lama-2 dia rasa bersalah bila tinggal solat. Tanam dalam diri anak-2 betapa solat itu satu kewajipan sama seperti puasa. Ikhlas akan hadir dlm diri selepas dipaksa, memaksa & rasa terpaksa.

Jangan sampai anak dah besar panjang baru kita nak salahkan mereka sedangkan ibu ayahlah yang perlu dipersalahkan kenapa waktu mereka kecil kita tak ambil peduli.

Jangan terkejut & bersedih kalau satu hari rumah orang tua-2 lah rumah terakhir ibu ayah gara-2 tersalah acuan sewaktu mereka kecil andai ilmu mengenal Tuhan tak dipeduli ilmu keduniaan diutamakan.

Anak-2 adalah amanah  yang akan disoal Tuhan kelak tanya Tuhan apakah kamu pernah mengajar anakmu mengenal Aku?Anak-2 adalah anugerah yang tiada nilai harga & saham yang akan tarik tangan ibu ayah samada ke neraka atau syurga..

Moga kita tak tergolong dalam kalangan mereka yang dihumban ke neraka atas kejahilan & cetek ilmu kita sendiri.. Moga dengan keberkatan Ramadhan kali ni Tuhan memberi kesedaran dalam diri kita..Tuhan tidak zalim tp kitalah sedang menzalimi diri sendiri.

Puasa hanya dapat letih, lapar & dahaga tak dapat pahala andai solat ditinggalkan kerana solat itu tunjang & digelar tiang agama. Kelak bertemu Tuhan terpinga-2 berpuluh tahun puasa tapi kantung pahala puasa kosong gara-2 abaikan solat.

Sedih tengok anak-2 kecik yang letih tahan puasa tapi solatnya tidak.. Mereka tak mengerti apa-2 kalau tak ditegur & tak disuruh ibu ayah..

Monday, 21 May 2018

Kesilapan Kerap dalam Bulan Ramadhan

S.K. | 13:26 | 3Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .