Tuesday 23 February 2016

Renew Lesen di Pejabat Pos

S.K. | 10:54 | 4Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum .  .



Dengan gigih . Kayuh basikal pergi bandar . Kau hado ? Mujur bandar dengan rumah Yaya jarak dia dalam 5 minit perjalanan kalau kayuh basikal . Kereta takde , kalau ada , memang naik kereta la kan =P . Tujuan gi bandar hari ni semata-mata nak gi renew lesen . Nak gi JPJ , masya-Allah , kalau naik basikal , mahu dekat 20 minit . Malas aihh . Kalau ada kereta , 10 minit atau kurang sampai da JPJ tu.


Prosedur untuk Renew Lesen kat Pejabat Pos senang ya amat .
  • Amik nombor (Pilih bahagian lesen , bayaran bil , etc)
  • Pergi kaunter , cakap nak renew lesen 
  • Bagi Kad Pengenalan & Lesen yang da tamat tempoh tu 
  • Tunggu sekejap . Dan . . .  .  Siap =)
  • Eh ! Jangan lupa bayar . Kadar bayaran boleh rujuk SINI . Tapi kat pejabat pos akan dicaj RM 2.10 kalau tak silap .

Monday 15 February 2016

Pengetua dan Anak Maut

S.K. | 09:03 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


MARAN: Dua beranak maut dalam kemalangan di FELDA Jengka 19, dekat Kampung Awah, di sini, jam 1 tengah hari tadi.   Mangsa, Mohd Rozi Mat Sani, 48 dan anaknya, Mohd Adam, 10, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta PERODUA Kelisa dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori. Jurucakap polis berkata, mangsa adalah Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat, Maran dan anak jati FELDA Jengka 18. Katanya, kereta PERODUA Kelisa itu dipandu anak mangsa, Mohd Afiq Zakuan, 18, dipercayai bergesel dengan sebuah kenderaan lain menyebabkannya hilang kawalan dan bertembung dengan lori dari arah bertentangan. Mohd Afiq Zakuan cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh. Difahamkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarga mereka. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Gau, Temerloh, malam ini.



Kehilangan yang amat besar bagi warga SMK Jengka Pusat . Sungguh . Arwah Tuan Haji Rozi merupakan Pengetua Cemerlang sekolah Yaya suatu ketika dulu . Macam tak percaya arwah sudah meninggalkan kita semua . Tidak terhitung jari jemari ni kalau nak kira jasa arwah buat Yaya dan rakan-2 yang lain . Kami memang agak 'nakal' masa zaman sekolah , tapi apa yang arwah pesan dan nasihatkan , semuanya kami ikut . Arwah tidak pernah mengajar kelas kami pun . Dedikasi dan komited arwah dalam membangunkan sekolah daripada Sekolah Rancangan Khas --> Sekolah Kluster --> Sekolah Cemerlang di Pahang ini sangat Yaya kagum . Macam-2 program dan usaha yang arwah laksanakan . Seriously , Yaya macam boleh baca da ucapan apa yang arwah akan bagi setiap kali tiba masa untuk arwah berucap .


Sebelum cuti CNY aritu , cikgu-2 bercerita pada Yaya semalam , arwah cakap 'Cikgu , saya rasa nak berehat panjang lepas raya cina ni , tapi taknak amik cuti' dan macam-2 pesanan yang disampaikan kepada guru-2 . Siapa sangkakan , rupa-rupanya , itu tanda-2 kami akan kehilangan arwah buat selama-lamanya . Saat berpeluang untuk menatap wajah arwah yang terakhir kalinya . MasyaAllah , sungguh tenang wajahnya dan arwah seakan-akan kelihatan tersenyum . Ya Allah , ampunilah dosa-2 guruku yang telah banyak berjasa buat diriku dan rakan-2 yang lain serta ampunilah dosa anak kecilnya yang tidak sempat mengenali dunia sebenar-benarnya dan tempatkanlah mereka dalam kalangan orang yang beriman' Amiiin . 

 



P/s : Mengenai bagaimana kemalangan ini berlaku , biarlah menjadi rahsia . Jangan direka-reka cerita , mungkin berlaku fitnah . Semoga Afiq cepat sembuh . Amiin .