Monday 29 June 2015

Proses Pembelian Wang Pos

S.K. | 15:43 | 29Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni berkaitan dengan proses untuk mendapatkan wang pos.. Macam entry sebelum ni.. Yaya ada ceritakan proses untuk mengisi wang pos untuk kawan-2 Palam.. Wang pos RM10 untuk ambil transkrip tu.. Entry mana Yaya merepek ni? Klik SINI... Haaa.. Entry tu ha...

Hokey la.. Yaya silap.. :'(.. Sebab ayah yang uruskan bahagian wang pos.. Jadi Yaya assume pergi kat kaunter pejabat pos tu.. Sengih-2 macam kerang wangi.. Cakap nak beli wang pos, terus dapat wang pos.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Kena isi borang dulu ghupenyaaa..

Sebelum dapat wang pos yang begini ghupenya..


Kita kena isi satu borang dulu.. Borang ni kira macam permohonan untuk kita beli wang pos.. Acah-2 je borang permohonan.. :P.. Masa nak isi borang untuk beli wang pos ni.. Beberapa orang rakan Yaya menemui jalan kebuntuan.. Ayat kau.. Tak payah bersastera sangat boleh? Yaya akan guide cara untuk isi borang wang pos ni..


Yaya guide cara untuk kita dapatkan wang pos. Maksudnya, kita sebagai pengirim wang pos tersebut..


Ruangan Tandakan / bagi yang berkenaan

Tandakan / pada kotak PENGIRIMAN / PEMBELIAN

Denominasi Wang Pos : Tandakan pada kotak RM10 (kalau nak ambil transkrip kena beli wang pos RM10, so, tandakan pada kotak RM10 terus..) Tapi, kalau kamu nak beli wang pos selain dari RM10, tandakan pada kotak yang bersesuaian..

Jumlah Kiriman : RM10


Ruangan Wakil

Biarkan kosong pada ruangan ni, jangan tulis apa-2


Ruangan Maklumat Pengirim / Penerima

Untuk ruangan ni.. Kamu kena tulis maklumat mengenai diri kamu sebagai pengirim... Contoh, Ali nak kirim wang pos RM10 kepada Abu (Bendahari UiTM) Untuk dapatkan transkrip rasmi. Jadi, dalam ruangan maklumat pengirim/penerima, Ali kena tulis maklumat mengenai dirinya..
  • Nama : Ali bin Ahmad
  • Alamat : No 17, Lorong UK 2
  • Bandar : London
  • Poskod : 98765
  • Negeri : United Kingdom
  • No. Telefon : 010-2345678
  • Tarikh Lahir : 20 Jun 1900
  • Jenis Kad Pengenalan : Tandakan / pada kotak MyKad
  • No. ID : Nombor IC kamu.. 000620052341
  • Warganegara : Malaysia
  • Tempat Lahir : Birmingham
  • Jantina : Lelaki.. (Kalau perempuan tanda pada kotak perempuan, jangan lurus sangat ikut Yaya ni..:p)
  • Hubungan dengan Pengirim / Penerima : Sebab nak kirim wang pada orang yang tak kenal, jadi tulislah TIADA HUBUNGAN
  • Tujuan Transaksi : Mendapatkan Transkrip
  • Pekerjaan : Pelajar
  • Jenis Perniagaan & Punca Dana : Biarkan kosong dua-2 ruangan ini.
Jangan lupa untuk tandatangan kamu di bahagian Tandatangan Pelanggan dan tulis tarikh sekali..

Dah siap ! Kemudian, pergi ke kaunter dan bagi borang ni dan ehem.. hulurlah duit RM10.. Jangan tak hulur pula .. See ya !

Persediaan MUET

S.K. | 09:19 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Yeay ! MUET tak lama lagi.. \\Oppss.. bukan Yaya nak ambil MUET!!!// Ada beberapa orang junior Yaya tanya, persedian nak dapat result MUET gempak vom vom kebabom macam Yaya bak kata mereka.. ||Manadagempaknya... Mereka MENIPU!!!|| Secara jujurnya hadek-2 yang hakak sayangi sekalian... Akak study malam & dua hari sebelum MUET tu je. Hari-2 lain tak study.. Uhuks..

MUET terbahagi kepada 2 paper;

  • Paper Speaking
  • Paper Listening,Writing & Comprehension
Untuk paper Speaking, Hentam sajalah labu.. :P Ok la, Jujurlah sayang sejujur-jujurnya.. Waktu kat Palam, Yaya lebih banyak 'sepaking' dengan dua orang housemate ni dalam English compared to Malay.. & sorang lagi Yaya akan bersepikingg London dengan schoolmates Yaya, Mecq namanya.. Memang dari kami classmate masa sekolah menengah, kami sepikinggg London.. Honestly, Yaya lebih suka sepikinggg London compared to cakap Malayss.. So, That's why la Yaya tak rasa awkward sangat bila orang suruh speaking.. :)

Speaking ni banyak tajuk.. Setiap hari akan keluar soalan yang berlainan.. Dan setiap hari ada 5 set soalan speaking yang akan dikeluarkan.. Topik-2 yang perlu kamu kuasai.. \Ceh ! Macam nak ambil SPM gayanya../ adalah semua topik... Mihmihmih.. Tak la, Speaking Test ni nak uji tahap berkomunikasi & pemikiran kita.. So.. Bagilah apa-2 respon, jangan diam je.. Bagilah jawapan yang logik.. :) Macam Yaya, dua hari sebelum Speaking Test, Yaya akan buat revision.. Caranya, Yaya cari mana-2 bukan koleksi soalan MUET, kemudian, Yaya akan salin soalan dan jawapan untuk speaking test dalam buku tu.. Malam sebelum Speaking Test, Yaya akan baca balik.. Em' Yaya takdelah salin semua jawapan, cuma salin isi-2 penting dan tengok cara olahan ayat dia suapaya masa Speaking Test betul-2 nanti, Yaya ada idea untuk hentam apa.. >_<

Paper Listening.. ||Markah paling rendah.. Sob..Sob..Sob..|| Ok la, macam yang sedia maklum.. Nama pun listening jadi kita cuma kena mendengar je la kan sambil menulis jawapan.. :P Untuk listening.. Setiap hujung minggu, cuba la pasang video-2 English.. Movie English & lagu English.. Bukan apa, mudah untuk kita memahami accent nya nanti.. Kadang-2, boleh keliru dengan perkataan yang disebut.. 

Untuk Writing and Comprehension... Yaya sarankan kamu membaca lebih banyak buku/akhbar genre English... Plis la weyy ! Korbankan sikit masa untuk baca bahan bacaan English.. Tak rugi pun.. Jangan baca je, yang mana tak faham maksud tu, carilah maksud dia dalam Kamus..Online Dictionary ok juga.. Yaya kalau laptop terbuka ni, komfirm-2 guna online Dictionary.. Da tahu maksud dia.. Jangan lupa tulis... Beli buku latihan kecik tu, jadikan buku Vocab.. Online Cambridge Dictionary. Yaya suka guna Cambridge Dictionary.. :D 

FYI, pemeriksa kertas dia tak tengok ayat kita yang flowery-2 tu.. Macam ESSSPIIYYEEMM..
My adrenaline run vigrously
My rossy cheeks turn red
Takde.. Takde.. Semua ni membazir masa je.. Pemeriksa tengok cara penggunaan vocab.. Maksudnya, Vocab yang kita gunakan luas atau tahap budak sekolah rendah.. Contoh... Foggy instead of a cold day .. Absurd instead of Stupid... See? Dengan perkataan-2 yan bombastic ni, kamu akan dapat markah bonus.. Maka untuk itu... Banyakan membaca bahan bacaan genre English.. Ok la, kalau kamu malas sangat.. Baca tajuk besar setiap muka surat pun da okay.. :) Practice Makes Perfect bro/sis... Kalau malas juga.. Bacalah komik-2 English.. Yang ada gambar-2 kartunnss semua tu.. :)

Untuk bahagian Comprehension.. Serious talk.. Petikan dia boleh menimbulkan kekeliruan.. Part comprehension ni, kamu kena baca berulang kali dan fahamkan petikan.. Soalan takdelah tricky mana kalau kamu faham kehendak soalan dan petikan yang diberi.. Kalau tak faham apa-2, memang naya abis la.. Untuk part ni, Yaya banyak buat latihan dari buku-2 soalan MUET tu.. Eh lupa pula.. Comprehension ni soalan dia ada pilihan jawapan.. Nampak senang kan? Tapi tak semudah yang disangka kalau tak faham petikan.. Pokok pangkalnya.. Fahamkan petikan. :P

Kyaahh.. Sampai di sini sahaja Yaya membebel mengenai MUET.. Good luck !

Sunday 14 June 2015

Maklumat Lanjut Transkrip Rasmi UiTM

S.K. | 21:02 | 31Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

dua tiga hari ni, Yaya dipenuhi dengan whatsapp menanyakan mengenai pengambilan transkrip rasmi UiTM.. Ada yang minta Yaya tolong semak apa yang mereka tulis. Tak boleh jadi ni.. Yaya kena buat entry khas mengenai cara mengisi dan mendapatkan wang pos.. Harap-2 semua faham.. Ameen..
Entry ni khas buat mereka yang nak dapatkan transkrip UiTM secara pos.

Download borang transkrip UiTM di :
http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 


  • Name in full : Nama penuh kamu (ALIF BIN YA)
  • Date of birth : Tarikh lahir kamu (31121990)
  • Programme Code : Kod Program kamu (PI090)
  • Gender : Jantina kamu
  • Campus : Kampus kamu di mana (UiTM Shah Alam)
  • Identity Card Number : No. kad Pengenalan kamu (901231015050)
  • Student ID Number : No Kad Matriks kamu (2020696569)
  • Year of Admission : Tahun kamu masuk belajar (2020)
  • Year of Completion : Tahun kamu habis belajar (2024)
  • State of Birth : Tempat lahir kamu (Selangor)
  • Nationality : Warganegara (Malaysia)
  • Mode of study : Mod belajar kamu (Part time? Full time? PJJ?)
  • Telephone number : Nombor telefon rumah @ handphone (03-5337598)
  • Result : Keputusan (Tengok pada keputusan yang kamu dapat dari email, complete @ incomplete)
  • Date of convocation : Tarikh konvokesyen kamu (Pelajar asasi tiada tarikh konvo, tulis '-')
  • Correspondence Address : Alamat rumah kamu
  • Postal Code : Poskod kamu (54100)
  • City / Town : Bandar kamu (Shah Alam)
  • Collection of Transcript : Cara kamu nak ambil transkrip, tanda / pada ruangan mail
  • 2-5 abaikan
  • Signature of Applicant : Tandatangan kamu

Wang Pos :

Pergi ke kaunter Pejabat Pos cakap nak beli wang pos RM10.. Wang pos rupanya begini..



  • Di ruangan 'Bayar kepada' tulis BENDAHARI UiTM

  • Lengkapkan bahagian maklumat pengirim di belakang wang pos, bagi nombor akaun, tulis boleh, tak tulis pun boleh.
Da siap tulis kedua-dua bahagian, keratkan bahagian kecil sebelah kiri dan simpan. 

Seterusnya, poskan kedua-2 borang dan wang pos ini.. Pos ke mana? Lihat entry Prosedur Memilki Transkrip Rasmi UiTM

Semoga bermanfaat..

Saturday 13 June 2015

Sotong Goreng Kunyit

S.K. | 21:26 | 9Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Aku akan kongsikan resepi Sotong Goreng Kunyit versi , em' aku . .

Pinjam siket gambar dari incik google .


Bahan-bahan :
  • Sotong (Potong jangan tak potong)
  • 1 ulas bawang besar / Holland 
  • 2 ulas bawang merah / kecil
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap
Cara-cara :
  1. Potong sotong ikut saiz mana yang kamu suka.
  2. Basuh sotong dan tapiskan (supaya air dia dapat dikeluarkan sepenuhnya).
  3. Bubuh sedikit kunyit dan garam pada sotong tu (macam nak buat kunyit pada ayam & ikan sebelum goreng tu).
  4. Goreng sotong tersebut separuh masak atau sampai kering air dalam sotong tu.
  5. Tumiskan bawang merah dan bawang besar sampai naik bau.
  6. Masukkan satu sudu sos tiram dan 1 sudu kicap, kacau rata.
  7. Agak-2 dah naik bau, masukkan sotong.
  8. Goreng haii goreng haii goreng sampai rasa sedap >_< Goreng sampai masak ! 
  9. Taraa ! Hidangan sudah siap.

Transkrip Rasmi UiTM

S.K. | 18:40 | 109Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Transkrip.. Apa tu??? Dalam bahasa mudah, transkrip ni macam report card sepanjang sem kita berada dekat sesebuah universiti. Transkrip penting untuk minta kerja, mohon biasiswa, mohon sambung belajar, etc..Peringatan kepada semua , transkrip ini amat penting sebelum masuk degree , sebab ia adalah dokumen yang perlu kita sediakan . Pesanan dari aku , lepas dapat result final je , terus isi borang nak amik transkrip , kalau tidak , kamu akan susah bila nak masuk degree nanti .

Memandangkan aku lepasan pelajar asasi UiTM.. Maka untuk itu, aku akan terangkan sedikit prosedur dalam mendapatkan transkrip UiTM..

Cara pertama (Pos):
  • Download borang dekat sini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf 
  • Print dan isi borang tu
  • Beli wang pos RM10 atas nama Bendahari UiTM
  • Hantar borang dan wang pos (Tak perlu poskan sampul surat kosong) ke alamat :
    Students Records and Convocation Office of Registrar,
    Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,
    Universiti Teknologi Mara,
    40450 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan.
  • Tunggu 5 hari bekerja, transkrip kamu akan sampai depan pintu rumah kurang dari 2 minggu, bergantung pada tarikh surat kamu sampai kat office bahagian konvokesyen tu..
Cara kedua (Walk-in):
  • Bayar dekat mesin ATM Bank Islam RM10
    Masukkan card > Nombor pin > Bank Islam > Lain-2 > Yuran IPT & Bil > Yuran IPT > Masukkan nombor IC > Pilih yang ada nombor matriks + 007 (kalau tak silap)
  • Pergi UiTM Shah Alam [Bawa sekali resit yang dah bayar RM10 tu)
  • Pergi Pejabat Konvokesyen kemudian cakap nak ambil transkrip
  • Isi borang, tunjuk resit Bank Islam RM10 tunggu sekejap, kemudian dapatlah transkrip kamu nanti :D

Monday 1 June 2015

Interview Dentistry UiTM

S.K. | 22:10 | 32Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni khas buat mereka (para junior sekalian) yang mahu ambil kos dentistry UiTM. Kos dentistry ni tak kurang hebat persaingannya. Untuk pengetahuan, sebelum-2 ni, untuk kos pergigian UiTM, tiada interview, tapi... Mulai tahun 2015, kemasukannya memerlukan iv. As the first batch to have an iv, I'm glad to share the experience..

Hey! Calm down.. Iv je pun.. Nothing much than that..

Iv dentistry UiTM berlangsung dua hari di setiap zon..

Pada pukul 8.30 am, semua calon dikehendaki mendaftar. Kemudian, kamu dikehendaki untuk menunggu giliran di bilik menunggu bagi ujian personaliti diri dan wire bending. Bila tiba giliran kamu, masuklah bilik tertentu dan buat ujian tersebut. 

Ujian personaliti diri ni lebih kurang macam ujian personaliti kat internet tu.. So, kalau nak jadi seorang dentist, pilihlah jawapan yang melambangkan anda seorang dentist yang berkaliber. Aiceh! 

Ujian wire bending pula macam gini. Kamu diberikan satu wire dan kamu perlu luruskan atau bengkokkan mengikut kehendak para pemberi markah.. Kenapa perlu wire bending? Sebab, masa belajar dentistry nanti, akan ada silibus yang memerlukan untuk kamu bending wire nak buat urusan dengan gigi patient tu..

Lepas habis dua ujian ni, kamu perlu tunggu giliran untuk interview. Interview berkumpulan. 4 orang satu kumpulan.. Habis interview, selesai sudah sesi temu duga kamu..

Barang yang perlu dibawa..
- Sebuah fail yang mengandungi sijil-2 penting kamu
- Pencil case
- Calculator

Soalan temu duga tu simple-2 je. Basic-2 belaka..

Jangan over confident. Jangan takut sangat.. Senyum sehabis baik. :D

Satu lagi, untuk first batch ni, seramai 405 calon dipanggil untuk ditemu duga dan hanya 70 orang sahaja diperlukan untuk masuk dalam bidang pergigian UiTM ni.

Banyak kelebihan masuk pergigian UiTM ni. Antaranya :
  • Yuran murah
  • Mempunyai bas bergerak pergigian sendiri (Uninversiti lain takde bas hokeeyy, melainkan UKM & UM)
  • Antara banyak-2 universiti yang ada kos pergigian ni, kemasukan pelajar UiTM paling ramai yakni 70 orang, universiti lain hanya 40-50 orang sahaja.
  • Belajar di kampus baru dengan suasana yang baru iaitu di UiTM Sungai Buloh.
  • Fakulti tetap kos pergigian UiTM, bukan di UiTM Shah Alam.
  • Peralatan semua baru-2
  • Setiap student akan ada satu set peralatan pergigian sendiri (takyah kongsi-2 dan tunggu giliran)
P/s : 
Untuk mereka yang berminat untuk tahu soalan-2 iv dentistry UiTM ni, boleh  tanya dekat email aku. I'm gonna give all the questions..  Mereka yang tinggalkan email dalam ruangan komen tidak akan dilayan. 

That's all.