Friday, 28 September 2018

Deep Cleaning Bilik Air by Hani Mynis

S.K. | 21:36 | 3Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available. No automatic alt text available.

Image may contain: water

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

Image may contain: text

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Image may contain: text

Sumber : FB Hani Mynis

Thursday, 27 September 2018

Penyelesaian Kepada Orang yang Membawang Diri Kita

S.K. | 21:58 | 1Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . . 

Inilah penyelesaian dari segmen Ibrah di IKIM fm, kepada orang yang membawang diri kita.

Isteri kepada pembesar Mesir itu yang bersalah. Dia menggoda Nabi Yusuf A.S. Apabila pembesar Mesir itu mengetahui hal ini, dia berusaha sedaya upaya untuk menutup aib.

يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۚ وَاسْتَغْفِرِي لِذَنْبِكِ ۖ إِنَّكِ كُنْتِ مِنَ الْخَاطِئِينَ

Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"

-Surah Yusuf, Ayah 29

Namun, dengan takdir Allah, perkara itu menjadi tular. Perempuan2 di Mesir yang majoritinya isteri kepada pembesar2 lain telah mengetahui akan hal ini. Proses membawang pun berlaku.

وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَنْ نَفْسِهِ ۖ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا ۖ إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang nyata."

-Sura Yusuf, Ayah 30

Kualiti isteri kepada pembesar Mesir ini ialah beliau tidak membalas aktiviti membawang tersebut. Beliau berdepan dengan musuh2nya. Dengan cara terhormat.

فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ

Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf): "Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"

-Surah Yusuf, Ayah 31

Kesimpulannya, bagi kita yang beriman, jauhi lah ghibah atau mengumpat. Kalau orang membawang kita di media sosial, janganlah membalas nya dengan membawang juga. Berdepan lah terus dengan fakta.

Food Hunting di Bangi

S.K. | 21:11 | 1Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Image may contain: food and text 

Image may contain: food and text

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food and text

Image may contain: food and text

Image may contain: food

Image may contain: food and text

Image may contain: food

Image may contain: food and text

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food



Movie Recommendations

S.K. | 21:00 | 2Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Thailand ;

  • A Crazy Little Thing Called Love (2010)

English ;

Korean ;

10 Kegunaan Lain Listerine

S.K. | 19:17 | 0Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . . 

Listerine adalah antara benda wajib yang akan aku beli dan letakkan di dalam tandas di rumah. Aku memang selalu berkumur dengan Listerine untuk pastikan mulut aku sentiasa wangi. Aku ajar anak aku yang berumur 9 tahun untuk amalkan perkara yang sama dan ianya memang bagus untuk gigi anak-anak yang suka sangat makan benda-benda manis.

Selain daripada digunakan untuk berkumur, Listerine juga ada beberapa lagi kegunaan lain yang bagus dan efektif yang korang tak pernah tahu. Mari aku kongsikan 10 cara kegunaan lain Listerine yang boleh korang amalkan.

1. Hilangkan bau busuk pada ketiak
Tuangkan sedikit Listerine ke atas bebola kapas atau kain putih dan sental ketiak korang. Listerine akan menghilangkan bau tengik korang tu dan memberikan bau yang lebih segar. Barulah bini korang suka kena peluk selalu.

2. Hilangkan kegatalan akibat gigitan serangga
Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam. Kalau gatal nak kahwin lain, cara ni tak berkesan.

3. Membasmi kuman di mangkuk tandas
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas korang. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas korang pun berbau wangi. Jangan sampai korang teruja nak cium mangkuk tandas tu pula nanti, naya.

4. Membantu hilangkan kelemumur
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine secukup rasa ke atasnya. Urut dan usap Listerine tu ke seluruh bahagian rambut hingga terasa kedinginannya. Syoknya. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut korang. Lebih jimat daripada korang bayar treatment for scalp kat salun.

5. Menghilangkan kutu di bulu haiwan
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut. Confirm bertempiaran lari kutu tu nanti mengalahkan Usain Bolt.

6. Membersihkan muka yang berjerawat
Jika korang dah beli macam-macam pencuci muka mahal tetapi jerawat korang tak hilang-hilang, jangan korang sental dengan kertas pasir terus. Cuba korang guna Listerine pula. Sapukan sedikit ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Barulah berbeza rupa kau dengan jalan berturap.

7. Membasmi kuman di berus gigi
Korang selalu berus gigi untuk hilangkan kekotoran dan kuman di gigi, tapi bagaimana kalau berus yang korang gunakan tu pula berkuman? Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi korang tadi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah korang boleh gunakan tanpa was-was.

8. Bersihkan skrin tv atau monitor computer
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer korang. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata. CSI Las Vegas pun takkan berjaya sabitkan korang dengan sebarang kes.

9. Hilangkan bau busuk di dalam tong sampah.
Jika korang memang malas nak basuh tong sampah di rumah tu dan korang tak suka bau sampah yang busuk, ambil kain yang tidak di pakai dan rendam dengan sedikit Listerine. Kemudian tutupkan tong tersebut dengan meletakkan kain tadi di atasnya. Listerine tadi akan menyerap bau tersebut.

10. Melegakan masalah kaki anda
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki korang selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki korang berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat. Barulah layak kaki korang tu pakai kasut Adidas NMD.

Ini antara beberapa cara lain penggunaan Listerine. Korang bolehlah cuba. Kalau tak rajin nak cuba, beli jugalah Listerine tu untuk berkumur.

Saturday, 22 September 2018

Giveaway Tudung Bawal by Cik Puan Rrai

S.K. | 17:46 | 3Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .


Semoga dimurahkan rezeki :D

Lazada Shopathon Blogger Contest

S.K. | 11:55 | 5Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . . 


Bersempena dengan Lazada Shopathon Sale , yang akan berlangsung pada 27 September 2018 , lagi sekali , Lazada berbaik hati mengadakan Blogger Contest . . Dia ada 2 sesi , sesi pertama S.K. tak dapat join dan sekarang berlangsung sesi kedua untuk Lazada Contest ni . . Jom ramai-2 kita masuk contest ni . . Syarat dia simple dan senang sangat ! ! Mana tau rezeki kan , free-2 dapat voucher . . 


Question : 
Select three of your favorite brands on Lazada and tell us why you love them. The article must contain screenshots of the brands store pages mentioned.

1. Himalaya
Beli produk Himalaya di Lazada sangat berbaloi . . Lagi murah dari physical store . . Sebab mempunyai kekangan masa , so , main klik-2 je , barang dah sampai . . Dan . .  S.K. in sha Allah , akan menjadi pengguna tegar Himalaya ^_^ Himalaya buatkan kulit S.K. cantik :) I like <3



2. Blackmores
Blackmores sinonim untuk supplement tambahan dia . . Since S.K. memang perlu mengambil supplement , Blackmores jadi pilihan S.K. . S.K. jadi pengguna tegar Blackmores dari dulu sampai sekarang . . Blackmores jadikan S.K. lebih bertenaga dan dapat tingkatkan segala jenis vitamin yang kurang dalam diri S.K. 



3. Omron
As pharmacy student , alat-2 medical ni sangat penting . . Just , atas pilihan setiap orang , nak beli untuk personal ke tak . . In sha Allah , jika dimurahkan rezeki , S.K. akan beli basic medical devices . . Bukan apa , senang untuk monitor family ke , kawan-2 rapat . . Omron memang the best la bagi S.K. , sebab semua dah automatic , kita just guna je , takyah setup banyak kali ^_^


Saturday, 15 September 2018

Beauty Giveaway By Mrs Pip

S.K. | 22:02 | 12Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . .

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?

Blog Mrs Pip penuh dengan info. . S.K. suka , sebab dapat ilmu baru . . Then , rasanya , blog Mrs Pip ni antara blog yang awal S.K. follow . . Blog kemas & tak lambat nak loading ;) Harapnya , Mrs Pip akan terus blogging dan bagi banyak info ^_^

Semoga dimurahkan rezeki semuanya ;)

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

S.K. | 21:52 | 8Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

http://www.anasuhana.com/2018/09/giveaway-lets-be-beautiful-by-ana-suhana.html

Semoga dimurahkan rezeki semuanya :)

Giveaway FLUER Perfume by Sii Nurul

S.K. | 21:46 | 1Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 


Semoga dimurahkan rezeki semuanya :)

Giveaway Zati Yang Pertama ! "Semangat Merdeka"

S.K. | 21:38 | 2Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 


Pantun 4 Kerat mengenai Kemerdekaan ;

Badai melanda silih berganti
Tetapkan utuh pabila bersama
Walau cabaran datang tak henti
Kukuhkan ikatan itu yang utama

Rukun negara elok tersemat
Janji dihulur segenap watan
31 Ogos tarikh keramat
Laungan merdeka bersahut-sahutan

Segala kudrat terus dicurah
Jasa rakyat takkan dipersia
Semangat juang pantang menyerah
Sehati sejiwa buat Malaysia