Saturday, 22 July 2017

Kecewa Kerana Cinta

S.K. | 07:32 | 1Comments |
Bismillah..
Assalamualaikum..
Another favourite entry from Kak Farah..
Kecewa kerana cinta?? Kalaulah cinta ILLAHI yang kau cari, kau tidak mungkin dikecewakanNya.
Satu phrase yang tiba-tiba popped out dari minda petang ini. Mungkin terlalu banyak terbaca status Facebook kenalan-kenalan yang sedang di alam keresahan dimainkan cinta manusia. 
 
****************************
"Kau mana tahu Diana, kau pernah bercinta?".
Oh, terasa sedikit kurang normal ya jika tidak pernah bercinta. 
"Kau tak laku. Kau jual mahal sangat. Kau bajet hot habes la tuh?".
Berfikir sejenak. Mugkin ada kebenarannya. 
"Ah.. Biarkan aku tak laku daripada dimainkan oleh cinta macam kau! Kecewa. Menangis berhari bermalam. Makan tidak, minum tidak", balas aku tapi hanya didalam hati. Aku hanya melemparkan senyuman. Tidak ingin menambahkan lagi luka dihatinya. Tapi aku menambah jugak, sekadar untuk membuatnya berfikir.
"Kau ingin cinta yang tak mungkin buat kau kecewa, Zura?".
"Eh, apa kau ni? Aku masih sayangkan Fik tau. Berani pulak kau nak kenalkan aku pada kawan lelaki kau untuk ubat kekecewaan aku ni? Kau ingat cinta aku ni main-main ke?".
Aku senyum. Memang cinta itu buta, bisu, pekak dan tidak dapat ditafsir menjadi satu makna yang sama bagi setiap orang kerana cinta tiada mata, mulut, hidung mahupun jasad seperti manusia. Tetapi perasaan cinta diciptakan oleh Allah maka Dialah yang mengetahui selok belok cinta yang sebenarnya.
"Cuba kau bercinta dengan Allah. Sebab Dia takkan mungkin buat kau kecewa". 
Noktah. Itu sahaja ayat terakhir yang keluar dari mulut aku untuk buat Zura tenang.
****************************

  
Saya sering menjadi Doctor Love. Ada yang berpangkat kakak dan adik datang bertanya pandangan saya tentang masalah cinta yang sedang keruh di hati mereka. Bagus. Kerana pengalaman cinta mereka membuatkan saya bisa menjadi Doctor Pakar Love. Hehe.. Petang ini, ingin saya berkongsi antara nasihat-nasihat yang biasa saya lemparkan kepada mereka. Anggaplah saya juga melemparkan nasihat ini kepada anda. Jadi, SAMBUTTTTT ! :p 
   
Saya cuba ringkaskan sebab saya tahu, tak ramai yang suka baca article panjang-panjang. (sebab saya pun sebenarnya tak suka baca. hikhik..)
   
Saya tahu bercinta sebelum kahwin tidak digalakkan di dalam islam tetapi saya juga tahu yang cinta ini sangat hebat penangannya. Bagi mereka yang bercinta, cinta sudah ibarat menjadi darah daging mereka. Membuang perasaan cinta itu ibarat membuang sedikit darah daging mereka. Bagi yang kuat, mereka kental dan cool sahaja jika darah daging mereka dihiris tapi bagi yang kurang kental pula, darah daging itu perlu dibuang secara halus, tidak kasar dan berhati-hati supaya sakitnya tidak terasa.

Jadi, nasihat saya pada mereka yang sedang bercinta, jika anda rasa pasangan anda sekarang adalah yang terbaik dan anda tidak ingin kehilangannya, percepatkanlah process ijab kabul. Tidak bersedia? Nanti nak kasi anak orang makan apa? Masih muda? Ingatlah, perkahwinan dituntut dalam Islam. Ini  juga sejajar dengan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,


"Wahai Ali, ada tiga perkara janganlah di lewat-lewatkan. Yang pertama : Solat apabila telah masuk waktunya, yang kedua : Jenazah apabila telah hadir dan yang ketiga : anak dara apabila telah ada orang sekufu dengannya”.


Tapi bagi mereka yang pingin menjauhkan diri dari cinta,  kerana khuatir terjebak dengan maksiat dan zina,  saya lebih suka menggunakan pendekatan ini. Ianya memerlukan tiga process yang boleh dilakukan oleh mereka untuk meninggalkan sesuatu amalan.

1. Mengurangkan
Anda boleh mengurangkan masa anda berhubung dengan pasangan anda itu. Bak kata lain, jangan terlalu kerap in contact with each other (cehh, cakap omputih gitu). Tahan diri daripada call or message tentang benda-benda yang remeh. Bila perlu atau 'terlalu' rindu sahaja anda contact dia. Mungkin mula-mula sehari sekali, then seminggu sekali, then sebulan sekali, then then then..

2. Meninggalkan
Selepas 'then then then..', anda mungkin sudah kuat dan bersedia untuk meninggalkan cinta manusia itu. Jadi mohon kekuatan Allah untuk anda tinggalkan pasangan anda itu. Bak kata orang, clash cara baik. Niat anda baik, maka Allah akan memberikan yang lebih baik untuk anda. Jika pasangan anda tadi memang jodoh anda, mustahilkah suatu hari nanti anda akan bercinta semula dengannya atas cinta yang suci? Tiada yang mustahil bagi Allah.

3. Menjauhkan
Selepas anda sudah meninggalkannya, sentiasalah berdoa kepada Allah supaya dikuatkan hati anda setiap saat. Ingat, syaitan telah berjanji untuk menyesatkan keturunan Adam. Dia tak akan duduk goyang kaki saja melihat perubahan baik anda itu. Jadi sentiasalah berwaspada dengan bisikan syaitan. Jadi jauhkan diri anda dari terjebak dalam cinta manusia lagi seperti menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan diri.
  
"Habis, kalau kami tak berusaha menegakkan cinta itu atau tidak berusaha mencari cinta, macam mana kami nak ketemu cinta kami?"

Anda akan bertemu cinta yang suci suatu hari nanti sekiranya anda mendahulukan cinta Illahi.

AllahuAlam :) 

Maybe I can be a Motivator

S.K. | 07:29 | 0Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Well ~ sometimes , I think I can be a motivator . . 😂 Have a good day everyone . .



Monday, 17 July 2017

One Day

S.K. | 20:00 | 1Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 

Dear awak ,
May Allah ease everything for us
May He guide us and give us the best solutions for every problems we faced together . .
I leave you in the care of Allah 
Be nice , be good .
I love you 
And
Will always waiting for you and us 


P/s : Grammar mistakes : We are both lucky / We both are lucky

Sunday, 16 July 2017

But Perhaps You Hate a Thing and It Is Good for You

S.K. | 10:35 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Another post from Kak Farah's blog ^_^


 


Found this qoute from i-forgot-where-i-found-this.
Just wanted to share this beautiful qoute with others
in my 'Lili dan Hati' version.


"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]

Thursday, 13 July 2017

Untuk Apa Ujian Ini

S.K. | 20:31 | 3Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Tiba-2 teringat entry Kak Farah . . Saje nak share , buat pedoman hidup . . 


*****************************************************************
Salam akak. Maaf saya sangat sibuk kebelakangan ini. Ni baru berkesempatan check email. Maaf buat akak tunggu lama. Berbesar hati akak percayakan saya untuk menceritakan masalah, maaf juga jika saya tidak dapat membantu sepertimana yang akak harapkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang akak hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang akak.? Tak.! Sebab Allah sayang akak. Allah nak buat akak lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang akak, Dia akan biarkan je akak, tak hiraukan akak. Dan Allah yakin akak boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah akak akan salahkan Dia..? 

Farah yakin, dengan ujian ni, buat akak lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat akak lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Akak seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi akak ujian macam ni. Dan akak berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta akak sebelum ni..! Ambil ibrah (pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.

Akak dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi, akak tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab akak pernah hadapi ujian yang lebih kuat.

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan hari-hari kita sentiasa cerah :)


Oh, akak minta doa kan.? Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.

Akak letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,


“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, akak akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.

Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut.? Kan banyak je yang jual ubat parut sekarang. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,


“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]


Credit : Kak Farah
*****************************************************************

Sangat bermanfaat ! Ya Allah , kurniakan S.K. kelebihan seperti Kak Farah ini , mampu menulis dan memberi manfaat kepada orang lain . . Somehow , entry Kak Farah ni kadang-2 related juga dengan S.K. . . Yes ! Semoga kita semua kuat . . Sama-2 mencari redha dariNya . . Amiin 

Cinta Memang Tak Adil

S.K. | 19:54 | 1Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Image result for is it you love


Cinta memang tak adil kan ? Kadang-2 dia datang pada orang yang tak sepatutnya memiliki cinta tu but then , kadang-2 dia datang pada orang yang betul-2 layak memiliki cinta tu . . Apa yang budak mentah (21 tahun) macam S.K. ni tahu pasal cinta ? S.K. pun tak tahu nak describe macam mana . .


Bagi S.K., love is not just a feeling , love is a commitment . . It needs both parties to work hard to make the love always feel alive . . Not just by saying , "Saya sayang awak" & "Awak sayang saya". . It's a big NO to call it as love . . 


Dalam pemerhatian S.K. juga , cinta tu opposite dari apa yang ada pada diri kita . . Mostly la . . Jarang nak dapat cinta hati yang sama perangai , sama minat dan sama semua benda dengan kita . . Kalau dapat , tu satu bonus . . 


But the most important , put your love towards Him first then He will give the best love for you =) Always have faith in Allah . . He is the best planner . . Us - We just need to follow the flow and work hard , if it is meant to us , then it will be . . 

Dear Self

S.K. | 18:54 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 

My dearest Muslimah (Dear Self), learn patience from Asiyah, loyalty from Khadijah, sincerity from A'ishah and steadfastness from Fatimah.

 Image result for dear self

Wednesday, 12 July 2017

Pencuci Muka Safi Percuma Dari S.K. Dah Habis ! !

S.K. | 14:49 | 2Comments |
Bismillah . . 



Assalamualaikum . . 



Kalau siapa baca entry S.K. awal pagi tadi , mesti tahu pasal pencuci muka Safi ni . .  Okaylah ! Secara official , Pencuci Muka Safi Percuma dari S.K. dah habis . . Tahniah kepada yang berjaya dapatkan . . 

In sha Allah , one day , S.K. akan buat giveaway pencuci muka lain pula . . Lepas ni, kalau baca entry S.K. pasal barang-2 percuma ni , terus je email okay ? Mana tahu akan jadi rezeki awak =) Ni hadiah untuk bulan ini . . 


Jodoh yang Ditakdirkan

S.K. | 07:19 | 2Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Masa bw a few blogs pagi ni , S.K. tertarik dengan entry blog Lea Azleeya . . Somehow , macam related sikit dengan S.K. buat masa sekarang ni =)


Kalau Allah SWT sudah takdirkan dia untuk kamu sejak tercatat di lohmahfuz lagi, datanglah pelbagai halangan sekalipun, kamu dan dia tetap akan bersatu juga. Sebab tiada sesiapa dapat menghalang kuasa Allah SWT.. Tetapi andai kata dia bukan milik kamu, ikhlaskan hati dan redalah dengan ketentuanNYA.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNYA.. - The Greatest of destiny! by Al-Wahyu

Credit to : Lea Azleeya

Yes , sangat betul quotes ni . . One day , kalau dia jodoh S.K. , S.K. terima dia seadanya macam S.K. terima dia sekarang ni , dan one day juga , kalau dia bukan ditakdirkan untuk S.K. , S.K. janji pada diri S.K. , S.K. akan lebih kuat . . Love someone doesn't mean he will love us back , love also doesn't mean we will get them . . 

Buat masa sekarang ni , S.K. lepaskan dia pergi , if he is meant to me , then , he is the one . . May Allah guide us . . Dear awak , please be safe and take care of yourself . . I care about you , I need you , I miss you and I will always love you . . Semoga Allah satukan kita kembali untuk selama-lamanya =) Amiin .  

Pencuci Muka Safi Percuma dari S.K.

S.K. | 07:03 | 6Comments |
Bismillah .  . 


Assalamualaikum . . 


Siapa pengguna tegar Safi ? S.K. nak bagi dua produk Safi ni secara percuma . . Kalau berminat , mohon contact S.K. dekat email : stnrsyfh17@gmail.com . .

S.K. akan bagi Pencuci Muka Safi Balqis Oxywhite (2 pcs) & Safi Fruity Fresh (1 pcs) . . Terima kasih =)

Image result for safi oxywhiteImage result for safi fruity fresh

Saturday, 8 July 2017

That Sad Moment

S.K. | 10:12 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Image result for sad

That sad moments when you need to sacrifice just to ensure that you will not ruin the functions . . That sad moments when the chance is in front of your eyes , but you need to sacrifice for their sake, you believe everything will be okay . . It's okay . . I'm okay . . Have fun =) I'm wishing , 'May Allah ease' . . 

Friday, 7 July 2017

Cages We Got Too Big For

S.K. | 20:56 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


I'm going to tell you a secret that I wish someone had told me.
No matter how badly you are bleeding right now, no matter how deep your wound runs today, no matter how sharp the pain in your chest is tonight, please know this.
You think you *are* your pain. You think you *are* your sadness or your anger. You think you are your wounds. In this moment you won't be able to see outside of them. But here's my secret: 
You are none of them. You are made up of layers. And your life is the crucible. It feels like this fire is destroying you. But it is not. It is burning, yes. You are walking through flames; no one can deny that. You're a bloody warrior. But these flames are only removing old layers, like old, dead skin. You will come out the other side. I promise. You will be new. You have so many layers, my dear sister. Like shells we outgrow. These are the cages we got too big for.
Let the expansion begin.
(Yasmin Mogahed)

Monday, 3 July 2017

Pencarian Bloglist July S.K.

S.K. | 02:45 | 4Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .


Tak terlambat lagi S.K. nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua rakan-2 blogger S.K. Dah masuk July kan , so , S.K. nak cari bloglist untuk sesi July 2017 . 

Syarat-2 dia

  • Follow blog S.K.
  • Follow Twitter & Instagram S.K. (kalau takde , masih boleh join juga)
  • Tinggalkan link blog (Tak perlu buat entry)

Nanti S.K. update sebagai bloglist S.K. (Tamat pada : 06 July 2017)