Friday, 30 June 2017

Saya Nak Masuk Bloglist S.K. Selama 3 Bulan (April 2017 - June 2017)

S.K. | 18:23 | 12Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .



Blog S.K. mungkin akan sunyi start minggu depan (Dah buka sem) Sobs . . So , untuk kurangkan kesepian blog S.K. , S.K. nak anjurkan satu Segmen baru ! Segmen Pencarian Bloglist untuk 3 bulan bagi tahun 2017 (Bulan April - Bulan Jun) . . Semua blogger yang join segmen kali ni , semuanya akan dimasukkan dalam bloglist S.K. selama 3 bulan tu . . S.K. akan cuba untuk update hari-2 senarai bloglist S.K. Are you ready to join guys ? 

Thursday, 29 June 2017

Tips Penggunaan Dapur Kaca

S.K. | 07:50 | 3Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Image may contain: 1 person, text


Okay ! Ni S.K. petik dari FB . . Saje share . =)

Kebelakangan ini ada beberapa kes dapur kaca atau glass stove meletup ketika digunakan. 

Saya ingin menasihatkan rakan pengguna agar menggunakan peralatan ini dengan betul.

Harus diketahui bahawa glass stove sebenarnya bukan kegunaan lasak. Ia lebih kepada 'perhiasan' atau kegunaan dapur kering aka dry kitchen.

Justeru 

1. Maksimum penggunaan hanya 2 jam

2. Tidak digunakan pada suhu maksimum tinggi. 

3. Tidak sesekali mengelap atau membersihkan dapur ini menggunakan kain basah ketika ia masih panas. Ia akan menyebabkan gelas yang panas retak seribu apabila menerima suhu rendah dari kain basah.

4. Jika anda melihat dapur kaca anda mengalami retak seribu. Cuba hadkan atau hentikan penggunaan bagi menggelakkan kejadian dapuĊ• meletup.

5.Buka ruang bawah dapur untuk pengaliran udara panas agar tidak memberi tekanan kepada dapur ini.

6. Selepas memasak, usah tinggalkan periuk / kuali atas tungku dapur ini. Beban yang berat memberi tekanan keatas bahagian kerangka kaca. Ia mengakibatkan bahan lebih cepat reput/retak/rosak. 

Harap dapat membantu rakan pengguna

Nota tambahan (18/6)
Merujuk kepada beberapa komen / info dan pendapat yang diberikan. Ada juga yang mengatakan bahawa info dan tips ini sekadar mitos. 

Belilah jenis 'Tempered Glass' .
Pendapat itu juga benar. Kaca temperd mempunyai kekuatan 4 sampai 5 kali lebih baik terhadap benturan, tekanan, maupun perubahan suhu ekstrim dibandingkan kaca biasa dengan ketebalan sama. 

Kaca tempered juga diklasifikasikan sebagai kaca 'selamat' dan ketika pecah akan berubah menjadi pecahan-pecahan kecil (sebesar ibu jari tangan) yang tidak tajam, sehingga mengurangi risiko terjadinya cedera serius.

Yakni dalam erti kata lain -> asal kaca. Tetap boleh pecah. 

Mudahkan segalanya. Selain faktor produk. Jenama. Harus juga faham cara menggunakan. 

Ada juga yang membeli jenama 'cap ayam' tapi tahan walau sudah lebih 10 tahun menggunakannya. 

Bahkan ada pula yang membeli jenama terkenal dengan jaminan tukar ganti dalam tempoh tertentu meletup walhal baru digunakan kurang 2 tahun. 

Justeru apa yang penting menjaga dan berhati-hati sentiasa waktu menggunakan semua alatan yang berisiko.

Malang tidak berbau dan tidak memilih sesiapa. 

Sekali lagi. 
Moga bermanfaat.
In sha Allah..

Sumber : Facebook

Saturday, 3 June 2017

Unexpressed Feelings

S.K. | 21:05 | 0Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .

Image result for i leave you in the care of allah


Image result for i leave you in the care of allah
Dear love, I leave you in the care of Allah. May He protects both of us. One day, if we are meant to meet again, in sha Allah, it will be forever you and I

Till the day I die, you'll be by my side, forever you and I. Aamiin =)