Sunday 31 May 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 5)

S.K. | 00:27 | 22Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni mengenai kemudahan pengangkutan di Palam dan kawasan-2 yang menarik sekitar Palam ni.. Mula-2, mestilah kita nak tahu tempat untuk henjooyyyy.. Kan? 

Rapid KL :
FYI , kenderaan yang selalu keluar masuk untuk student Palam ni ialah bas rapid. Rapid KL. Tapi, ada dua jenis. Satu U90 dan satu T600.. Kedua-2 mereka ni ada bezanya.. ^_^ Macam mana nak guna Rapid KL ni? Rapid KL ni tiada had penggunaannya, setiap kali ada, naiklah.. Tapi kena bayar, boleh guna Touch n Go atau bayar guna duit syiling/kertas.. Kalau bayar guna Touch n Go, dapat potongan 20%..

U90 : Digunakan untuk pergi kawasan bahagian Shah Alam dan Kuala Lumpur sana..
T600 : Digunakan untuk pergi ke kawasan bahagian Puncak Alam.

Untuk dalam kawasan Palam, U90 datang setiap sejam manakala T600 datang setiap 2 jam..

Tambang bas, tambang bas bergantung kepada hala tuju kamu. paling mahal RM2 dan paling murah RM1. Kalau dari kolej nak turun ke fakulti menaiki rapid, harga yang dikenakan adalah RM1. Btw, setiap pagi sebelum pukul 8, boleh naik rapid FREE untuk turun ke fakulti.

Apa yang penting mengenai Rapid KL ni adalah, kamu kena tahu arah tuju kamu dan kena naik rapid yang mana. Jangan salah rapid, nanti lambat sampai ke tempat yang ingin dituju. Selain itu, kena simpan juga nombor telefon pejabat Rapid KL ni, boleh digunakan untuk masa kecemasan, contohnya bas lambat ambil.

WEB RAPID KL : http://www.myrapid.com.my/# (Buka bahagian RapidKL Journey Planner, kamu boleh tahu cara untuk pergi ke suatu tempat menggunakan pengangkutan awam di Malaysia ni)

HELPLINE RAPID KL : 03 7885 2585

Setia City Mall a.k.a SCM :
Student Palam memang terkenal dengan SCM ni. SCM merupakan salah satu shopping complex yang ada berdekatan dengan Palam. Hmm, kalau naik kereta rasa dekat, naik bas, makan masa dekat sejam lebih. SCM terkenal dengan padang dia yang cantiksss, bagi yang gemar main bubble, kat padang SCM ni boleh lah tunjuk bakat-2 anda. Nak pergi sini kena naik U90.

Klang Sentral :
Klang Sentral untuk mereka yang mahu balik kampung. Nak beli tiket. Klang Sentral ni terminal bas.. Kemudahan kat situ, tempat beli tiket, gerai makan, gerai-2 kecil-kecilan, surau, tandas. Tapi, tak semua tiket bas dijual di situ, ada yang takde, bagi yang takde tu, kamu kena pergi TBS (Terminal Bersepadu Selatan) atau Stesen bas Seksyen 2, Shah Alam. Sedikit tips & tricks dekat Klang Sentral ni, kalau kamu nak balik Palam dari Klang Sentral, U90 akan berhenti di dalam kawasan terminal, manakala kalau kamu dari Palam ke Klang Sentral, U90 akan berhenti di luar terminal.

Giant :
Giant terletak 5 minit dari Klang Sentral

Tesco Setia Alam :
Tesco Setia Alam merupakan salah satu lokasi kegemaran student Palam ni. Nak pergi sini kena naik U90. okey?

Tesco Puncak Alam :
Dengan khidmat T600, kamu bolehlah pergi ke Tesco Puncak Alam, tak jauh pun sebenarnya, bagi yang naik rapid, kamu rasa lama untuk pergi ke Tesco Puncak Alam ni sebab.. masa untuk menunggu bas rapid tu.. Ya Allah, ikut rezeki masing-2, ada orang bas rapid selalu je ada, dan ada orang kena tunggu lama-2.. Berhampiran dengan Tesco Puncak Alam ni ada EconSave. :D

Pasar Malam Puncak Alam :
Dengan khidmat T600 sekali lagi, kamu boleh pergi ke pasar malam Puncak Alam. Pasar malam di sini adalah setiap hari Rabu dan Sabtu. :) Cakap je kat pakcik Rapid nak pergi pasar malam, mesti dia hantar. Kalau tak sure kat mana tempatnya, duduk berdekatan dengan pemandu, setiap kali berhenti, tanya, dah sampai ke? 

KL dan seangkatan :
Bagi yang nak travel ke KL, kamu kena naik U90. Naik sampai perhentian terakhir, kemudian, kamu boleh pilih sama ada nak tukar bas rapid atau nak naik KTM untuk pergi ke KL Sentral.

Kereta sewa :
Bagi yang gemar drive sendiri, kat Palam tu nanti akan ada banyak-2 kertas yang ditampal dekat bus stop. Usha-2 la, kat situ banyak tulis nombor kereta sewa, apa lagi, dail la. Then, deal. Dulu, fellow R3 ada sediakan perkhidmatan kereta sewa, sekarang tak pasti pula, Boleh tanya-tanyakan untuk kepastian.

Ketinggalan entry Palam?















Ni cerita masa tahun 2014 - 2015 . . Sekarang mungkin dah banyak berubah :D

22 comments:

  1. hai adik PALAM, mai datang UM akak bawak jenjalan. Midvalley ke. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai akak UM.. In shaa Allah, :D terima kasih kak. Saya ada apply UM haritu..

      Delete
  2. Salom..
    Hab Shah Alam tempat naik u90 ada tak khidmat teksi utk pergi uni
    Berapa harganya eks
    tqvm
    ps i not student, never been palam b4

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , ada, tak pasti harga dia , tapi, kalau nak mudah, boleh gunakan perkhidmatan grab car, dapat tahu harga terus n harga fix. :)

      Delete
    2. Hai, nk tny grab car tu cane? Ada nombor x? Sbb skang ni tgh bljr kt palam. Baru masuk tp susah nk dpt khidmat teksi

      Delete
    3. Perkhidmatan teksi online . Boleh download apps myteksi . Sign up , then boleh guna . In shaa Allah , can be trusted ^_^

      Delete
  3. macam mana kalau dari scm ke puncak alam dan kampung budiman ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik bas U90 , sampai di UiTM Palam , naik bas T600 pula

      Delete
  4. assalamualaikum sis. saya nk tanya. dari puncak alam nak ke scm naik bas u90 kan ? kalau saya tggu dkt club golf tu kan . pukul berapa dia lalu eh ? saya nak pergi dalam pukul 10

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , saya tak pasti la , tu kena call pihak rapid kl , maaf , saya tak jaga bahagian jadual rapid kl , saya pengguna macam awak juga :)

      Delete
  5. kak klw ambik asasi kos yuran brapa plg maximum? kena ada biasiswa dk? ptptn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau UiTM la kan , area RM 720 camtu , takyah biasiswa semua . Sebab nanti dapat elaun KPT .

      Delete
  6. Nak tanye result spm akak brape yer??

    ReplyDelete
  7. Salam..nak tnya..ramai x student puncak alam yg x de transport sndiri tinggal kat luar kampus? Senang x dorang nak dpt bas g klas stiap pagi? Huhu..sy student dri uitm shah alam..bila pndah puncak alam ni nk kena fikir pndah rumah lg..dh la kolej pn x tau dpt ke x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... selalunya boleh naik rapid kl,

      Delete
    2. *rapid kl tu memang ada sentiasa untuk g palam , tapi antara 30-60 minit la

      Delete
  8. Assalam...u90 tu mmg ade dlm uitm palam ke?...ke dia lalu luar uitm je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam , dia amik student dalam palam , then bawa sampai area Setia Alam

      Delete
  9. Salam saya nk tanya, contoh saya nk ke setia city mall. Saya tunggu U90 dkt bus stop rafflesia lps tu naik U90 terus smpai SCM ke? Lps tu kalau nk balik, u90 tu mmg ada dkt scm utk saya balik uitm palam? Mcm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Yups Betul tu. Cuma, kalau dekat SCM nanti, kena tunggu bas dekat bawah jejantas (sama macam tempat turun). Bas akan ada setip 15/30 minit

      Delete
  10. Salaam, sorry nak tumpang tanya. Station KTM or LRT terdekat dari UiTM Puncak Alam kat mana ye? Maaf, bukan student sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Paling dekat kena pergi KTM Klang.
      Kalau nak senang, pergi UiTM Shah Alam, naik Rapid Bus
      Then, boleh amik KTM / LRT kat sana

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥