Bismillah.
Hai ! Assalamualaikum. In sha Allah, entry Palam hari ni mengenai sistem pembelajaran di Palam.
Jadual waktu kelas :
Kelas akan bermula pada pukul 8.30 am setiap hari dan berakhir paling lewat pukul 6.30 pm setiap hari. Tapi, tak semua kelas akan bermula pukul 8.30 am. Period first tak tetap pukul berapa. Depends pada jadual kamu nanti la.
Subjek :
Subjek yang akan kamu pelajari ada 6, 4 subjek wajib 2 subjek elektif, tapi kamu tetap juga kena belajar 2 subjek elektif tu. Sebab kamu akan gunakan untuk kehidupan dunia dan akhirat nanti :)
Sem 1 :
- Foundation Biology I (BIO091) - 5 hours (credit hours)
- Chemistry I (CHM092) - 5 hours (credit hours)
- Foundation Mathematics I (MAT093) - 5 hours (credit hours)
- Foundation Physics I (PHY094) - 5 hours (credit hours)
- ELC - 3 hours (credit hours)
- Tasawwur Islam (CTU085) - 2 hours (credit hours)
Sem 2 :
- Foundation Biology II (BIO095) - 5 hours (credit hours)
- Foundation Chemistry II (CHM096) - 5 hours (credit hours)
- Foundation Mathematics for Scientists (MAT097) - 5 hours (credit hours)
- Foundation Physics II (PHY098) - 5 hours (credit hours)
- ELC - 3 hours (credit hours)
- Islam dan Sains (CTU087) - 2 hours (credit hours)
ELC dan CTU adalah subjek elektif. ELC masa untuk kamu belajar English manakala CTU adalah agama.
Lecturer :
Lecturer kat asasi Palam ni alhamdulillah, semua baik-2, cantik-2, hensem-2 dan cun-2 belaka. Yang paling penting semua mempunyai ilmu yang sangat tinggi. Kamu jangan takut untuk jumpa lecturer. Kalau boleh, rajin-2 kan lah pergi bertanya soalan pada lecturer, in sha Allah, kamu akan lebih rapat dan tak kekok bila nak luahkan perasaan kalau ada masalah. Lecturer kat Palam kita akan panggil ikut gelaran dan status mereka contoh Miss, Madam, Sir, Prof dan Dr.
Lecturer asasi Palam <-- Klik link sebelah untuk kenal lecturer :D
Web :
Ok, da masuk era pelajar universiti ni, kamu mesti biasakan diri bukan laman web universiti kamu. Ada universiti, ada satu sahaja laman web, tetapi UiTM banyak gilosss laman web. Jadi kena pandai-2 la kamu cari. Aku tak kejam hokeyyy.. Aku bantu kamu semua.. Nahh!! Hameekk kau..
Link untuk assignment / kuiz Chemistry :
Link untuk laman web rasmi asasi UiTM :
Link untuk login i-Learn UiTM :
Link untuk Student Portal UiTM :
Course Work vs Final :
Sedikit pencerahan mengenai Course Work dan Final. FYI, Course Work dan Final markah dia sama rata which is 50% each. Maknanya, untuk Final nanti, hanya separuh markah kamu akan diambil kira. 50% markah lagi datangnya dari Course Work. Aku sarankan pada adik-2 supaya skor Course Work at least 35% ke atas untuk kekalkan dapat A- @ A bila final nanti. Markah course work datang dari lab report, test, assignment dan kuiz. Skor betul-2, in sha Allah, kamu boleh dapat 4.0 nanti. Masih samar-2 dengan Course Work vs Final? Jangan risau, hari first kamu ada lecture, lecturer akan terangkan semua ni balik supaya kamu faham dan tak keliru. Penting ke semua ni? Iyuuup, Sangat penting untuk markah kamu, jadi, jangan abaikan.
Kyaahh. Sampai di sini sahaja entry asasi Palam. Sebarang pertanyaan boleh email @ contact aku di laman sosial @ komen di bawah ni. Good luck semua! Do the best, beat the rest. Ingat, niat belajar kerana Allah, sentiasa tajdid niat, in sha Allah, cemerlang dunia akhirat. Amiin..
P/s :
Ketinggalan entry Palam?
P/s :
Ni cerita masa tahun 2014 - 2015 . . Sekarang mungkin dah banyak berubah :D