Saturday 19 September 2015

Perbezaan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi

S.K. | 01:39 | 15Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya ada terperasan keywords yang orang selalu cari juga la dalam blog Yaya ni , apa dia perbezaan antara Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM . Dan , Yaya rasa perkara ni tak terhad kepada UiTM sahaja , malah universiti-2 lain juga . Macam entry Yaya sebelum-2 ni , Yaya ada terangkan prosedur untuk dapatkan Transkrip Rasmi UiTM kan ? Ok , dalam entry kali ni pula , Yaya akan terangkan fungsi , perbezaan dan cara untuk dapatkan Mini Transkrip UiTM .


Mini Transkrip UiTM dalam erti kata lain adalah transkrip sementara untuk para pelajar . Contoh la , pada 1 Jun result final exam keluar dan pada 8 Jun kita ada interview . Dan ada dinyatakan , perlu membawa transkrip semasa interview tu . Okay , kita boleh minta terus transkrip rasmi tu , kalau walk-in akan dapat secara on the spot . Tapi , kalau kita minta secara pos , transkrip rasmi takkan dapat dalam masa 2-3 hari bekerja . Apa yang kita boleh buat , kita boleh call bahagian fakulti dan minta mini transkrip , kalau UiTM , secara amnya , akan dikenakan cas sebanyak RM1 untuk sehelai transkrip.


Dari segi kandungan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM adalah sama , iaitu mengandungi keputusan peperiksaan kita setiap semester . Dari segi rupa dia sedikit berbeza , kalau Mini Transkrip , bentuknya dalam kertas A4 putih manakala Transkrip Rasmi UiTM berbentuk seperti sijil dan berwarna-warni . Untuk tujuan interview , kita boleh bawa Mini Transkrip sebagai Transkrip kita tapi , bila dah dapat Transkrip Rasmi , kita kena bagi satu salinan kepada mereka . Mini Transkrip , secara keseluruhannya , kita gunakan untuk interview sahaja . Untuk meminta biasiswa , komfirm ! Tak boleh guna Mini Transkrip . =)


Diharapkan , semuanya jelas ya . Terima kasih bertanya .

15 comments:

  1. Salam yaya. Maaf mengganggu. Sy nak tanya, kalau utk degree apply. Kita perlu hantar yg mana? transkrip or mini transkrip? Masalahnya, sy belum konvo lg. Atau boleh ke sy dapatkan transkrip dan sijil tamat belajar
    sebelum konvo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, biasanya hantar transkrip dan biasanya, boleh dapat transkrip tu, saya pun kurang paati, boleh tanya pensyarah ;)

      Delete
  2. Salam, boleh ke kalau saya semester akhir yg masih belum habis belajar lagi tapi nak mintak mini transkrip drpd uitm?

    ReplyDelete
  3. Salam sis sorry ganggu, saya dah tamat belajar tapi masih belum convo and sampai sekarang masih tak mohon untuk ambil any transkrip, disebabkan kampus saya jauh nun disana and boleh ke saya walk in ambil transkrip dekat uitm shah alam? thankyou in advance :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , boleh . Sebab urusan transkrip semua memang kena refer UiTM Shah Alam .

      Delete
  4. salam...saya student uitm dungun...boleh ke saya nk mohon mini transkrip dan surat pengesahan tamat belajar tuk dia poskan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Boleh. Depends pada kampus masing2, boleh rujuk kat kampus sendiri :)

      Delete
  5. Salam, minta pendapat, kalau worst case transkrip masih belum diproses & tak dpt dikeluarkan & dalam masa terdekat kita ada job interview, boleh tak kita bawa je salinan result2 setiap sem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Pendapat S.K. , bawa je result setiap sem . .
      And kalau rajin , urgent sangat, maybe boleh pergi direct kat uitm s.alam, maybe boleh dapat on the spot

      Delete
  6. salam. nak tanya kalau nak mintak pihak uitm antar mini transcript by
    post macam mana ye? Mohon pencerahan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , mini transkrip tak boleh dapat by post rasanya , kena dapatkan secara walk - in . . Boleh call pihak UiTM , maaf tak membantu sangat , sebab saya dah lama keluar dari UiTM

      Delete
  7. salam sis sy student uitm jengka and kalau nk mini transcript tu antar by post mcm mana ye procedurenya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam , mini transkrip tak boleh dapat by post rasanya , kena dapatkan secara walk - in . . Boleh call pihak UiTM , maaf tak membantu sangat , sebab saya dah lama keluar dari UiTM

      Delete
  8. Nk apply mini transkrip kna tnggu hbis pngajian atau mcm mne??

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥