Bismillah . .
Assalamualaikum . .
Post dulu-2, Yaya citer pasal Asasi UiTM Puncak Alam a.k.a PALAM kan? Haa , sekarang ni, Asasi UiTM bukan dekat PALAM lagi dah, dah pindah kat UiTM Dengkil. Yaya komfirm, ramai yang dah tau kan, Okay, saje je nak buat mukaddimah sikit.. Bak kata cikgu BM, kena ada Pendahuluan, Isi dan Penutup. Let's move to the main points.
Kalau dulu, masa dekat Palam, HANYA ADA pelajar Asasi Sains dan Asasi Kejuruteraan je. Tapi, bila dah pindah dekat Dengkil ni, kesemua empat asasi dah dikumpulkan bersama~ Bersatu padu giteww~ Senang citer, Kampus UiTM Dengkil ini dikhususkan sebagai Pusat Asasi UiTM.. Dah takde da pusat asasi dekat UiTM Puncak Alam, dekat UiTM Shah Alam dan tempat-2 lain tak pasti pula [Al-maklumlahhh, dah terkeluar dari bumbung UiTM, segala info mengenai UiTM tahu atas-2 pagar je, atas permukaan yang rata gituu]. Kat UiTM Dengkil, akan ada pelajar Asasi Sains, Asasi Kejuruteraan, Asasi TESL dan Asasi Undang-2.. INGAT! Hanya tempat sahaja yang berubah.. Subjek untuk setiap program Asasi masih lagi sama. Jangan bimbang..
Pusat Asasi Dengkil ni sebenarnya masih baru lagi. Memang baru gila-2 la kan, Currently (3 June 2016), baru ada 2 batch. Batch pertama yang bertuah merasmikan UiTM Dengkil ni adalah Batch 2015/2016, tu pun masa Semester 2, Semester 1, diorang masih di UiTM Puncak Alam atau UiTM Shah Alam. Huntunggggg , rasa nikmat belajar dekat dua kampus yang berbeza. Jelesss Iollsss . So , batch yang baru masuk sekarang ni adalah batch 2016/2017 . . Nak suruh Yaya komen pasal UiTM Dengkil , hmm , tak tau nak komen apa , Yaya tak pernah sampai lagi UiTM Dengkil setakat ni . Info-2 yang Yaya nak kongsikan ni, semuanya Yaya dapat daripada junior . . Bagi Yaya, mula-2 tengok UiTM Dengkil ni, Yaya rasa cantik tapi tak boleh lawan kecantikan PALAM, kurang pasti pula UiTM Dengkil ni dapat feeling-2 oberseaassss ke tak.. Sebab masa kat Palam, ada satu tahap, kita akan rasa sejukkk gila, ada satu tahap, kabus tebal sangattt dan ada satu tahap, memang feeling duduk kat overseas habis-habisan la. Lagi-2 musim tengkujuh, sejuk nyaman gituu.
Kolej Kediaman:
Basically, lebih kurang macam Palam, guna sistem rumah. Rumah ada 3 bilik, setiap bilik ada 2 orang. So, ada 6 orang satu rumah. Meja study semua dekat luar (ruang tamu camtu la). Bilik ada cuma ada 2, Satu tandas duduk dan satu lagi cangkung. Kedua-dua tandas ni dilengkapi dengan shower. Rak kasut limited. So, kalau kasut lebih tu, pandai-2 la susun bawah katil atau locker (Ingat sama orang lain, jangan penuh rak kasut tu, hak milik orang yang sama) Kalau tak susun kasut tu, alamat dia bersepah la kannn.. Amapaian pun limited juga, jadi, kalau basuh kain dan nak jemur baju tu, gilir-2 la.. Dah kering cepat-2 la angkat, bukan awak sorang je duduk dalam rumah tu. =P Kalau nak basuh pada masa yang sama juga, cadangan untuk sidai baju tu, boleh sidai kat bilik eh.. Tapi, kalau kena marah, tanggungjawab sendiri.. Jarak antara kampus dengan kolej tak lah jauh mana. Dalam 300 meter, haa, berbanding Palam kauu, ada tangga maut a.k.a tangga kejayaan gituu..
Nama blok-2 untuk kolej kediaman ni kalau tak silap berdasarkan nama-2 bunga. Dahlia merupakan blok yang paling besar, dia ada sayap kanan dan kiri.. Dahlia 1 biasanya untuk budak Asasi Sains, Dahlia 3 akan bercampur budak Asasi Sains dan Asasi Engineering. Bawah blok Dahlia 2 biasanya akan ada ceramah. Masa ni lah nak kutip kupon. Kupon ni penting untuk markah Koko kayyy.. Baik datang je ceramah tu, bukan lama sangat pun =) Kalau nak kupon lagi, join ceramah dekat DK1, setiap hari Jumaat.
Untuk facilities pula, bawah aras satu akan ada dobi, RM2. Dry clean pun RM2. Macam biasa, akan ada bilik TV, biasanya student akan guna untuk jadikan bilik study. Setakat ni, TV takde lagi, so, memang jadikan bilik study la kannn. Dalam bilik study tu ada sofa, meja dan kerusi sahaja. Setakat ni la, sekarang mungkin dah ada kot. Kemudian, ada bilik kitar semula dekat dobi. Mana-2 sampah yang agak-2 boleh dikitar semulakan dia, silalah kitar semula eh =P . Untuk riadah, dekat aras satu juga, ada meja ping pong, boleh la tenang-2 kan fikiran petang-2 main ping-pong.
Aktiviti Riadah:
Petang-2, kalau takde kelas tu, biasanya, students akan jogging, main tennis, main basikal, roller blading, main futsal. Yang kaki study biasanya akan gunakan masa petang ni untuk study. Dating? Hmm , no komen . Ikut suka la~ Ahaaaa, kalau nak main badminton boleh juga, tapi, atas jalan tar je la, macam main petang-2 dekat depan rumah . .
Kafe:
Yaya rasa, jarak kolej kediaman dengan kafe lebih kurang macam Palam juga. Kafe tak jauh manalah citer dia, adalah dalam 100-200 meter. Lek-2 sudah.. Kalau nak makan, jauh mana pun sanggup jalan kann.. Nanti Yaya update lagi pasal kafe kat UiTM Dengkil.
Okay la, stop sampai kat sini dulu, gambar-2 UiTM Dengkil akan dihapdateeee kemudian.. Sekarang sesi untuk menaip je dulu. Kemudian akan ada sesi letak gambar dan final touch up untuk entry. Cehh. Kemaiin. Jet-2 blogger hotsss. Assalamualaikum.
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts
Friday, 3 June 2016
Thursday, 10 March 2016
UiTM Private Specialist Centre
Bismillah . .
Assalamualaikum . .
Assalamualaikum . .

Adakah anda sedang mencari pusat rawatan kesihatan di kawasan anda?
HOSPITAL PAKAR KINI DIBUKA DI SUNGAI BULOH!!
UiTM Private Specialist Centre menyediakan perkhidmatan kesihatan dan kepakaran dalam pelbagai bidang termasuk :
1. Jantung & Paru-paru
2. Pernafasan dan Asma
3. Kesihatan Wanita dan Sakit Puan
4. Kesihatan kanak-kanak
5. Pembedahan melalui bukaan kecil
6. Masalah kulit dan Prosedur Kosmetik
7. Sakit Belakang, Sendi, dan rawatan berkaitan tulang
8. Diabetes dan Obesiti
9. Pemulihan Anggota
Lokasi:
UiTM Private Specialist Centre, Aras 2,
Bangunan Klinikal,
Fakulti Perubatan Kampus Sungai Buloh,
47000 Selangor
No Tel : 03-6144 1600
Email : info.uitmpsc@gmail.com
Dapatkan rundingan dan rawatan di UiTM Private Specialist Centre Sungai Buloh untuk masalah kesihatan anda. Hubungi kami atau email untuk temujanji dan pertanyaan lanjut.
p/s: Pra-pembukaan UiTM Private Specialist Centre akan diadakan pada 15-25 Mac 2016, nantikan tawaran saringan kesihatan dari semasa ke semasa!!.
Hebahkan kepada keluarga anda dan mereka yang memerlukan.
Untuk maklumat lebih lanjut juga , boleh kunjungi Facebook UiTM Private Specialist Centre
Saturday, 31 October 2015
Rawatan Pergigian UiTM (Pesakit Luar)
Bismillah . .
Assalamualaikum . .
Baru-2 ni, Kak Dora, salah seorang pelajar final year UiTM ada email Yaya bertanyakan mengenai rawatan braces di UiTM. Yaya rasa Kak Dora ada baca tentang entry Dentistry UiTM dan Kenapa Pilih Dentistry bukan Medic Yaya , sebab tu dia email Yaya . Yaya rasa je la . =)
Kak Dora nak buat braces under UiTM . So , dia tanyakan prosedur semua .
Okay , kepada mereka di luar sana yang nak gunakan perkhidmatan UiTM , prosedur dia macam bawah ni ya . Harap membantu .

Rawatan braces memang dibuka untuk public. Untuk pengetahuan saudara/saudari Sekarang fakulti telah berpindah ke sg buloh. Kes yang bersesuaian sahaja yang layak dirawat di fakulti dan perlu check up gigi dahulu di klinik primer di kampus sg buloh untuk mengetahui kesesuaian kes anda. Sekiranya sesuai, anda mungkin akan di 'screen' oleh pelajar sarjana muda dan dirujuk kepada pakar. Menunggu mungkin di dalam jangka masa 6 bulan.
Kesimpulannya :
- Pergi check-up dekat Klinik Primer Kampus UiTM Sungai Buloh
- Kemudian , maklumat lanjut tentang rawatan boleh diperoleh di sana.
- Tempoh menunggu lebih kurang 6 bulan.
P/s :
Jarang nampak lelaki pakai braces =)
Sebarang pertanyaan , boleh email dekat Yaya.
Saturday, 19 September 2015
Perbezaan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi
Bismillah . .
Assalamualaikum . .
Yaya ada terperasan keywords yang orang selalu cari juga la dalam blog Yaya ni , apa dia perbezaan antara Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM . Dan , Yaya rasa perkara ni tak terhad kepada UiTM sahaja , malah universiti-2 lain juga . Macam entry Yaya sebelum-2 ni , Yaya ada terangkan prosedur untuk dapatkan Transkrip Rasmi UiTM kan ? Ok , dalam entry kali ni pula , Yaya akan terangkan fungsi , perbezaan dan cara untuk dapatkan Mini Transkrip UiTM .
Mini Transkrip UiTM dalam erti kata lain adalah transkrip sementara untuk para pelajar . Contoh la , pada 1 Jun result final exam keluar dan pada 8 Jun kita ada interview . Dan ada dinyatakan , perlu membawa transkrip semasa interview tu . Okay , kita boleh minta terus transkrip rasmi tu , kalau walk-in akan dapat secara on the spot . Tapi , kalau kita minta secara pos , transkrip rasmi takkan dapat dalam masa 2-3 hari bekerja . Apa yang kita boleh buat , kita boleh call bahagian fakulti dan minta mini transkrip , kalau UiTM , secara amnya , akan dikenakan cas sebanyak RM1 untuk sehelai transkrip.
Dari segi kandungan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM adalah sama , iaitu mengandungi keputusan peperiksaan kita setiap semester . Dari segi rupa dia sedikit berbeza , kalau Mini Transkrip , bentuknya dalam kertas A4 putih manakala Transkrip Rasmi UiTM berbentuk seperti sijil dan berwarna-warni . Untuk tujuan interview , kita boleh bawa Mini Transkrip sebagai Transkrip kita tapi , bila dah dapat Transkrip Rasmi , kita kena bagi satu salinan kepada mereka . Mini Transkrip , secara keseluruhannya , kita gunakan untuk interview sahaja . Untuk meminta biasiswa , komfirm ! Tak boleh guna Mini Transkrip . =)
Diharapkan , semuanya jelas ya . Terima kasih bertanya .

Friday, 31 July 2015
Pusat Bandar KL ke Puncak Alam
Bismillah..
Assalamualaikum...
Sajelah dok mengusha 'keywords' dalam blog Yaya ni.. Rasanya kebanyakan macam junior-2 la kot yang buka tengok entry UiTM Puncak Alam ni.. Setiap hari mesti ada keyword 'Cara nak balik Palam dari Midvalley , Times Square , etc'
Memandangkan petang ni Yaya baik hati + rajin sikit nak hapdate blog , maka Yaya bimbinglah korang semua . Aicewahhhh .. Senang je , cuma perlu menaiki dua kenderaan yakni LRT & Rapid KL . Yang ni yang biasa Yaya gunalah , boleh je kalau nak guna KTM sampai Shah Alam terus , tapi dia akan berhenti dekat Batu Tiga kalau tak silap . One day , Yaya dah mahir Yaya akan ceritakan . One day la kan , bukan sekarang . :)
Tak kisahlah dari pelusuk mana korang pergi , Mid ke , TS ke , Sunway ke , OU ke , etc . Pokok pangkalnya , sila naik LRT berhenti ke KL Sentral .
Dah sampai KL Sentral , Cari jalan keluar dari KL Sentral , alahh jalan raya biasa tu , yang ada trafic jam , kereta , Rapid KL lalu lalang .
Kemudian , korang jangan naik apa-2 Rapid KL yang berhenti kat luar tu , korang kena berjalan sikit ke depan & melintas jalan sampai jumpa stesen minyak . Exxon Mobil ke Petron , camtu la.. Depan stesen minyak tu ada International Brickfields College ||Tak ingat nama la pula|| Tapi ada kolej swasta la kat situ.. Ahaa, tunggu Rapid KL kat situ

Dah sampai depan stesen minyak tu , korang tunggu Rapid KL U80 . U80 ni akan berhenti dekat Seksyen 2 UiTM Shah Alam .
Dari Seksyen 2 UiTM Shah Alam , tunggu Rapid KL U90 . U90 akan bawa korang balik UiTM Puncak Alam .
Alhamdulillah . Selesai sudah :D Have a safe journey guys !