Sunday, 31 May 2015

ASASI UiTM PUNCAK ALAM a.k.a PALAM (Part 5)

S.K. | 00:27 | 22Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum..

Entry kali ni mengenai kemudahan pengangkutan di Palam dan kawasan-2 yang menarik sekitar Palam ni.. Mula-2, mestilah kita nak tahu tempat untuk henjooyyyy.. Kan? 

Rapid KL :
FYI , kenderaan yang selalu keluar masuk untuk student Palam ni ialah bas rapid. Rapid KL. Tapi, ada dua jenis. Satu U90 dan satu T600.. Kedua-2 mereka ni ada bezanya.. ^_^ Macam mana nak guna Rapid KL ni? Rapid KL ni tiada had penggunaannya, setiap kali ada, naiklah.. Tapi kena bayar, boleh guna Touch n Go atau bayar guna duit syiling/kertas.. Kalau bayar guna Touch n Go, dapat potongan 20%..

U90 : Digunakan untuk pergi kawasan bahagian Shah Alam dan Kuala Lumpur sana..
T600 : Digunakan untuk pergi ke kawasan bahagian Puncak Alam.

Untuk dalam kawasan Palam, U90 datang setiap sejam manakala T600 datang setiap 2 jam..

Tambang bas, tambang bas bergantung kepada hala tuju kamu. paling mahal RM2 dan paling murah RM1. Kalau dari kolej nak turun ke fakulti menaiki rapid, harga yang dikenakan adalah RM1. Btw, setiap pagi sebelum pukul 8, boleh naik rapid FREE untuk turun ke fakulti.

Apa yang penting mengenai Rapid KL ni adalah, kamu kena tahu arah tuju kamu dan kena naik rapid yang mana. Jangan salah rapid, nanti lambat sampai ke tempat yang ingin dituju. Selain itu, kena simpan juga nombor telefon pejabat Rapid KL ni, boleh digunakan untuk masa kecemasan, contohnya bas lambat ambil.

WEB RAPID KL : http://www.myrapid.com.my/# (Buka bahagian RapidKL Journey Planner, kamu boleh tahu cara untuk pergi ke suatu tempat menggunakan pengangkutan awam di Malaysia ni)

HELPLINE RAPID KL : 03 7885 2585

Setia City Mall a.k.a SCM :
Student Palam memang terkenal dengan SCM ni. SCM merupakan salah satu shopping complex yang ada berdekatan dengan Palam. Hmm, kalau naik kereta rasa dekat, naik bas, makan masa dekat sejam lebih. SCM terkenal dengan padang dia yang cantiksss, bagi yang gemar main bubble, kat padang SCM ni boleh lah tunjuk bakat-2 anda. Nak pergi sini kena naik U90.

Klang Sentral :
Klang Sentral untuk mereka yang mahu balik kampung. Nak beli tiket. Klang Sentral ni terminal bas.. Kemudahan kat situ, tempat beli tiket, gerai makan, gerai-2 kecil-kecilan, surau, tandas. Tapi, tak semua tiket bas dijual di situ, ada yang takde, bagi yang takde tu, kamu kena pergi TBS (Terminal Bersepadu Selatan) atau Stesen bas Seksyen 2, Shah Alam. Sedikit tips & tricks dekat Klang Sentral ni, kalau kamu nak balik Palam dari Klang Sentral, U90 akan berhenti di dalam kawasan terminal, manakala kalau kamu dari Palam ke Klang Sentral, U90 akan berhenti di luar terminal.

Giant :
Giant terletak 5 minit dari Klang Sentral

Tesco Setia Alam :
Tesco Setia Alam merupakan salah satu lokasi kegemaran student Palam ni. Nak pergi sini kena naik U90. okey?

Tesco Puncak Alam :
Dengan khidmat T600, kamu bolehlah pergi ke Tesco Puncak Alam, tak jauh pun sebenarnya, bagi yang naik rapid, kamu rasa lama untuk pergi ke Tesco Puncak Alam ni sebab.. masa untuk menunggu bas rapid tu.. Ya Allah, ikut rezeki masing-2, ada orang bas rapid selalu je ada, dan ada orang kena tunggu lama-2.. Berhampiran dengan Tesco Puncak Alam ni ada EconSave. :D

Pasar Malam Puncak Alam :
Dengan khidmat T600 sekali lagi, kamu boleh pergi ke pasar malam Puncak Alam. Pasar malam di sini adalah setiap hari Rabu dan Sabtu. :) Cakap je kat pakcik Rapid nak pergi pasar malam, mesti dia hantar. Kalau tak sure kat mana tempatnya, duduk berdekatan dengan pemandu, setiap kali berhenti, tanya, dah sampai ke? 

KL dan seangkatan :
Bagi yang nak travel ke KL, kamu kena naik U90. Naik sampai perhentian terakhir, kemudian, kamu boleh pilih sama ada nak tukar bas rapid atau nak naik KTM untuk pergi ke KL Sentral.

Kereta sewa :
Bagi yang gemar drive sendiri, kat Palam tu nanti akan ada banyak-2 kertas yang ditampal dekat bus stop. Usha-2 la, kat situ banyak tulis nombor kereta sewa, apa lagi, dail la. Then, deal. Dulu, fellow R3 ada sediakan perkhidmatan kereta sewa, sekarang tak pasti pula, Boleh tanya-tanyakan untuk kepastian.

Ketinggalan entry Palam?















Ni cerita masa tahun 2014 - 2015 . . Sekarang mungkin dah banyak berubah :D

Wednesday, 13 May 2015

Puding Kastard

S.K. | 16:37 | 2Comments |
Bismillah..

Hai.. *Angkat-2 tangan*

Hari ni aku nak share satu resepi. Puding kastard, Makanan yang tak asing dalam hidup aku. Ni la salah satu dessert yang akan aku buat.

Bahan-bahan :
Bahan A : Isinya 
  • 4 camca besar tepung kastard
  • 2 camca besar tepung jagung
  • 1 cawan susu isian sejat F&N (susu cair F&N)
  • 1 cawan gula
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
  • 4 cawan air
Bahan B : Sos kastard
  • 1 cawan susu isian sejat F&N (susu cair F&N)
  • 1 cawan gula
  • 8 cawan air
  • 2 camca besar tepung kastard
  • 1 1/2 camca teh esen vanilla
Hiasan :
  • 1 tin cocktail
  • 100 gram buah ceri

Caranya :
  • Untuk bahan A, campurkan semua bahan dalam kuali.
  • Menggunakan api yang perlahan, kacau bahan A tersebut menggunakan senduk kayu sehingga menjadi pepejal.
  • Tutup api dan pindahkan dalam bekas berkaca apabila bahan A dah timbul buih-2 (menggelegak)
  • Untuk bahan B, campurkan semua bahan dalam kuali, masak dan kacau sampai semua bahan tu larut. 
  • Pindahkan dalam bekas dan masukkan bahan hiasan dalam bahan B yang dah siap masak ni
  • Sejukkan kedua-2 nya dalam peti.
  • Tadaaaa!!! Boleh makan bila da sejuk.