Bismillah..
Assalamualaikum..
Transkrip.. Apa tu??? Dalam bahasa mudah, transkrip ni macam report card sepanjang sem kita berada dekat sesebuah universiti. Transkrip penting untuk minta kerja, mohon biasiswa, mohon sambung belajar, etc..Peringatan kepada semua , transkrip ini amat penting sebelum masuk degree , sebab ia adalah dokumen yang perlu kita sediakan . Pesanan dari aku , lepas dapat result final je , terus isi borang nak amik transkrip , kalau tidak , kamu akan susah bila nak masuk degree nanti .
Memandangkan aku lepasan pelajar asasi UiTM.. Maka untuk itu, aku akan terangkan sedikit prosedur dalam mendapatkan transkrip UiTM..
Cara pertama (Pos):
- Download borang dekat sini http://konvokesyen.uitm.edu.my/v1/images/borang/transkripnew.pdf
- Print dan isi borang tu
- Beli wang pos RM10 atas nama Bendahari UiTM
- Hantar borang dan wang pos (Tak perlu poskan sampul surat kosong) ke alamat :Students Records and Convocation Office of Registrar,Level 3, Menara Sultan Abdul Aziz Shah,Universiti Teknologi Mara,40450 Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.
- Tunggu 5 hari bekerja, transkrip kamu akan sampai depan pintu rumah kurang dari 2 minggu, bergantung pada tarikh surat kamu sampai kat office bahagian konvokesyen tu..
Cara kedua (Walk-in):
- Bayar dekat mesin ATM Bank Islam RM10Masukkan card > Nombor pin > Bank Islam > Lain-2 > Yuran IPT & Bil > Yuran IPT > Masukkan nombor IC > Pilih yang ada nombor matriks + 007 (kalau tak silap)
- Pergi UiTM Shah Alam [Bawa sekali resit yang dah bayar RM10 tu)
- Pergi Pejabat Konvokesyen kemudian cakap nak ambil transkrip
- Isi borang, tunjuk resit Bank Islam RM10 tunggu sekejap, kemudian dapatlah transkrip kamu nanti :D