Assalamualaikum..
Entry kali ni berkaitan dengan proses untuk mendapatkan wang pos.. Macam entry sebelum ni.. Yaya ada ceritakan proses untuk mengisi wang pos untuk kawan-2 Palam.. Wang pos RM10 untuk ambil transkrip tu.. Entry mana Yaya merepek ni? Klik SINI... Haaa.. Entry tu ha...
Hokey la.. Yaya silap.. :'(.. Sebab ayah yang uruskan bahagian wang pos.. Jadi Yaya assume pergi kat kaunter pejabat pos tu.. Sengih-2 macam kerang wangi.. Cakap nak beli wang pos, terus dapat wang pos.. Sangkaanku meleset sama sekali.. Kena isi borang dulu ghupenyaaa..
Sebelum dapat wang pos yang begini ghupenya..
Kita kena isi satu borang dulu.. Borang ni kira macam permohonan untuk kita beli wang pos.. Acah-2 je borang permohonan.. :P.. Masa nak isi borang untuk beli wang pos ni.. Beberapa orang rakan Yaya menemui jalan kebuntuan.. Ayat kau.. Tak payah bersastera sangat boleh? Yaya akan guide cara untuk isi borang wang pos ni..
Yaya guide cara untuk kita dapatkan wang pos. Maksudnya, kita sebagai pengirim wang pos tersebut..
Ruangan Tandakan / bagi yang berkenaan
Tandakan / pada kotak PENGIRIMAN / PEMBELIAN
Denominasi Wang Pos : Tandakan pada kotak RM10 (kalau nak ambil transkrip kena beli wang pos RM10, so, tandakan pada kotak RM10 terus..) Tapi, kalau kamu nak beli wang pos selain dari RM10, tandakan pada kotak yang bersesuaian..
Jumlah Kiriman : RM10
Ruangan Wakil
Biarkan kosong pada ruangan ni, jangan tulis apa-2
Ruangan Maklumat Pengirim / Penerima
Untuk ruangan ni.. Kamu kena tulis maklumat mengenai diri kamu sebagai pengirim... Contoh, Ali nak kirim wang pos RM10 kepada Abu (Bendahari UiTM) Untuk dapatkan transkrip rasmi. Jadi, dalam ruangan maklumat pengirim/penerima, Ali kena tulis maklumat mengenai dirinya..
- Nama : Ali bin Ahmad
- Alamat : No 17, Lorong UK 2
- Bandar : London
- Poskod : 98765
- Negeri : United Kingdom
- No. Telefon : 010-2345678
- Tarikh Lahir : 20 Jun 1900
- Jenis Kad Pengenalan : Tandakan / pada kotak MyKad
- No. ID : Nombor IC kamu.. 000620052341
- Warganegara : Malaysia
- Tempat Lahir : Birmingham
- Jantina : Lelaki.. (Kalau perempuan tanda pada kotak perempuan, jangan lurus sangat ikut Yaya ni..:p)
- Hubungan dengan Pengirim / Penerima : Sebab nak kirim wang pada orang yang tak kenal, jadi tulislah TIADA HUBUNGAN
- Tujuan Transaksi : Mendapatkan Transkrip
- Pekerjaan : Pelajar
- Jenis Perniagaan & Punca Dana : Biarkan kosong dua-2 ruangan ini.
Jangan lupa untuk tandatangan kamu di bahagian Tandatangan Pelanggan dan tulis tarikh sekali..
Dah siap ! Kemudian, pergi ke kaunter dan bagi borang ni dan ehem.. hulurlah duit RM10.. Jangan tak hulur pula .. See ya !