Saturday, 3 October 2015

Apa yang Anda Perlu Tahu Mengenai Farmasi

S.K. | 04:29 | 7Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .




RX , Simbol apa ni ? Okay, kalau student farmasi , komfirm akan familliar dengan simbol Rx ni. Simbol Rx ni mempunyai dua maksud ; 
  • Simbol untuk prescription
  • Simbol ahli farmasi

Memandangkan sekarang ni Yaya sambung dalam jurusan Bachelor of Pharmacy , jadi , Yaya rasa macam Yaya bertanggungjawab untuk memberi sedikit pencerahan mengenai kos farmasi . Sejujurnya , Yaya cakap , dari kecik sampai umur 19 tahun , Yaya tak pernah terfikir pun untuk ambil kos farmasi ni. Pemikiran Yaya sangat sempit masa tu, bila kerja, jadi ahli farmasi yang bagi-2 ubat kat patient, tu je . Eh ? Ada juga yang berpemikiran macam Yaya? Kita GENG! =)


Sebenarnya , kos farmasi ni bercabang-cabang dalam dunia ni, ada bahagian ahli farmasi, pharmceutical pharmacy, industrial pharmacy, clinical pharmacy, community pharmacy dan banyak lagi. Kalau orang cakap kos farmasi je, mesti kita akan ingat yang bagi-2 ubat tu kan? Tak sebenarnya, pharmacy student boleh jadi businessman/woman, boleh jadi pencipta ubat-2 yang terbaru, boleh jadi researcher, lecturer, etc. 


Sampai sekarang ni, Yaya tak terfikir lagi hala tuju selepas habis degree nanti. Ada juga terfikir untuk buka farmasi sendiri (sebagai side income) dan ada juga terfikir nak sambung belajar dan last sekali duduk dalam bahagian pharmaceutical pharmacy. Cita-2 je la kan . 


1. Farmasi ada kaitan dengan subjek chemistry? 

Kalau masa interview, mostly, candidates akan jawab "Saya sukakan Chemistry", "Farmasi berkaitan dengan Chemistry" bila soalan tanya, kenapa nak ambil bidang farmasi? Ohh dear juniors, salah sama sekali  ! Sebenarnya , farmasi berkait rapat dengan subjek pathology . Mostly dekat semua universiti yang tawarkan bidang farmasi , second year , subjek kita akan dipenuhi dengan subjek pharmacology,  ada sampai 4 -6 subjek pharmacology dalam semester ketiga. Sebab tu, orang selalu cakap, 2nd year pharmacy paling mencabar . 


2. Kerja farmasi bagi ubat je . 

Satu lagi pemikiran manusia alami ni, macam Yaya cakap, farmasi ada banyak cabang dan salah satu cabangnya , kena bagi ubat , TAPI , tu salah satu cabang. Banyak lagi sebenarnya, kamu boleh masuk dalam bidang entrepreneurship, education, R&D, councelling dengan mengambil jurusan farmasi. Bagaimana boleh jadi macam tu? (Amboii ! Skema bakhanggg) , Okay , macam kos-2 lain juga, bila kita dah belajar , grad semua, kita kena pilih cabang yang kita minat, kalau nak masuk dalam bidang education, kita boleh apply jadi lecturer, kalau nak masuk dalam bidang perniagaan, kita kena ada lesen sebagai ahli farmasi dulu, so on and so forth. 


3. Ada internship
Hek eleh , apa lah , nak jadi pharmacist pun kena ada housemanship / internship . Ya , mesti lah kena ada, kita mesti la kena belajar dulu, biasa-2 kan diri, kena ada orang pantau, barulah boleh jadi ahli farmasi yang berjaya . Internship untuk farmasi hanya setahun (tapi bergantung pada universiti masing-2) , bila dah habis internship, barulah kita boleh apply untuk dapatkan lesen sebagai ahli farmasi. 


4. Lesen Ahli Farmasi

Penting ke kena ada lesen ahli farmasi ni? Yups ! Sangat penting, ingat boleh suka suki buka farmasi ke kalau takde lesen ahli farmasi? Bagi yang bercita-cita untuk membuka farmasi sendiri, kita kena ada lesen sebagai ahli farmasi dahulu. Lesen ni macam lesen kereta juga la, kalau buka farmasi tanpa lesen, ia dikira haram, menyalahi undang-2, boleh dikenakan denda, ahli farmasi kan dikenali sebagai doktor dadah (ubat) , kalau takde lesen ahli farmasi, orang boleh accuse kita jual dadah yang disalahgunakan tu. 


P/s : Kekeringan idea sudah , maknanya , kena stop menaip la . :')

P/s : Alhamdulillah , everything's run smoothly, thank you . Cheering up my days . Looking forward the upcoming days . =)

Saturday, 19 September 2015

Perbezaan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi

S.K. | 01:39 | 16Comments |
Bismillah . .


Assalamualaikum . .


Yaya ada terperasan keywords yang orang selalu cari juga la dalam blog Yaya ni , apa dia perbezaan antara Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM . Dan , Yaya rasa perkara ni tak terhad kepada UiTM sahaja , malah universiti-2 lain juga . Macam entry Yaya sebelum-2 ni , Yaya ada terangkan prosedur untuk dapatkan Transkrip Rasmi UiTM kan ? Ok , dalam entry kali ni pula , Yaya akan terangkan fungsi , perbezaan dan cara untuk dapatkan Mini Transkrip UiTM .


Mini Transkrip UiTM dalam erti kata lain adalah transkrip sementara untuk para pelajar . Contoh la , pada 1 Jun result final exam keluar dan pada 8 Jun kita ada interview . Dan ada dinyatakan , perlu membawa transkrip semasa interview tu . Okay , kita boleh minta terus transkrip rasmi tu , kalau walk-in akan dapat secara on the spot . Tapi , kalau kita minta secara pos , transkrip rasmi takkan dapat dalam masa 2-3 hari bekerja . Apa yang kita boleh buat , kita boleh call bahagian fakulti dan minta mini transkrip , kalau UiTM , secara amnya , akan dikenakan cas sebanyak RM1 untuk sehelai transkrip.


Dari segi kandungan Mini Transkrip dan Transkrip Rasmi UiTM adalah sama , iaitu mengandungi keputusan peperiksaan kita setiap semester . Dari segi rupa dia sedikit berbeza , kalau Mini Transkrip , bentuknya dalam kertas A4 putih manakala Transkrip Rasmi UiTM berbentuk seperti sijil dan berwarna-warni . Untuk tujuan interview , kita boleh bawa Mini Transkrip sebagai Transkrip kita tapi , bila dah dapat Transkrip Rasmi , kita kena bagi satu salinan kepada mereka . Mini Transkrip , secara keseluruhannya , kita gunakan untuk interview sahaja . Untuk meminta biasiswa , komfirm ! Tak boleh guna Mini Transkrip . =)


Diharapkan , semuanya jelas ya . Terima kasih bertanya .