Bismillah ..
Assalamualaikum ..
Siapa tak tahu PTPTN tu apa ? Okay , jangan nak jadi macam katak di bawah tempurung okay . PTPTN ni adalah salah satu daripada sumber untuk kita membuat pinjaman kewangan bagi menampung yuran pembelajaran . Haa camtu la cerita dia . XP
Okay , memandangkan keputusan UPU bagi Lepasan STPM 2014 dan setaraf dah keluar , ni lah masanya untuk korang cari dana bagi membiayai kos pembelajaran korang . Salah satunya , untuk IPTA dan IPTS adalah dengan memohon pinjaman PTPTN .
Macam UPU juga , Nak mohon PTPTN kena beli nombor pin , nombor pin PTPTN berharga RM 5 dan boleh beli di BSN . Terdapat 3 cara untuk membeli nombor PTPTN ,
1. Kaunter BSN :
Senang je , pergi dekat kaunter BSN tu cakap ,
'Bang / Akak , saya nak beli no pin PTPTN'
Kemudian , isi borang , nama & No IC kalau tak silap , bayar RM 5 , tunggu sekejap , then mereka akan bagi la slip no pin PTPTN .
2. Mesin ATM :
Kalau nak beli no pin PTPTN menggunakan mesin ATM , pembeli perlulah mempunyai kad ATM BSN . Tak kisah lah kita nak guna kad mak , ayah , abang , kakak , makcik , pakcik , asalkan diorang benarkan . Cuma , masa nak isi beli no pin tu , bawa masuk lah No IC kita , jangan no IC diorang pula .
Bawa masuk kad > Tekan no pin > Pilih Lain-lain > Pilih beli No. PIN > Tekan PTPTN > Masukkan No IC > Akan keluar menu semakan dan pembayaran > Pastikan semua betul , tekan YA > Tunggu sekejap , slip No pin PTPTN akan dikeluarkan .
3. SMS :
Kaedah melalui SMS ni Yaya tak berapa pasti , jadi , Yaya google kan untuk kamu . Mula-2 kita mesti ada akaun Online Banking BSN . Caranya seperti di bawah ini .
PENDAFTARAN DI ATM / CDM
- Masukkan kad MATRIX BSN
| 1. Pilih Bahasa | |
| 2. Masukkan NO. PIN | |
| 3. Pilih Urusan Lain | |
| 4. Pilih Perbankan SMS | |
| 5. Pilih Pendaftaran | |
| 6. Masukkan No Telefon Bimbit | |
| 7. Urusan Telah Berjaya | |
8. Slip dikeluarkan bersama cetakan 4 digit UAC9. SMS pendaftaran berjaya akan diterima (6 digit M-PIN + 2 digit UAC) |
PENTING:
Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan nombor M-PIN di dalam telefon bimbit anda. Kerahsiaan nombor M-PIN adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya berlaku kehilangan telefon bimbit, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 dengan segera untuk pembatalan.
Anda dinasihatkan supaya tidak menyimpan nombor M-PIN di dalam telefon bimbit anda. Kerahsiaan nombor M-PIN adalah di bawah tanggungjawab anda sepenuhnya. Sekiranya berlaku kehilangan telefon bimbit, sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan BSN di talian 03-2142 5258 dengan segera untuk pembatalan.
FORMAT SMS
| Format Pengaktifan | ACT<jarak>M-PIN<jarak><4 digit UAC>XX Contoh : ACT 111222 123499 hantar ke 36898 NOTA: XX adalah 2 digit UAC yang akan dihantar dalam SMS pertama |
| Format Pembelian PIN | PIN<jarak>M-PIN<jarak>PTPTN<jarak>KP Contoh :PIN 123456 PTPTN 700519085801 hantar ke 36898 |
| Format Pengesahan | CONFIRM 1234 atau CANCEL 5678 hantar ke 36898 |
Sekian , terima kasih . Harap membantu =D