Saturday, 22 August 2015

Kenapa Perlu Masuk MSU ?

syafi khizar | 10:45 | 21Comments |
Bismillah..

Assalamualaikum . .

First of all , Yaya nak minta maaf sangat-2 kepada mereka yang sudi mengunjung blog Yaya yang dah serba sedikit musnah akibat sedikit kehancuran yang tidak disengajakan . Amboi ! =,+ Kehancuran di sini bermaksud , ada beberapa post yang sepatutnya ada gambar , tapi , gambar tu hilang . Dan kena tunggu hujung bulan Ogos 2015 , baru Yaya dapat betulkan balik . In sha Allah .


Secondly , Yaya in sha Allah , akan blogwalking semua blog masa cuti merdeka nanti dan tak lupa untuk klik-2 Nuffnang korang . Almaklumlah , bila dah bergelar student balik , semua laman sosial kita perlu control , supaya dapat menghindarkan diri dari kelalaian dunia yang nyata memberi kesan dan impak yang amat mendalam ke atas seorang insan bergelar pelajar . Dah apesal gaya nak bagi hujah ni .


Ok la , tujuan asal Yaya tulis entry hari ni adalah untuk promote MSU . Ekekeke . MSU atau lebih dikenali sebagai Mangement and Science University . Eh , Jangan nak buat-2 tak pernah dengar pula eh , dekar surat khabar , media sosial , TV , iklan-2 kat highway , akan selalu keluar pasal MSU ni . Walaupun kos yang Yaya dapat sekarang ni bukanlah kos pilihan hati sebenarnya , tapi Yaya follow the flow je la . Orang kata tak kenal maka tak cinta , dan Yaya yakin , ketentuan Allah adalah sebaik-baik percaturan . Persoalannya , kenapa Yaya pilih MSU ? Kenapa IPTS ? Kenapa bukan IPTA ? Ini jawapannya .

MSU dari rumah Yaya

Yang dalam pembinaan tu adalah hostel MSU dan Hospital MSU . 


1. Link dengan Keperluan Industri

Sebab pertama Yaya ambil keputusan untuk masuk MSU adalah kerana , MSU ada ikatan yang kuat dengan pasaran-2 dan industri masa kini . Pihak atasan organisasi MSU akan sentiasa up-to-date dengan industri tentang pekerjaan apa dan kos apa paling diperlukan industri masa kini . Kos-2 di MSU adalah limited , MSU hanya tawarkan kos yang akan menjamin pelajar itu mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang 6 bulan daripada hari pelajar-2 MSU grad . Untung kan ? Dunia sekarang , penuh dengan persaingan . Memang susah untuk dapatkan kerja sekarang ni , malah ada yang tunggu bertahun-tahun untuk dapatkan kerja . Paling sedih , belajar tinggi-2 , end up as a buruh . Tak , Yaya tak maksudkan kerja buruh itu tak elok , cuma kurang kena la dengan qualification yang dia ada . Tu je .


2. 98.3% Pelajar Mendapat Pekerjaan Selepas Grad

Mengikut kajian yang dibuat oleh Bahagian Menteri Pelajaran (Eh , Ye ke , tak ingat menteri apa) 98.3% pelajar dari MSU mendapat pekerjaan selepas tamat belajar kurang dari 6 bulan . Dan , kajian dari pihak MSU sendiri , setiap tahun , bila ada pelajar grad , 95% komfirm dapat pekerjaan kurang dari 6 bulan selepas grad . Kenapa boleh jadi macam tu ? Teruskan pembacaan anda .


3. MSU tawarkan dua jenis transkrip

Uniknya MSU , mereka tawarkan kepada pelajar dua jenis transkrip . Bukan transkrip akademik semata-mata malah transkrip untuk aktiviti kokurikulum juga atau lebih dikenali sebagai GEmS Transcript . Dalam GEmS Transcript ni , segala aktiviti charity , volunteer , particpation dalam mana-2 event akan direkodkan . Kalau banyak , maka teballah GEmS Transcript tu . Dengan adanya transkrip ini , ia dapat membezakan soft skill yang dimiliki pelajar MSU dengan pelajar universiti lain . Satu advantage kepada pelajar sebenarnya dalam mencari pekerjaan pada masa akan datang .


4. Soft Skill

Apa yang paling Yaya suka adalah mengenai soft skill MSU . Pelajar di MSU mempunyai Soft Skill yang sangat tinggi . Tak percaya ? Mohon masuk MSU ye . :) Pelajar-2 setiap minggu akan diasah soft skill nya , dari kurang berani sehinggalah berani mara ke hadapan .


5. Boleh pergi Overseas

Ni pun Yaya suka juga , disebabkan MSU ada link dengan beberapa buah negara macam Japan , Indonesia , Thailand , Sri Lanka , India , etc , pelajar boleh buat internship mereka di luar negara . Yaya harap Yaya ada peluang nanti . Amiin . Selain tu , ada juga beberapa program yang pelajar organise di luar negara . Contoh , macam jadi volunteer untuk sediakan makanan kepada mangsa-2 bencana alam luar dan dalam negara .


6. People from Walk of Life

Okay , Yaya tertarik dengan bahagian ni , ni adalah first time Yaya belajar , satu kelas dengan orang-2 yang multi races dan overseas student . Kalau lecturers overseas , Yaya banyak kali da merasa . Tapi , untuk classmate multi races and overseas students , ni la kali pertama buat Yaya . Yaya harap , Yaya boleh bersaing sengit dan secara sihat dengan mereka . Amiin . In sha Allah .


Okay lah , mungkin ini sahaja perkongsian dari Yaya mengenai MSU . Oh , maybe ada yang akan kata , Masuk private , IPTS ? Pfft . Dalam otak ligat cakap anak-2 orang kaya la tu . Okay , Yaya tak tergolong dalam mereka yang berada . Di MSU , macam-2 boleh jadi . Boleh guna eduloan MARA , PTPTN , Tajaan , Private Student , Exchange Student , dan lain-2 . Sila buka minda anda okay . Private University doesn't belong to the richest person only . Everybody can apply and study in MSU .

P/s :

Pemandangan MSU sangat unik , belakang ada sungai , depan ada highway . Universiti kau hado ? =P Just kidding .

Read on: Penginapan Berhampiran MSU

21 comments:

  1. bgus la..kita dlm bumbung yg sama...good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum... kak yaya nak tnye MSU ni bgus tak and sijil dia laku atau tak? fee dia okay atau mahal? hm, hrap respon akak dpt mmbantu...

      Delete
    2. Wsalam , boleh email saya untuk details : stnrsyfh17@gmail.com

      Delete
    3. hai. Saya Encik Firdaus, Kaunselor di MSU. saya bekas pelajar MSU. 6 tahun belajar di sini. Dari Diploma hingga Ijazah. Kalau ada apa2 pertanyaan, jangan segan silu emailkan kepada sy ye. muhdfirdaus@msu.edu.my . cheerss :)

      Delete
    4. Nak tanya, kalau fail satu subject , will it bring any effect to my graduation

      Delete
    5. Kena repeat dulu paper tu, then, baru boleh grad

      Delete
  2. Wah, ni dapat berapa banyak upah dia bagi untuk promote ni..?hahaha

    ReplyDelete
  3. Jap, kalau MSU seberang Jalan, pagi2 ke kelas memang jauh lah kan? Ke jalan kaki je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat je la , ambil shortcut , jalan je la , 5 minit perjalanan , tak la jauh mana kan? Ada je rumah yang 2, 3 minit perjalanan ke msu , xpayah lintas jlan besar

      Delete
  4. salam, sis... akak ada apply pinjaman ke? atau dpt scholarship bila msuk msu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam . Dalam proses permohonan . Setakat ni jadi private student dulu

      Delete
  5. sis nak tanye jadual kelas untuk first sem pack tak?
    Good Luck...soon to join u...TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome to MSU junior . Haha , not that pack :)

      Delete
  6. Wahhh bestnyee :) sy baru apply msu. Hopefully dapat. Btw, Awaa ambil kos ape ek dekat msu? ?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Depends pada course yg kita amik

      Delete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥