Wednesday, 31 January 2018

Kaifiat Solat Gerhana Bulan

Anonymous | 17:04 | 0Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . . 

Perkongsian dari FB Ustaz Hanafi

Sukacita dimaklumkan bahawa fenomena GERHANA BULAN PENUH (100%) akan berlaku pada hari Rabu malam Khamis, (14 malam 15 Jamadil Awwal 1439H ) bersamaan 31 Januari 2018. Sehubungan itu, Solat Sunat Gerhana Bulan akan bermula pada jam 9:33 malam. 

Image may contain: text

Berikut adalah Kaifiat Solat Gerhana Bulan

Rakaat Pertama 

Lafaz niat :
1. Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan dua raka'at menjadi Imam/ Makmum kerana Allah Ta'ala.

2. Takbiratul Ihram (serta niat)

3. Membaca doa Iftitah

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Kafirun

6. Ruku'

7. I'ktidal

8. Membaca surah al-Fatihah

9. Membaca surah al-Ikhlas

10. Ruku'

11. Iktidal

12. Sujud

13. Duduk antara dua sujud

14. Sujud kedua


Rakaat Kedua :

15. Membaca surah al-Fatihah

16. Membaca surah al-Falaq

17. Ruku'

18. Iktidal

19. Membaca surah al-Fatihah

20. Membaca surah an-Nas 

21. Ruku'

22. Iktidal

23. Sujud

24. Duduk antara dua sujud

25.Sujud kedua

26. Duduk tahiyat akhir

27. Memberi salam.

* Selepas itu Khatib akan membacakan Khutbah

* Memperbanyakkan Istighfar

* Hendaklah dilakukan solat gerhana bulan apabila berlakunya gerhana dan tamat masa solat gerhana setelah hilang gerhana dari pandangan.

* Hukum mengerjakannya SUNAT MUAKKAD dan SUNAT dikerjakan dengan cara berjemaah.

* Dibacakan "Assolatul Jamiah" sebagai ganti Iqamah.

Sumber : Petikan daripada buku panduan Solat Gerhana Bulan 
Jabatan Agama Islam Negeri Johor


MAKLUMAT GERHANA BULAN PENUH :

Detik - detik Gerhana Bulan penuh :

7:50 Petang : Bulan mula memasuki bayang gelap bumi

8:22 Malam : Gerhana bulan dengan kadar 50%

8:53 Malam : Gerhana bulan dengan kadar 100%

9:33 Malam : Kemuncak gerhana bulan penuh

10:28 Malam : Bulan mula keluar dari bayang gelap bumi

11:10 Malam : Bulan telah keluar sepenuhnya dari bayang gelap bumi

Sumber : Pejabat Mufti Negeri Johor.

Friday, 26 January 2018

Solat Dhuha

Anonymous | 22:06 | 3Comments |
Dulu  saya  fikir  solat  Dhuha dan membaca zikir itu pembuka pintu rezeki, dan dulu juga saya  fikir, Rezeki itu  berupa wang, gaji yg besar, banyak order, banyak job, urusan kerja lancar, banyak simpanan di Bank, *punya banyak asset*
*Seperti : Kenderaan,* *Properties disana-sini, dll*
_* maksudnya- : Harta benda**

Setelah mencari  apa makna Rezeki sebenar dalam Islam (sesuai yg tertera dalam  Al Quran dan  Hadis ternyata anggapan saya benar2 salah dan melencung jauh.

Ternyata.....

🍁 Langkah kaki yg dimudahkan untuk hadir ke majlis ilmu, itu adalah  rezeki.

🍁 Langkah kaki yg dimudahkan untuk  solat  berjemaah di masjid, adalah  rezeki.

🍁 Hati yg Allah jaga jauh dari iri, dengki, dan kebencian, adalah  rezeki.

🍁  Punyai  kawan2 & sahabat yang  soleh & solehah yang saling mengingatkan dalam kebaikan, itu juga rezeki.

🍁  Saat keadaan sulit penuh keterbatasan, itu juga  rezeki. Mungkin jika dalam keadaan sebaliknya, justru membuat kita kufur, sombong, angkuh bahkan lupa diri & mudah trdorong melakukan maksiat.

🍁  Punya orang tua yang sakit2, ternyata itu adalah  rezeki, kerana merupakan ladang amal pembuka pintu surga bila kita tulus  ikhlas menjaga & mengurus kedua orng tua kita.

🍁 Tubuh yang  sihat, adalah  rezeki. Bahkan saat diuji dengan sakit, itu juga bentuk rezeki, kerana sakit adalah penghapus/penggugur dosa jika kita redho dan sabar.

🍁 Dan...dan...dan mungkin ada lagi jutaan list lainnya bentuk2  rezeki yang kita tidak  sedari dan tak terfikirkan.....

Suami Istri dan anak2  sihat itu  rezki, anak-anak pelajaran nya  lancar itu  rezeki, hidup  rukun  sesama  jiran tetangga itu rezeki... Bahkan bila anda mendapat kiriman/pesanan tausiah keagamaan yg mengajak kebajikan dari Group WhatsApp itu juga  rezeki, kerana  anda mendapatkan Ilmu darinya...

Justru apa yang harus kita  berwaspada adalah ketika hidup kita berkecukupan, lebih2 lagi jika mewah, penuh dengan kemudahan dan kebahagiaan,  sedangkan... *masih terlalu banyak hak Allah yang belum mampu atau tidak kita tunaikan...* 😔

_*Mari sebarkan kebaikan dan nikmati  Rezeki2 yg Allah amanahkan  kepada  kita*_

 *ۚ ﻭَﻣَﺎ ٱﻟْﺤَﻴَﻮٰﺓُ ٱﻟﺪُّﻧْﻴَﺎٓ ﺇِﻻَّ ﻣَﺘَٰﻊُ ٱﻟْﻐُﺮُﻭﺭِ*

*... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (Al-Hadid - 57:20)*

Tiket Penerbangan Dari KL ke Jakarta yang Menarik

Anonymous | 22:04 | 0Comments |
Bismillah . .
Assalamualaikum . . 
Berapa ramai di antara kita yang selalu pergi ke Jakarta, atas urusan kerja atau saja bercuti bersama orang tersayang? I berani jamin ramai yang selalu ke sana. Dengan zaman teknologi dunia tanpa sempadan sekarang ni, mudah untuk kita ke luar negara dengan kos yang kita mampu. Kat sini I nak share macam mana untuk kita yang selalu ke Jakarta atau dari Jakarta balik ke KL, korang boleh book Kuala Lumpur to Jakarta flights. Its actually easy to learn and to do the booking.
Image result for jakarta
Uolss pernah dengar pasal Traveloka tak? Ada yang tak pernah atau mesti ada yang pernah dengar tapi taktau apa dia tu. Traveloka ni adalah website system yang membantu orang seperti kita untuk survey atau book hotel atau flight ticket. Yes, hotel dan flight dalam satu tempat. Dengan kata lain kita dapat survey tarikh untuk kedua-duanya sekali, di dalam sebuah website yang sama. Contohnya kita dah survey harga hotel pada tarikh tertentu, then kita check pula availability flight yang ada. If confirm then kita boleh terus buat payment. Also at the same website. Senang kan?
Image result for traveloka
So I ajar serba sikit macam mana nak survey atau book flight ticket di Traveloka. First of all, buka website Traveloka then click dekat tab ‘Flight’ di bahagian atas. Kemudian pilih destinasi, date dan pilih sama ada inginkan first class, business class atau economy class. Kemudian tak sampai seminit result akan keluar. Then akan ada list of flights yang available on the date yang uolss pilih, including the detail of time departure, jenis airlines, apa pakej yang ada dan harga. Yes semua list ni datang dengan harga so uolss boleh bandingkan harga antara airlines. Sekaligus uolss boleh cari yang paling murah and sesuai dengan bajet uolss di Traveloka. Macam I cakap tadi, all airlines yang ada akan keluar so uolss tak perlu susah susah tanya each airlines their price, so when u use Traveloka u will have all the prices. Awesome kan?
Selepas uolss choose which one uolss nak book, u will have to isi borang contact information. Then continue sampailah uolss buat payment dan dapat e-ticket. Please check info dekat e-ticket tu supaya tiada kesilapan, and memudahkan plan uolss nanti masa check in. So far very easy kan? Dan user friendly, senang untuk faham dan buat. So with Traveloka easier for uolss book hotel and flight ticket to Jakarta. Traveloka ini juga mempunyai helpline and customer service yang operate 24 jam, so if uolss ada problem masa booking nanti uollss boleh terus call number yang diberi.
I suggest kat uolss untuk guna Traveloka platform ni sebabnya dia senang untuk kita book hotel dan flight, kalau tak nak book pun kita boleh survey harga dengan senang, lepas tu Traveloka ni secured, so uolss tak perlu risau kalau kena tipu. Selain tu, method of payment pun banyak dari credit card kepada debit card, online banking dan sebagainya. Traveloka juga partnership dengan banyak airlines so that is why the price is trustable and no hidden charge. Ini semua sebab Traveloka nak memudahkan usernya untuk berurusan dalam booking hotel dan flight.

Di Indonesia Traveloka is no 1 dalam booking hotel dan flight so diorang dah terbukti boleh dipercayai. Apatah lagi kalau kita nak book flight ke Jakarta, dengan reputasinya di Indonesia, so harga yang uolss boleh dapat dalam Traveloka memang the best deal yang korang boleh dapat. Selain tu ada juga payment installment dengan Maybank 0%. Kalau uolss nak tau lebih lanjut google je traveloka, explore the website and the system, explore the world by using Traveloka services. I guaranteed u guys will be satisfied with the services they offer. Apa pun, have fun dan jangan lupa at least try sekali book flight ticket through Traveloka.

Saturday, 13 January 2018

Hutang Dhuha

Anonymous | 20:31 | 0Comments |

Bismillah..

Assalamualaikum..

Satu ilmu yang saya baru tahu yang  saya rasa terpanggil untuk berkongsi  dengan anda

Seorang Ustaz dari Indonesia yang bernama Ustaz Yusuf Mansur sangat memperjuangkan dan membudayakn solat dhuha .

Didalam bukunya bertajuk “ Undang saja Allah; Belajar Syukur, Belajar Yakin” beliau memperkenalkan konsep “ Hutang 2 Rakaat Dhuha”.
beliau membahaskan konsep bahawa kita sudah terlalu banyak berhutang dengan Allah sebenarnya.

Kerana kita terlupa untuk “membayar” bayaran kerana kita memakai mata, tangan, kaki, jantung serta organ kita yang lain kepada Allah.

Oleh kerana Allah tahu bahawa kita tidak akan mampu membayar semua nikmat tersebut menggunakan wang, oleh itu Dia dengan kasih sayangnya mensyaratkan bahawa solat sunat dhuha 2 rakaat sebagai bayarannya.

Seperti yang tercatat di satu hadis “ 
*Pada setiap manusia terdapat tiga ratus empat puluh sendi. Setiap satu sendi harus disedekahi olehnya. Para sahabat bertanya, ‘ siapakah yang sanggup melakukannya wahai Rasulullah?  Rasulullah bersabda, jika terdapat kotoran dimasjid, tutuplah dengan tanah ( buang dan bersihkan), dan jika ada sesuatu yang merintangi jalanan, jauhkanlah. Jika engkau tidak sanggup melakukannya maka solat dhuha dua rakaat sebagai gantinya bagimu”*(HR. Imam Ahmad)

Dan menurut riwayat yang lain, “ Setiap pagi semua anggota badan masing-masing dari kalian wajib disedekahi. Setiap kali tasbih adalah sedekah.

Setiap kali tahmid adalah sedekah. Setiap kali tahlil adalah sedekah. Setiap kali takbir adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar adalah sedekah. Semuanya terpenuhi dengan dua rakaat solat dhuha.” ( HR. Muslim ). Semakin jelas kepada kita bahawa kita sudah banyak berhutang kepada Allah selama ini rupanya. Ada diantara kita yang berumur 20, 30 malah mungkin 50 tahun, akan tetapi baru tahu akan hal ini.

Kita baru tahu yang kita sedang berhutang sebenarnya. Bahkan ini baru hutang dhuha, belum lagi dikira hutang solat wajib, hutang zakat, juga hutang yang lain-lainnya.  Pasti sangat banyak kiraannya.

Jika setahun kita berhutang dhuha 2 rakaat, jika dikira agak –agak berapa rakaat yang perlu kita bayar?  Jika setiap tahun mengandungi 365 hari di darab dengan 2 rakaat dhuha yang ditinggalkan, jumlah hutang  dhuha kita pada Allah  setahun adalah 730 rakaat. Maka jika 10 tahun adalah 7300. Masha Allah.
Persoalannya disini, adakah betul kita harus membayar hutang hutang tersebut? Jika ya, bagaimanakah cara mahu membuatnya?.

Untuk menjawab persoalan tersebut, saya ingin berkongsi apa yang diceritakan ustaz Yusuf Mansur didalam buku tersebut.

Seorang pekerja kerajaan telah datang bertemunya selepas beliau menyampaikan satu ceramah dan pekerja tersebut menceritakan bahawa dia terkena satu musibah.

Wang tabungan yang sudah dikumpul selama setahun telah hilang kerana dicuri. Agak banyak jumlahnya. Dia sangat tertekan dan pergi menemui Ustaz Yusuf Mansur.Ustaz dengan pantas bertanya, “ Ada mengamalkan solat dhuha tak selama ini?” kemudian pekerja itu menjawab bahawa dia tidak atau kalau lakukan pun agak jarang sekali. Kemudian secara langsung ustaz menjawab, “ Patutlah Allah mengambil   (melalui pencuri)  duit tersebut, diambil Allah wang tersebut untuk “bayar” hutang rupanya”. Begitu juga kalau berbisnes atau berniaga, setelah sekian lama berniaga, namun kita masih tak dapat membuat simpanan, itu mungkin kerana kita tidak berdhuha selama ini.

Bagaimanakah kita ingin membayar hutang-hutang dhuha kita itu, adakah kita perlu bersolat sunat dhuha tanpa henti supaya hutang-hutang kita terbayar?

Seseorang bernama Saifullah telah menghantar satu sms
kepada ustaz :

“ Ustaz, saya baru terbaca tentang hutang dhuha di program Dhuha Coffee ustaz. Saya termasuk orang yang mempunyai hutang dhuha dengan Allah. Saya kini berumur 34 tahun 2 bulan. Ertinya jika saya akil baligh umur 10 tahun, saya sudah berhutang 24 tahun. Dalam sekitar 8,760 hari itu saya berhutang 17,520 rakaat. Mungkin ini sebabnya saya merasakan hidup saya kurang diberkati. Sekarang bagaimanakah saya mahu melunasinya? Wassalam”

Antara tips ustaz yang sangat menarik dan relevan untuk diaplikasikan adalah melalui *menyeru orang lain juga untuk berdhuha*. Ya, ceritakan juga akan konsep hutang dhuha ini kepada sebanyak mungkin orang yang anda kenal. Dengan cara ini sahajalah hutang-hutang anda mampu dilunasi kerana setiap kali orang lain berbuat kebaikan yang dilhamkn anda ,anda akan mendapat pahala.

Jika anda tidak mampu menceritakan akan tentang konsep hutang dhuha, apa kata anda mulai dengan mengajak orang berdhuha mengikut keadaan dan tahap yang anda selesa.

Jika anda ada Blog atau Facebook, WhatsApp, Telegram, Wechat dan sebagainya, cuba menggalakkan orang lain supaya berdhuha.

Jika anda sebagai ketua jabatan, sediakan masa 10 minit sebelum memulakan kerja dan mengajak pekerja bawahan anda melakukan solat sunat Dhuha.

Jika anda guru atau pensyarah, sediakan waktu untuk mengajak pelajar–pelajar anda berdhuha disetiap pagi. Namun, jangan hanya menyuruh, ceritakan juga kepada mereka kelebihan melakukan solat dhuha. Supaya mereka lagi bermotivasi.

Setiap di antara anda mampu membayar hutang tersebut jika anda berterusan menyeru dan memotivasikan akan orang disekeliling anda tentang kelebihan solat dhuha.

Moga moga jika antara kalian mengamalkan juga menyebarkan kepada orang ramai, harapnya akan terlunas juga hutang dhuha.

Monday, 8 January 2018

Kenyataan Akhbar Mengenai Isu Tablet Paracetamol yang Mengandungi Virus Machupo

Anonymous | 20:32 | 4Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . .


Sekarang ni  , kemain lagi eh viral tentang isu tablet PCM yang ada virus Machupo. Haaa ! Rileks kawan-2 , cuba baca kenyataan akhbar dari KKM ni . . 

Sebelum sebarkan sesuatu perkara , tolong sangat-2 siasat dulu kesahihan dia apa semua . . Jangan suka-suki viral kan je tanpa tahu asal usul sesuatu perkara . .  Haihh ! Bila la nak berubah manusia zaman sekarang ni . .