Saturday, 26 January 2019

Pesanan Kewangan Buat Mereka Berumur 20-an

Anonymous | 10:08 | 4Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . .

Image result for money anime

1. Jika tiada akaun Tabung Haji , pergi buka 

2. Jika tiada akaun ASB / ASBF , pergi buka

3. Jika tiada lagi medical card (Takaful) , pergi ambil

4. Usahakan ada pendapatan sampingan , jangan malu untuk mencari rezeki

5. Belajar urus wang dengan baik . Nampak kawan yang power kewagan tu , approach dia tanya untuk belajar

6. Hutang PTPTN WAJIB bayar . Usahakan supaya nanti orang lain boleh ambil manfaatnya

7. Jangan menggeliat nak sedekah hatta RM 1 , sebab itu punca murah rezeki

8. Better elakkan couple , nanti perbelanjaan korang bertambah

9. Cuba sedaya upaya untuk berhenti merokok sebab itu punca duit sempit

10. Buat Unit Trust dan ambillah yang semampu anda

11. Cuba hidup below your mean . Kalau income RM 800 , jangan hidup macam orang RM 1200

12. Letakkan target duit nak ada berapa dan letak teknikal nak capai

13. Elakkan show off , lebihkan humble

14. Mula simpan deposit untuk beli rumah

15. Wajibkan diri beli satu buku setiap bulan dan habiskan

16. Dapatkan takaful sebagai perlindungan masa hadapan

17. Banyakkan memasak di rumah dan kurangkan makan di luar

18. Mula belajar dan kenal saham

19. Bezakan kehendak dan keperluan

20. Mula cipta passive income . Contoh ; ada kereta , offer servis sewa kereta bila tak pakai

21. Pergi seminar / kursus tentang kewangan

22. Jadi facilitator bila free sebab faci diberi makan dan duit percuma

23. Download apps yang smart money manger misalnya Spendee

24. Main board game Cashflow

25. Enjoy belajar urus kewangan dan ingat ia adalah proses . Jadi tak salah jika sebelum ni gagal nak disiplin atau sebagainya

26. Urus wang = urus habit dan memerlukan disiplin . Jadi cuba dan terus cuba

27. Jangan lokek dengan kawan yang memerlukan . Nampak dia macam susah sikit je , offer je nak bagi / pinjamkan wang

28. Jangan malu tak dapat makan di Starbuck dan kedai-2 hispter lain . . Malulah jika masih miskin tapi nak nampak kaya

Sumber ; Twitter Rasydan Bakar

4 comments:

  1. Alhamdulillah... Syukur dengan apa yg LeYa dah perolehi dan jalani sekarang. Semoga kita sama-sama pandai manage kewangan kita

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. ada points yang memang dipraktikan da. ada few yang berminat nak cuba.. thank you ^^

    ReplyDelete
  3. Uhu~ bagus just tips ni. Sangat berkesan kalau nak mula sebelum berkahwin. Itu la orang kata lepas habis belajar kerja dulu. Ini tidak, duit gaji habis dibelanja.. Kan sekarang dah tak ada saving. (kata pada diri.) °…°

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥