Sunday, 20 May 2018

Kenapa Allah Kaitkan Ramadhan dan Takwa?

S.K. | 08:44 | 2Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . . 

Ramadhan bulan yang mulia. Bulan Ramadhan bukan sekadar nak latih kita untuk tahan dan minum sahaja tapi lebih dari itu.

Allah kata:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.[Surah al-Baqarah :183]
..........

Perhatikan kalimah dimana Allah mengaitkan puasa dengan harapan kita semua bertakwa.

Maksud al-Siyam (puasa) secara literal ialah menahan diri.

Puasa dikaitkan dengan takwa kerana ketika puasalah kita perlu menahan diri daripada buat pelbagai larangan Allah. Perhatikan suruhan Islam ketika puasa:

1. Tak boleh makan dan minum.
2. Tak boleh bersetubuh.
3. Tak boleh berkata keji atau kotor
4. Tak boleh melakukan perkara yang boleh mengurangkan nilai puasa yang lainnya.
5. Hidupkan malam dengan ibadah malam e.g tarawih, witir, solat sunat lainnya.
6. Anjuran membaca al-Quran lebih banyak ketika Ramadan.
7. Anjuran bangun di awal pagi untuk sahur.
8. Anjuran untuk banyakkan sedekah.

Dan sebagainya.

Kesemua suruhan ini kalau kita amati betul-betul dan cuba buat betul-betul, pasti kita akan rasa sendiri betapa dekatnya kita dengan kebaikan. Kita akan rasa lain. Rasa semakin seronok jadi baik. Semakin nak jadi lebih baik.

Itulah tujuan puasa.

"Mudah-mudahan kamu bertakwa" kerana dibulan ini kamu dilatih dan diajar segala teknik untuk jadi orang yang baik.

Syaratnya hanya tinggal, patuh sahaja. Ya, patuh sepenuhnya semampu mungkin.

Masalah kita, kita tak faham tujuan puasa. Kita hanya anggap puasa itu hanya tak boleh makan dan minum dan kita tak patuh suruhan yang lain.

Mungkin sebab itu, kita tak berjaya jadi lebih baik di bulan mulia ini sedangkan Allah telah memberi pelbagai panduan dan rahmat untuk kita jadi orang baik ketika Ramadhan.
.......
Ad-Dien Abdul Kadir
telegram.me/addien90

2 comments:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥