Tuesday, 4 August 2015

Update UiTM Dengkil

syafi khizar | 11:38 | 6Comments |
Bismillah..


Assalamualaikum..


Tu diaaa.. Tengah hangat isu mengenai 'UiTM Dengkil' bagi kanak-2 Asasi Palam Batch 97-liners ni . Ada yang tak berpuas hati , ada yang tak kisah , ada yang nak meraung bagai nak gila. Rileks la hadek-2 sekalian . Tak kenal , maka tak cinta . Al-kisah , mereka perlu pindah ke Kampus Tetap Asasi UiTM , cawangan baru di Dengkil .




*Update :

First of all , Yaya nak minta maaf untuk perenggan mengenai penginapan tu , sebenarnya , ayat Yaya tak lengkap . Info-2 mengenai UiTM Dengkil ni , Yaya peroleh daripada junior-2 , kanak-2 kan , biasalah , kadang-2 ada masa nak datang mengadu . Yaya pun dengarkan je la & summarize kan , Abaikan perenggan dalam gambar tu . Sekarang kita mulakan perenggan yang baru mengenai penginapan .

Kalau masa kat Palam , kita akan duduk dalam sistem rumah , 1 bilik dua orang dan 1 rumah 8-10 orang . Ada Anonymous komen pada Yaya , khabar angin mengenai penginapan dekat Dengkil yang kena duduk dalam dorm dan tandas kat hujung aras tu sebenarnya penipuan semata-mata . Tambahnya lagi , kat Dengkil nanti masih lagi dalam sistem rumah . 1 rumah enam orang & 1 bilik dua orang . Toilet pun ada dalam setiap kediaman unit . Apa-2 info , sila rujuk Pusat Asasi . Apa-2 pun , Yaya doakan yang terbaik untuk adik-2 junior sekalian . Tak kisah la , tinggal dalam sistem dorm @ rumah , bersyukur masih ada kediaman . Ingat , niat utama kita nak datang belajar , kediaman nombor dua . . Kalau kediaman bertaraf 5 bintang , tapi belajar terhuyung-hayang , tak boleh jadi juga kan? Apa-2 pun , tak yah gusar sangat la pasal semua ni , In shaa Allah , pihak UiTM sediakan yang terbaik untuk student dia . :) Maaf & sila abaikan ayat dalam gambar di atas . 



Keduanya , rombakan besar-besaran group & kelas . Pendapat Yaya , perkara ni takkan berlaku . Sebab , pikir logikss la kan , korang kan da ada mentor mentee sendiri , kalau buat perubahan besar-besaran , mentor agaknya lagi susah nak kenal mentee , student bukannya sikit , 3K++ , Jangan risau , berdoa yang terbaik . In shaa Allah , kelas korang akan sama . Classmates pun akan sama . Mungkin akan ada sedikit perubahan . Contoh , dalam kelas ada 30 orang , maybe dia akan bahagi 2 , 15 orag satu kelas . Mungkin . Mungkin sahaja . Tapi , tak mungkin semua ni.. Positif sikit pliss..


Ketiganya , dulu lecturer Yaya ada cakap , Dewan Kuliah & Bilik Kuliah UiTM Dengkil ni kecik sikit berbanding Dewan Kuliah & Bilik Kuliah UiTM Palam , Wallhualam , tak berani nak kata lebih . Apa-2 pun berseronoklah kamu di Palam sementara masih berada di sana .. :)


Ingat ni :

Di mana kamu ditempatkan , di situlah yang terbaik buat kamu . 


Allah knows the best for you 



P/s : Maaf , gambar UiTM Dengkil dah delete . Kalau ada Yaya update :D

P/s : Info-2 diperoleh daripada adik-2 junior , kalau ada salah , mohon betulkan . :) Terima kasih . 

6 comments:

  1. Hehe.. Once penah duduk palam.. nak pindah tmpt lain mang berat. sbb uitm palam boleh dikira sebagai uitm yg paling besar dan selesa.yg menyampahnye cume tangga batu cave tu je. haha. hello from palamian ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..? Haha.. Hi too.. :D Kesian budak-2 ni, tapi nak buat macam mana kan.. Rezeki diorang :D

      Delete
  2. hahaha.. baru tahu uitm dengkil guna sistem dorm.. bertabah lah hadek hadek asasi ye.. :p syukur lah saya akan tamatkan asasi bln october nih .. alhamdulillah, asasi kat uitm kedah not bad.. just nice.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. UiTM Kedah ada Asasi juga? Asasi apa ye? Serious , tak tau . Ingatkan Palam , S.Alam, Kuantan & Melaka je ada .

      Delete
    2. yurp ! ada jugak tapi asasi undang undang je .. asasi yg lain takde .. tapi sem ni dh last batch sebab junior sem 1 semua transfer Dengkil sem 2 ni .. huhu ..XD

      Delete
    3. Oh I see.. Thanks for the info ya :D

      Delete

๐Ÿ’Œ 0617 Comments๐Ÿ’ฌ ♥ Thank you lovely ♥