Friday, 23 August 2019

Tips Rawatan Rambut Gugur

S.K. | 00:00 | 5Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum. 

Image result for limau purut dan santan

Ini sebuah perkongsian dari FB Suzy Honey mengenai masalah keguguran rambut yang dialami oleh anak perempuannya selepas bersalin .

Anak saya Nadia merungut kerana rambutnya mengalami keguguran selepas melahirkan anak . Kebetulan banyak limau purut di rumah kami. Jadi untuk memudahkan Nadia secara konsisten menjaga dan merawat keguguran rambutnya saya menyediakan satu resepi yang memudahkan Nadia untuk menggunakannya setiap kali diperlukan.

Wanita ramai yang mengalami masalah rambut keguguran dan tak kurang juga masalah kelemumur dan rambut berbau hapak kerana sering berpeluh. Ini mungkin antaranya faktor , masalah hormon yang tidak seimbang terutama bagi wanita yang lepas bersalin.

Ramai orang tahu limau purut sangat bagus untuk penjagaan rawatan rambut. Penggunaan limau purut sangat terkenal sejak dari zaman dahulu lagi.

Ini resepi cara saya buatkan untuk rawatan rambut gugur . Cara ini juga membuat akar rambut jadi kuat dan pada masa yang sama ianya memberi bau yang harum pada rambut juga buat rambut menjadi sihat bersinar :

  • 4 ke 5 biji limau purut dipotong
  • 1 gelas Santan kelapa yang asli di perah - lebih baik guna santan lebih berkhasiat untuk rambut. Memberi sinar untuk rambut yang sihat.


Kedua bahan tersebut di blender sehingga hancur dan kemudian masukkan kedalam bekas ais cube. Masukkan dalam peti beku .

Cara untuk rawatan , di ambil 1 ke 2 ketulan ais cube limau purut santan tersebut dan gosokkan ke kulit kepala. Ianya dapat menguatkan akar rambut dan menghilangkan pening kepala juga. Boleh di lakukan seminggu 2 kali. Untuk mendapatkan kesan.

Sumber : Facebook Suzy Honey

5 comments:

  1. Wahhh... Info yang bermanfaat. LeYa pun baru tahu.. Boleh dicuba ni sebab LeYa pun mengalami keguguran rambut dan kulit kepala gatal kadang-kadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Masalah orang perempuan yang tak sudah-2. Sama dengan SK

      Delete
  2. boleh cuba nie.. rambut sy gugur teruk..

    ReplyDelete
  3. rambut gugur ni stress dia takleh bawak bincang. penuh lantai :') haha

    bw dri https://theathra.blogspot.com/

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥