Tuesday, 20 August 2019

Solat di Kawasan Bumbung Masjid Nabawi

S.K. | 00:00 | 0Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image may contain: outdoor and indoor

Semalam aku terlewat ke Masjid Nabawi untuk solat maghrib. Sampai sana, orang dah mula solat. Jadi kita pun berjalanlah laju sikit.

Nak dijadikan cerita, jemaah terlalu ramai sehingga melimpah ke luar. Siap ada yang solat di tangga lagi. Pintu-pintu masjid juga dah ditutup dengan tali penghadang. Tiap kali ada yang cuba melintas masuk, pegawai masjid akan halang. Kahkah.

Jadi nak tak nak, kena solat di dataranlah.

Aku cuba juga untuk cari jalan masuk ke dalam. Mujurlah datang idea untuk cuba naik ke kawasan bumbung Masjid Nabawi.

Oleh itu, aku terus menuju ke pintu masjid bernombor 10, pintu Imam al-Bukhari namanya. Ada sebuah eskalator naik ke atas dekat kawasan Perpustakaan Masjid Nabawi. Dan masa sampai dekat atas, fuh suasana lenang sangat. Jemaah pun tak ramai mana pun.

Ramai yang tak tahu Masjid Nabawi ini ada buka ruangan solat di kawasan bumbungnya. Kalian boleh naik ke sana melalui tangga yang tersedia di hampir setiap pintu masjid. Masuk ja pintu, cuba intai kiri dan kanan. Mesti ada.

Cumanya bukan semua waktulah pihak masjid buka kawasan atas ini. Biasanya ia dibuka apabila jemaah yang datang berkunjung terlalu ramai seperti hari Jumaat, solat hari raya, bulan puasa dan musim haji. Ha, waktu ini memang mereka buka sentiasa.

Jika jika kalian terlewat datang ke Masjid Nabawi dan dah tak dapat nak masuk ke dalam, naiklah ke atas. Insya-Allah banyak lagi saf kosong untuk diisi. Aku sendiri pun kalau solat Jumaat di sana, memang terus naik ke bumbung, malas nak berebut bersesak-sesak dekat bawah sana.

Yang seronoknya dekat bumbung ini, kita dapat rasa udara dan angin semulajadi. Kalau musim sejuk, fuh nyaman ya Tuhan. Cuma kalau musim panas, bertabahlah ya. Hihi. Boleh tahan tajam pedih juga anginnya mencucuk. Kahkah.

Oh ya sebelum terlupa, ruangan ini dibuka untuk jemaah lelaki sahaja. Untuk jemaah perempuan, masih belum ada lagi okeh.

Itulah.

Image may contain: indoor

Image may contain: night, indoor and outdoor

Image may contain: night, sky and outdoor

Image may contain: indoor

Image may contain: 2 people, outdoor

Najmi Farisham,
Wartawan Kegemaran Kalian.

Sumber : Facebook

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥