Saturday, 24 August 2019

Pergi Bangkok Dengan Keretapi

S.K. | 00:00 | 4Comments |
Bismillah.

Assalamualaikum.

Image result for bangkok

Stress dengan kerja? Rasa nak bercuti? Tapi tak tahu nak ke mana? Tak nak drive jauh2... kalau drive cepat mengantuk πŸ˜‚Apa kata korang ke Bangkok naik keretapi.. tak lama, 28 jam je dari KL korang dah sampai Bangkok πŸ˜‚

Boleh follow itenarary DIY & costing yang saya share ni :

πŸ“† ITINERARY :
===========
Day 1 - Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Cop passport. Kemudian naik shuttle train ke Hatyai. Di Hatyai, boleh ronda-ronda cari makan dan cari simcard dulu. Kemudian naik train ke Bangkok. Bermalam dalam train.

Day 2 - Sampai di Bangkok waktu tengahari. Cari makan dan check-in hotel. Petang dan malam boleh ronda-ronda sekitar Bangkok.

Day 3 - Free & Easy

Day 4 - Balik Malaysia naik flight. Tak larat dah nak layan lagi 28 jam dalam keretapi πŸ˜…


πŸ’Έ KOS :
======
  • KTM ETS (KL Sentral ke Padang Besar) : RM76
  • Shutte Train (Padang Besar ke Hatyai) : RM10/THB80
  • Special Express Train (Hatyai - Bangkok) : RM135/THB1005 (2nd class upper bed)
  • Penginapan 2 malam di Bangkok : RM85/pax X 2 malam = RM170
  • Flight ticket (Bangkok ke KL) : RM230 normal fare AirAsia
  • Pengangkutan di Bangkok : RM100 (Grab/Skytrain/BTS/Tuktuk) anggaran
  • Makan minum : RM100 anggaran
  • Total Damage (anggaran) = RM850++ seorang


πŸ“ΈTempat menarik di Bangkok :
======================
  • Chatuchak Weekend Market. Buka Sabtu dan Ahad sahaja. Pasar minggu yang tersangatlah luas.
  • Sungai Chao Phraya. Boleh naik feri/cruise & lihat kesibukan sungai Chao Phraya yang menjadi tulang belakang Thailand.
  • Maek Long Railway Market. Pasar atas landasan keretapi. Agak jauh dari bandar Bangkok tapi berbaloi pergi. Naik van dari Bangkok. Moment keretapi tu lalu tengah2 pasar tu memang awesome!
  • Stesen Keretapi Hua Lamphong. Stesen keretapi klasik yang dibina tahun 1916. Train dari Hatyai akan berakhir di sini.
  • Damnoen Saduak Floating Market. Pasar terapung paling besar & paling popular tapi agak jauh dari Bangkok. Penuh dengan pelancong.
  • Amphawa Floating Market. Tak jauh dari Maek Long Railway Market. Kurang sibuk dan tak banyak peniaga atas perahu. Lebih banyak gerai-gerai di tepi sungai.
  • Siam Paragon/MBK Centre/Hard Rock Cafe. Shopping district ala-ala Bukit Bintang.


πŸš‚ Tiket keretapi Thai :
Tiket keretapi boleh dibeli secara online di www.railway.co.th. Pastikan korang beli tiket yang betul. Check no. train, jenis gerabak, stesen dan waktu.. kalau tersilap, naya.


🍜 Makanan dalam keretapi :
Dalam train Hatyai ke Bangkok ni takde jual makanan yang dijamin halal. Yakin untuk boleh beli coffee je. So, dicadangkan korang bawak bekalan makanan untuk dinner & breakfast. Air panas boleh dibeli di gerabak cafe. Fresh-brewed coffee yang dijual kat cafe train ni memang best.. minum sambil layan view perkampungan Thai.. πŸ‘πŸΌ


🍱 Restoran Halal di Bangkok :
  • Yana Restaurant (MBK Center)
  • Usman Thai Muslim Food

2 restoran ni je yang kami sempat pergi. Sangat-sangat sedap dan tak sama dengan masakan thai yang kita makan kat Malaysia. Halal street food banyak kat area Pratunam tapi kami tak sempat ke sana.


🏠 Wendy Guest House
Penginapan ala-ala backpakers. Bilik memang sempit. Tapi lokasi dia memang dekat dengan BTS station. Dekat jugak dengan MBK dan Siam Paragon. Jalan kaki dalam 5 minit. Plus, vegetarian breakfast disediakan. So, boleh makanan kenyang2 dulu sebelum memulakan perjalanan. Hotelnya bersih dan murah. Boleh baca review di Tripadvisor.

Sumber : Facebook

4 comments:

  1. Replies
    1. Memang jauh πŸ˜‚
      Almost 1 day punya perjalanan

      Delete
  2. uishhh, tak tahu pulak boleh naik keretapi je pi bangkok?! menarikkk nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh!! Tapi, lama gila lah kan. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Kalau nak enjoy view, boleh lah guna train

      Delete

πŸ’Œ 0617 CommentsπŸ’¬ ♥ Thank you lovely ♥