Tuesday, 2 April 2019

Jangan Panik dan Keliru Mengenai Losartan

Anonymous | 18:42 | 0Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Meh abam farmasis terangkan dengan bahasa yang paling mudah dan santai.

Pertama sekali, kita kena faham apa itu UBAT. Ubat ni sama jugak konsep macam benda-2 lain yang ada kat dunia ni.

Kita ambik contoh Air Milo.
Dalam Air Milo ada:

✔️ Bahan utama (iaitu serbuk Milo). Kalau tak ada serbuk Milo, memang tak jadi la Air Milo ni.

✔️ Bahan tambahan (contohnya, macam susu pekat manis). Bahan tambahan ni menyedapkan lagi Air Milo itu. Tapi, kalau tak ada susu pun, kita masih dapat menikmati Air Milo tu juga. Nama nya Milo O kan.

Haa, sama lah juga dengan UBAT.
Dalam ubat ada:

✔️ Bahan utama (iaitu bahan aktif yang memberi kesan rawatan kepada pengguna).

✔️ Bahan tambahan dalam formulasi bagi memantapkan lagi produk ubat itu.

Dan yang duk nak kena fikir macam mana nak buat ubat-2 ni semua adalah KILANG-2 UBAT yang ada kat dunia ini.

Mereka menghasilkan ubat, lalu dipasarkan ke tempat2 seperti:

☑️ Kedai farmasi
☑️ Fasiliti kesihatan swasta (klinik/hospital)
☑️ Fasiliti kesihatan kerajaan (klinik/hospital)

Dari 3 tempat di atas ini lah, maka kita sebagai pengguna akan dapat ubat-2 ini semua. Tak kisah lah sama ada kita beli kat kedai farmasi ke, atau kita dapat ubat ni kat fasiliti kesihatan swasta mahupun kerajaan.

Dan ubat-2 yang ada kat pasaran ni pun ada macam-2 JENAMA.

Alaa, macam kita pergi kedai..

“Nak, kau belikan aku COLGATE dan MAGGI ya.”, mak kita berpesan.

Kita pun pergi kedai, dan main ambik je ubat gigi DARLIE dan MI SEDAAP. Janji benda yang SAMA kan.

Ya, benda yang sama. Ubat gigi jugak. Mee segera jugak. Tetapi, BERBEZA dari segi JENAMA saja.

Macam tu lah juga dengan ubat2 kat dunia ni.

Al-kisah, balik kepada KILANG-2 UBAT tadi. Hasil pemeriksaan dari pihak berkuasa di Singapura mendapati ada beberapa ubat LOSARTAN yang telah menggunakan BAHAN TAMBAHAN yang TAK SEPATUTNYA di dalam produk ubat mereka. Sekali lagi abam ulang, BAHAN TAMBAHAN.

Lalu, KKM (di Malaysia) pun take note akan benda ini. KKM pun memanggil balik serta-merta beberapa JENAMA UBAT LOSARTAN YANG TERLIBAT yang telah dihasilkan oleh KILANG-2 UBAT yang berkenaan ini. Boleh klik pada gambar pertama yang abam sertakan ini. Ada jadual UBAT-2 LOSARTAN yang ditarik balik itu.

Ya, betul. UBAT LOSARTAN yang terlibat. Iaitu salah satu ubat DARAH TINGGI yang ada kat pasaran.

Sekarang, balik semula kepada apa yang abam ajar tadi tentang Air Milo tu. Ada bahan utama (bahan aktif) dan ada bahan tambahan kan?

Ya, LOSARTAN adalah bahan utama atau bahan aktif dalam ubat tersebut. Dan ia TAK BERSALAH dalam hal ini.

Yang BERSALAH adalah BAHAN TAMBAHAN dalam produk ubat itu saja.

Maka, BUKAN SEMUA UBAT LOSARTAN ditarik balik! Tetapi hanya JENAMA-2 UBAT LOSARTAN yang terlibat itu saja yang ditarik balik. Oleh sebab ada BAHAN TAMBAHAN yang tak sepatutnya ada dalam JENAMA UBAT-2 LOSARTAN berkenaan.

Sekarang, korang boleh klik pada gambar yang kedua. Itu adalah salah satu ubat LOSARTAN juga yang ada kat dunia ini. Dan ia sedang digunakan di banyak fasiliti kesihatan kerajaan sekarang ini kat Malaysia.

Nama ubat: Losartan Potassium
Jenama ubat: ZYLOVAA
Kilang ubat: Xepa-Soul Pattinson (Malaysia) Sdn Bhd
Tugas ubat: Darah tinggi

Maka, kita semua TAK PERLU PANIK atau KELAM-KABUT. Kebanyakan yang ikut rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan sama ada klinik mahupun hospital TAK TERLIBAT PUN dalam menggunakan JENAMA UBAT seperti yang diumumkan itu.

Pengumuman tu lebih kepada nak ‘alert’ kan orang awam yang mungkin ada MEMBELI JENAMA UBAT berkenaan sama ada dari fasiliti kesihatan swasta mahupun di kedai-2 farmasi sama ada di dalam negara mahupun di luar negara.

Supaya mereka yang ada TERPAKAI UBAT JENAMA ITU supaya segera pulangkan semula dan boleh menggunakan JENAMA UBAT yang lain pula yang ada kat pasaran.

Itu sahaja sebenarnya.

Semoga dapat pencerahan ya. 💪😉

No photo description available.
Image may contain: text


Faiz Akmal Mfa,
Farmasis Kaunseling,
Klinik Kesihatan Air Tawar 2,
Kota Tinggi, Johor.

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥