Friday, 5 April 2019

Air Mata Tiga Solat

Anonymous | 09:37 | 1Comments |
Bismillah . .

Assalamualaikum . .

Image result for pray for allah tumblr

Belajarlah untuk menangis demi kesedaran dan keinsafan, namun dalam melakukan ibadah ini, kalau masih belum mampu mengalirkan air mata, lakonkan juga sehingga benar-benar menangis. Semoga dengan itu, kita diterima Allah sebagai hamba yang benar-benar insaf.

1. Solat Tahajjud

  • Dilakukan waktu orang lain masih nyenyak tidur
  • Mampu melembutkan jiwa yang keras
  • Apabila menjadi rutin, maka cairlah hati yang keras itu lalu mengalirlah air mata kerana Allah


2. Solat Taubat

  • Jika dilakukan oleh orang yang sedar akan kesilapan lampau, maka mampu membuatkan mereka menangis 
  • Awas jika selalu melakukan solat taubat tetapi tiada lagi tangisan



3. Solat Tasbih

  • Disunatkan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup
  • Digalakkan sebulan sekali
  • Jika mampu, lakukan seminggu sekali
  • Air mata yang mengalir itu tentu besar nilainya kerana tangisan itu bukan tangisan sesalan tetapi tangisan yang kagum akan kehebatan dan keagungan Allah

1 comment:

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥