Friday, 16 February 2018

Tutorial Print Photobook 6" X 6" (Simple Books) Percuma

S.K. | 13:21 | 2Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 

Hari ni , S.K. nak buat satu tutorial tentang cara-cara untuk print gambar dari apps Photobook yang bersaiz 6" X 6" secara percuma . . Sebelum S.K. nak teruskan tutorial ni , S.K. nak habaq mai siap-2 , sebenarnya kita kena bayar juga . . TAPI ! ! Bukan untuk harga printing Photobook tu , cuma untuk kos penghantaran & tax . . Nilai yang kita kena bayar hanyalah RM 8.48 (Termasuk tax) . . Kalau ikutkan harga asal photobook ni + kos penghantaran + tax = RM 92.22 . . Haaa ! Kan banyak beza tu . . Dari RM 92.22 , kita cuma kena bayar RM 8.48 jee . . Tak ke murah namanya ? Okaylah , dah cukup membebel . . 

Oh sebelum tu , S.K. nak perkenalkan code promo yang boleh digunakan untuk dapat Free Printing Photobook . .  Code promo ni boleh digunakan banyak-2 kali tau . . S.K. pun tak pasti sah sampai bila , as long as korang hanya perlu bayar RM 8.48 , code promo tu masih sah okay :)

  • HARIANMETRO 
  • CNY2018 (Sah 24 hours pada 16 Feb 2018)

Step 1 :
Install apps PHOTOBOOK di Google PlayStore atau App Store.

No automatic alt text available.


Step 2 :
Tekan pada Simple Books
Kalau nak tekan pilihan lain pun boleh juga , tapi , tak jadi FREE dah la , tu dah dikira harga lain . .

Image may contain: one or more people and text


Step 3 :
Tekan pada 6" X 6" Simple Book.
Sama juga macam Step 2 , kalau tekan pilihan yang lain , harga pun akan jadi lain juga lah . .

Image may contain: text


Step 4 :
Pilih 21 gambar pilihan anda.
Gambar-2 yang ada dalam phone , instagram , etc . . 
Ingat ! Pilih 21 gambar sahaja , kalau lebih , harga lain . . Okay ?

Image may contain: 11 people, people smiling, food


Step 5 :
Kemudian , susunlah gambar ikut suka . . 
Ingat tau , setiap kali ubah layout , dia akan reset semua adjustment yang kita dah buat . . So , at first , pilih dulu layout yang kita nak , samada nak yang ada border atau borderless . .
Dah siap susun , klik Next . . 

Image may contain: 2 people, glasses


Step 6 :
Part dedication ni sebenarnya adalah optional . . 
Text ni akan ada pada belakang cover album kita tu . . 
Tapi ingat , dia ada limit words tau . . So , kalau nak add dedication , tulis yang simple-2 je . . 
Then , klik Order . .

No automatic alt text available.


Step 7 :
Tekan pada Premium Silk . . 
Kalau tekan yang lain , kena tambah duit okay . . 
Lepas tu , klik Checkout . . 

No automatic alt text available.


Step 8 :
Dekat bahagian Delivery Option , klik Change . . 
Then , bawa masuk semua butiran untuk penghantaran . .
Butiran yang diperlukan adalah ; Nama , Alamat & No. Telefon . .


Image may contain: 1 person


Step 9 :
Kalau scroll bawah sikit dekat bahagian Checkout , akan nampak segala details yang perlu dibayar . .
Tapi , jangan risau . . 
Dia tulis RM 92.22 kan ? Tu harga sebelum letak promo code . . 
So , tekan dekat bahagian box promo code , isi promo code yang S.K. mention kat atas tadi ;
HARIANMETRO atau CNY2018 . . 
Then , klik Apply . .

No automatic alt text available.


Step 10 :
Bila dah klik Apply , harga baru akan muncul . . Seperti yang tertera di bawah . . 
Untuk buat Payment , bolehlah pilih mana-2 merchant yang menjadi pilihan hati . .
Nanti dia akan proceed lah untuk payment tu macam kita buat online shopping yang lain . .
Kalau payment takde masalah apa-2 , nanti dia akan proceed untuk upload dan proses yang lain . . 
Lepas tu juga , nanti kita akan dapat email pengesahan untuk order kita . . 
Then , tunggulah beberapa hari untuk photobook kita sampai . . 

No automatic alt text available.

The end ~ Semoga bermanfaat untuk semua :')

Sumber gambar : FB Idda Melisa

2 comments:

  1. Menarik info ini.. Mudah sahaja kannn.. Bila baca post S.K teringat ada beberapa photos perlu sis buat photobook.

    By the way thanks for sharing 💕..

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥