Tuesday, 6 February 2018

Format Menghantar Email Resume kepada Majikan untuk Memohon Pekerjaan

S.K. | 23:18 | 10Comments |
Bismillah . . 

Assalamualaikum . . 


1. Alamat E-mel Professional
Mohon sangat untuk anda gunakan email yang nampak professional, bukan email yang berbelit belit lidah nak baca, lepas tu siap ada cayunk-cayunk @gmail lagi adeh.


2. ‘Subject Header’
Bagi saya ini penting, mohon gunakan "Subject di email" untuk tulis apa tujuaan anda send email, jika tujuaan anda untuk apply kerja, tulis jenis jawatan yang anda ingin mohon.

3. Isi Kandungan E-mel
Yang ni ramai abaikan, kome ingat cukup dengan hanya send resume tanpa satu ayat pun? Biasakan tulis :
  • Pengenalan diri secara ringkas
  • Pengalaman praktikal/kerja
  • Kelebihan diri anda yang buatkan majikan perlu mengambil anda bekerja
  • Butiran untuk dihubungi dan YANG NI BONUS KALAU ADA,
  • ‘Recommendation Letters’ 
    Surat sokongan bertulis dari majikan tempat anda pernah pratikal / latihan industri).

Antara ayat yang boleh digunakan dalam isi kandungan e-mel adalah :


Contoh 1 :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan / Puan,

Perkara : Permohonan Jawatan XXX

Merujuk perkara di atas, saya NAMA PENUH, merupakan pelajar bergraduasi dari NAMA UNIVERSITI dalam jurusan NAMA JURUSAN. Saya ingin memohon pekerjaan yang ditawarkan oleh syarikat tuan / puan. Saya mengetahui kekosongan ini dari laman sosial Facebook.

Saya juga ingin menyatakan minat dan hasrat untuk mendapatkan kerja di syarikat tuan / puan dan sanggup untuk bermula dari bawah dan keluar dari bidang yang saya pelajari sekarang.

Saya boleh dihubungi melalui telefon di +60 NO TELEFON BIMBIT atau e-mel bagi sebarang penjelasan dan maklum balas daripada pihak tuan / puan. Saya juga kepilkan bersama resume yang mengandungi maklumat diri saya. Saya berharap agar saya akan dicalonkan untuk ditemuduga. 

Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan / puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.



Contoh 2 :

Dear Sir,

Good day to you,

Referring to career opportunity in advertisement, I would like to apply for the post of POSITION.

My name is NAME. I'm graduated in COURSE NAME with CGPA of X.XX at UNIVERSITY NAME. 

I do hope that you can take a consideration to give me the opportunity in carrying out this job for me to gain working experience. Here, I attach with my resume as your references.

I am looking forward to be called for the interview and hope to hear from you soon. Kindly contact me via mobile phone (+60 MOBILE NUMBER) or e-mail. 

Thank you.



Contoh 3 :

Assalamualaikum,

Tuan / Puan,

Saya NAMA PENUH, ingin memohon untuk mengisi jawatan kosong sebagai NAMA JAWATAN seperti yang diiklankan di SUMBER IKLAN (FB, LAMAN WEB, etc).

Saya dari NAMA UNIVERSITI di dalam jurusan NAMA JURUSAN dan bakal / sudah bergraduasi pada TAHUN GRADUASI.

Untuk pengetahuan Tuan / Puan, saya sekarang di dalam tempoh training di NAMA SYARIKAT untuk tempoh kontrak.

Di sini, saya sertakan bersama resume sebagai rujukan pihak Tuan / Puan.

Saya boleh dihubungi melalui talian +60 NO TELEFON BIMBIT atau melalui e-mel.

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan amatlah saya hargai. 

Sekian, terima kasih.



Contoh 4 :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan / Puan,

Saya NAMA PENUH, berumur XX tahun baru sahaja menamatkan pengajian di NAMA UNIVERSITI dan telah bergraduasi pada TAHUN GRADUASI. Saya berasal dari NAMA TEMPAT ASAL dan sekarang menetap di NAMA TEMPAT TINGGAL SEKARANG.

Segala maklum balas dari pihak Tuan / Puan amatlah saya hargai. Saya boleh dihubungi melalui nombor telefon +60 NO TELEFON BIMBIT atau melalui e-mel saya.

Sekian, terima kasih.



Contoh 5 :

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Perkara : Permohonan Kerja.

Merujuk perkara di atas, saya NAMA PENUH ingin memohon pekerjaan di syarikat Tuan / Puan. 

Di sini, saya kepilkan bersama resume yang mengandungi maklumat diri saya. Saya berharap agar saya akan diterima / dicalonkan untuk ditemuduga. 

Kerjasama serta keprihatinan pihak tuan / puan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.



10 comments:

  1. Good sharing awak :) Thanks.
    Proper language pun main peranan jugak. Ramai je yang sellau guna unformal punya cara. macam ckp ckp dengan member. huu.
    Anyway, thanks. Untuk rujukan ika akan akan dtg jugak ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Tau takpe..
      Hopefully dapat tolong mana yang memerlukan

      Delete
  2. good sharing awak! Selalunya benda simple macam ni orang selalu ambil mudah walhal dari sini je dah boleh judge the potential candidate.

    ReplyDelete
  3. Info yg sangat berguna kepada mereka yang memerlukan.. E-mail juga penting semasa memohon pekerjaan. Thanks S.K..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome.
      Hopefully dapat bantu sesiapa yang memerlukan 😘

      Delete

πŸ’Œ 0617 CommentsπŸ’¬ ♥ Thank you lovely ♥