Tuesday, 7 March 2017

Ibu Bapaku Tak Macam Ibu Bapa Mereka

S.K. | 10:23 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Kadang-2 , bila cermin diri balik , tengok orang sekeliling , Alhamdulillah , rasa bersyukur , sebab masih ada ibu bapa lagi . . Ada orang , mereka yatim , yatim piatu , ada orang , parents bercerai , ada orang , bapa jenis kaki pukul dan macam-2 lagi yang mereka ada , S.K. takde . . Secara jujurnya , S.K. bersyukur sangat-2 sebab masih ada ibu bapa , tak dapat bayangkan diri ni kalau salah seorang daripada mereka takde . . 21 tahun hidup , masih mampu tersenyum sebab dapat lihat mereka . . Kadang-2 S.K. terfikir , sempat tak ibu bapa S.K. nak tengok kami 4 beradik grad , ada kerjaya sendiri , kahwin dan bagi cucu cicit pada mereka . . Ya ! S.K. pikir . . Sebab , hidup ni , bila-2 sahaja Allah boleh matikan . . Semua tu rahsia Allah . . 


Berbalik pada tajuk entry ni , kadang-2 , S.K. rasa macam S.K. ni tak bersyukur . . Iya ! Ibu bapa S.K. tak macam ibu bapa orang lain . . Dipendekkan cerita , ibu bapa S.K. kedua-duanya merupakan warga pendidik . . Ibu S.K. berasal dari bandar manakala ayah S.K. berasal dari kampung di utara sana . . Membesar dalam suasana kampung dan ibu membesar dalam suasana bandar . . Kadang-2 S.K. rasa nak marah , kenapa kami sekeluarga tidak menetap di bandar sahaja ? Mengapa perlu menetap di sini ? Dipendekkan cerita lagi , S.K. tinggal di kawasan luar bandar , di mana kawasan tu dikelilingi oleh 25 Felda yang berbeza . . S.K. duduk di tengah-2 bandar kawasan luar bandar  - 3 minit dari Stadium Felda . . Kalau S.K. nak pergi bandar , jalan kaki , kayuh basikal , dalam 5-10 minit boleh dah sampai . . Memang betul-2 dekat dengan bandar . . Bila balik kampung sebelah ibu , S.K. selalu terfikir , kenapa kami sekeluarga tak menetap di bandar sahaja . . Kenapa perlu duduk di kawasan luar bandar ? Jawapan dia , sebab ayah S.K. dah beli rumah kat kawasan ni since kawasan ni baru buka . . Ayah S.K. jenis yang beli rumah dulu , baru cari pasangan hidup . . So , sebab tu lah S.K. tinggal di kawasan ni . .

Image result for parents dua

Okay ! Simple & short explanation pasal entry kali ini . . Apa yang membuatkan S.K. nak menulis pasal ni , S.K. pun tak pasti . . Kenapa ibu bapa S.K. tak macam ibu bapa mereka ? 


1. Ibu bapa S.K. lebih suka tinggal di kawasan luar bandar berbanding di kawasan bandar

Yes ! Kat kawasan S.K. ni , tak bising macam kat kawasan bandar , tak kena hadap traffic jam , tak perlu bayar tol . . Banyak tanah untuk berkebun dan tanam-2 apa yang patut . . Kos sara hidup dekat kawasan ni pun rendah , sebab tu mereka suka tinggal kat sini . . Bila ajak pindah , satu je jawapan mereka 'Hidup mati semula taknak pindah , buat apa cari penyakit duduk kat kawasan yang menyesakkan kepala semua' . . Kadang-2 rasa kecewa juga la , tapi kadang-2 rasa gembira . . 


2. Ibu bapa S.K. lebih suka hidup bersederhana

Dari kecik lagi , S.K. dah diajar untuk hidup bersederhana . . Kalau ikutkan pendapat kasar rumah S.K. ni , kami sekeluarga mampu untuk hidup mewah . . Terlebih mampu . . Tapi , mereka tak benarkan semua ni terjadi . . Satu je ibu S.K. pesan 'Nak hidup mewah , cuba tengok orang yang takde apa-2 kat luar sana , kat Syria semua , daripada hidup mewah atas dunia lebih baik hidup mewah dekat Akhirat sana . Biar nampak miskin di mata manusia daripada miskin di mata Allah' . . Okay ! S.K. insaf . . Kalau orang yang kenal S.K. , mereka akan nampak S.K. ni jenis yang simple , just guna apa yang ada je . . S.K. suka berfesyen tapi S.K. tak berfesyen bila teringatkan apa yang ibu S.K. cakap . . Biar nampak miskin tapi kaya dengan budi bahasa . . 


3. Ibu bapa S.K. jenis yang tak suka melepak kat kedai-2 atau shopping complex lama-2

Dari kecil , kami diajar untuk tak lepak lama-2 dekat shopping complex atau kedai-2 makan . . Even pergi wayang pun , ibu bapa S.K. tak pernah , kalau tak silap . . Tapi , anak-2 dia pernah la kan . . Ibu bapa S.K. memang pantang sangat kalau melepak kat shopping mall - tapi , anak-2 dia suka . . Em' . . Jenis ibu bapa S.K. , kalau keluar pergi sesuatu tempat tu , mesti dah ada dalam otak nak beli apa , kalau setakat untuk jalan-2 je , memang tak la . . Pastu makan-2 . . Semua tu takkan berlaku okay ! Kiranya , parents S.K. dah plan nak pergi dan beli apa , bila dah siap beli apa yang nak tu , terus balik rumah . . Jangan bazirkan masa dekat shopping complex lama-2 , ibu S.K. cakap . . Baik balik rumah buat benda yang berfaedah . . Parents S.K. jenis yang suka spend masa dengan anak-2 dekat rumah berbanding dekat luar . . 


4. Bapa S.K. masih dengan cara hidup di kampung

Bercakap pasal ayah S.K. sendiri , ayah jenis yang suka mengamalkan cara hidup kampung . . Kalau minta tolong ayah belikan fast food semua , ayah memang tak reti . . Gadget-2 semua ni , semua kami adik beradik yang tolong ajarkan . . Ayah jenis yang suka hidup cara kampung . . Berbakti pada tanah , gotong-royong semua . . Ayah jenis yang tak suka lepak-2 kat kedai kopi lama-2 , kalau nak borak , datang rumah . . Serius ! Tak tipu . . Ayah memang membesar cara kampung , Tok dan Wan S.K. memang macam tu . . Diorang lebih suka orang datang kat rumah berbanding lepak lama-2 kat mana-2 . . 


Image result for parents quotes

Dan macam-2 lagi yang kadang-2 buat S.K. tak puas hati . . Tapi , bila fikir balik , ibu bapa S.K. adalah ibu bapa yang terbaik dalam dunia ni . . Hargai masa bersama mereka selagi mereka masih ada bersama kita . . Walau macam mana pun cara mereka hidup dan didik kita , ketahuilah , mereka tahu apa yang terbaik untuk kita . . Contoh ;

1. Kalau S.K. tak hidup cara sederhana , dah tentu S.K. takkan mempunyai budi pekerti yang tinggi . . Mesti S.K. akan jadi seorang yang sombong . . Sebab parents S.K. mampu bagi apa yang S.K. minta . . 

2. S.K. pandai mengurus waktu . . Tak macam kawan-2 S.K. yang lain , sampai sekarang ada lagi yang fail bab uruskan waktu . . S.K. tahu bila waktu boleh lepak , bila waktu untuk selesaikan perkara penting dan bila waktu yang sesuai untuk buat macam-2 lagi . .


3. S.K. juga pandai untuk uruskan wang poket sendiri . . Sebab dari kecik dah diajar untuk bersederhana , S.K. lebih cenderung untuk beli apa yang S.K. betul-2 perlukan sahaja , bukan jadi seorang yang kedekut , tapi , lebih kepada menyimpan duit untuk masa hadapan . . Selagi mana barang yang S.K. guna tu boleh digunakan , S.K. akan gunakan sebaik mungkin . . Dan akan ada satu masa , S.K. akan rewardkan diri sendiri , beli apa yang S.K. teringin sangat nak beli . . Membeli bukan tak boleh , tapi ikut kemampuan . . =) Kita tak tahu bila Allah nak tarik mereka dari hidup kita , better kita belajar saving sendiri sekarang . .At least , one day , kita ada simpanan untuk waktu-2 emergency . .


Dannn . . Macam-2 lagi yang S.K. belajar . . Hargai kedua-dua ibu bapa sementara mereka masih ada . . One day , kita akan rindukan mereka . . S.K. doa , semoga mereka dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu . . S.K. harap , one day , S.K. dapat sediakan rumah yang lebih besar daripada rumah kami sekarang ni dan dapat bawa mereka travel seluruh dunia ni . . Terima kasih mak , terima kasih ayah kerana berjaya didik S.K. seperti apa yang S.K. jadi sekarang . . Maafkan S.K. jika S.K. selalu menyusahkan kalian . . Doakan S.K. sentiasa kuat untuk terus maju ke hadapan dan lupakan apa yang patut dilupakan . . 

Image result for parents quotes

1 comment:

  1. LZ pun bersyukur kerana sudah berumur 39 tahun masih lagi ada mak dan ayah (semoga mereka dikurniakan kesihatan yg baik & dilindungiNya selalu)..

    Betul, nobody on earth can ever love you more than your parents..

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥