Monday, 13 February 2017

Tips Kurus S.K.

S.K. | 08:52 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Okay ! Lama dah nak bagi tips ni , kadang-2 kawan-2 S.K. pun ada tanya juga , Kenapa S.K. ni nampak maintain je dari zaman sekolah ? Tak nampak gemuk tak nampak kurus . .  Okay ! Mereka menipu sangatttt ! ! Pipi S.K. makin mengembang kot . . Hmm . . 

Image result for diet

Nak cakap S.K. ni selalu diet , em' memang taklah jawapan dia . . Nak cakap S.K. selalu tahan nafsu makan , memang tak juga . . Kadang-2 adalah . . Bila orang suruh makan banyak-2 , S.K. bukan taknak , tapi , tangki perut ni kecik . . Cepat rasa kenyang dan sudah semestinya , cepat rasa lapar . . Tapi , bila busy tu , makan pun tak amik kisah . . Penat ! Okay la , S.K. nak share beberapa tips yang S.K. amalkan sejak dari zaman sekolah lagi . . 


1. Puasa Sunat Isnin & Khamis

Dari zaman sekolah lagi , S.K. dah amalkan puasa sunat Isnin & Khamis bila berkesempatan (Ehem ! Almaklumlah perempuan kann) . . Dulu , niat nak selalu puasa Isnin & Khamis sebab nak mudah belajar , exam nak duduk ranking top je  camtulah lebih kurang . . Pastu , lama-2 tak terperasan , bila dah selalu puasa Isnin & Khamis ni , berat badan pun maintain je . . =)


2. Selalu Minum Air Masak

S.K. dulu tak suka sangat minum air masak , mostly , minum air manis , macam Milo Ais . . Setiap kali nak minum air je , mesti akan buat apa-2 air yang mesti ditambah dengan Ais . . Pastu , S.K. ada terrbaca satu artikel , yang kalau kita selalu amalkan minum air masak , berat badan kita dapat maintain . . Sejak daripada tu , S.K. memang akan amalkan minum air masak , dah kurang sikit dah minum air manis-2 ni . . Tapi , kalau keluar jalan-2 tu , minum lah juga air-2 manis ni . . Apa yang S.K. perasan , bila amalkan minum air masak , S.K. punya berat still maintain + kadang-2 rasa macam makin kurus . . 


3.  Makan dengan Kadar yang Sedikit

Okay ! Tips ni paling penting bagi S.K. . S.K. kebiasaannya , akan ambil makanan dalam portion yang sedikit . . S.K. jarang diet . . S.K. amik makanan dalam portion yang sikit TAPI kerap makan . . Jaranglah (Em mungkin selalu) entahlah , S.K. tahan nafsu makan . . S.K. selalu je makan , tapi , dengan syarat dalam portion yang sikit . . Kalau lapar je , terus makan . . S.K. takdelah pantang itu ini semua . . Apa yang ada , kena dengan selera lah kan , S.K. akan makan . . Makan-2 juga , tapi jangan dalam portion yang banyak terus . . Cuba belajar makan dalam portion yang sikit tapi kerap . . In sha Allah , akan dapat berat badan yang ideal . . Tapikannnn , satu je , kalau kerap makan , tapi , dalam portion yang banyak , S.K. tak jamin berat badan yang ideal menemui anda . . >_< 


Semoga bermanfaat =)

1 comment:

  1. sy time exam atau ganti posa je yg sy posa isnin & khamis ��

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥