Wednesday, 15 February 2017

Parents Tak Sporting

S.K. | 11:20 | 1Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

 Image result for flowers tumblr quotes


Pernah tak kadang-2 orang cakap parents kau ni tak sporting ?

"Alaaa , takkan pergi lepak sampai lewat malam pun tak boleh , tak best la parents kau ni"

"Weh ! Keluar dating , pakwe nak amik & hantar balik pun tak boleh ke?"

"Seriously ?! Takkan dia nak datang ambil kat rumah pun tak boleh?"


Tu antara situasi-2 di mana , orang akan cakap parents tak sporting . . Parents S.K. bukan tak sporting , mereka sporting ! Kalau semua kawan-2 yang S.K. nak keluar tu sama jantina . . Tapi , bila bab-2 keluar berdua lelaki perempuan , banyak gila la kan nak kena tapis . . Lepas S.K. reflect balik family besar S.K. , family belah ayah S.K. dikategorikan dalam parents yang tak sporting pada awalnya tapi akan bertukar menjadi sporting pada akhirnya . . Manakala untuk family belah ibu S.K. , mereka jenis yang sporting dan tak kisah . .


Contoh ;

Sabtu lepas , kakak sepupu sebelah ayah S.K. bertunang . . So , tunang dia ada lah datang masa tu . . Orang suruh bergambar , makcik pakcik S.K. tak bagi mereka bergambar sebelah-2 . . Kalau nak bergambar boleh , kena ada orang kat tengah-2 , ataupun , kena ada jarak beberapa kaki . . Yang penting bukan rapat-2 . . Makcik pakcik S.K. cakap , "Ni baru bertunang tau , bukan kahwin lagi , dah kahwin apa semua , nak bergambar rapat mana ikut suka la . . Jaga dulu batas-2 sebelum kahwin , dia belum tentu akan jadi suami awak , macam-2 boleh jadi"

Satu lagi yang S.K. perasan , kami sepupu-2 sebelah ayah ni , memang takkan pernah upload gambar dengan boyfriend dalam laman-2 sosial . . Kecuali , lepas dah "Aku terima nikahnya" . . Lepas dah selesai akad nikah , baru kami akan upload gambar marka masing-2 . . S.K. pun tak tahu kenapa macam ni . . Memang dilarang atau apa entahlah . . Satu lagi! Kalau kami ada bf , wajib ! Parents tahu , pastu , lelaki tu jumpa Tok S.K. . Bila dah semua orang-2 tua tahu , barulah boleh nak keluar dengan hati yang gembira . . Macam kes kakak sepupu S.K. tadi , lepas beberapa bulan kenal dengan akak sepupu ni , tunang dia datang minta izin pakcik makcik S.K. untuk berkawan , then , diorang jumpa pula Tok S.K. untuk minta restu . .

Masa zaman mula-2 bercinta (Tak bawa jumpa parents apa semua) memang ada je keluar sama-2 , tapi...... jarang-2 . . Contact melalui phone je . . Makcik pakcik S.K. memang pantang banyak bab-2 sebelum kahwin ni . . Orang memang akan anggap , parents kami tak sporting apa semua . . Mostly ! S.K. dan sepupu-2 S.K. yang lain , kami tak macam gegirllssss di luar sana . . Kami adalah juga contact dengan kawan-2 berbeza jantina , tapi tak sebanyak kami contact kawan-2 yang sejantina . . Mostly , kami keluar semua dengan kawan-2 yang sama jantina . . Orang maybe nampak kami kolot , sebab tak pandai bergaul dengan kawan-2 lelaki lain , tapi , sebab kami dah memang dididik macam tu , kami terima je lah . . Dan , dah memang terbiasa , kami akan nampak macam seorang yang friendly dalam social media , tapi , masa kat luar , kami macam makhluk asing . . Hanya akan masuk air dengan orang yang betul-2 rapat . . Akan tegur orang dulu kalau orang tu bagi senyuman kat kami . . Begitulah kisah hidup cucu-2 Pak Awang & Tok Bedah yang kebanyakannya ialah cucu perempuan , hanya ada 6 orang sahaja cucu-2 lelaki . .


Tapi . . .


Lain pula cerita bila dengan keluarga sebelah ibu . . Sangat-2 kontra ! Kalau belah ibu ni , terrrrsangat sporting ! Maybe sebab background pakcik makcik belah ibu pelbagai , kalau belah ayah , semuanya berlatar belakangkan pendidik . . Okay ! Kalau belah ibu ni kan , kitorang memang akan exposed je boyfriend semua . . Kalau sorok-2 pun , ada mata-2 yang memerhati  . . Sorok lah macam mana sekali pun , abang-2 sepupu (mostly) diorang akan dapat korek . . Even makcik pakcik S.K. sendiri pun akan dapat korek . .

Contoh la , bab bertunang tadi . .

Bila bertunang , kalau nak bergambar bersama , duduk sebelah menyebelah tu , mereka tak kisah , asalkan tak bersentuhan . . Kalau tak perkenalkan pada makcik pakcik atok semua ni , diorang tak kisah . . Pastu , kalau bab berkawan , memang sangat-2 friendly dengan kawan-2 laki , ada group lagi dengan kawan-2 laki . . Makcik pakcik semua tak kisah nak keluar dengan siapa apa semua , asalkan inform . .

Pastu , kalau contoh la S.K. ni ada boyfriend , senang je sampai citer . . Walaupun S.K. sorok-2 taknak bagitau diorang . . Kalau belah ayah , mereka akan ambil serius ! Kalau boleh , bercouple tu biar sampai ke jinjang pelamin , biar sampai ke Jannah , tapi kalau belah mak , diorang macam , okay ! Ada rezeki sampai ke jinjang pelamin alhamdulillah , kalau itu bukan jodohnya , ada lagi yang lebih baik menanti . . Macam tu lah lebih kurang . . Kira macam , tak kisah langsung . .  Kalau nak keluar-2 ni , memang takde halangan sangat la! Mostly , sepupu yang sebaya S.K. komfirm diorang akan upload gambar dengan boyprendd masing-2 dekat laman sosial . . Tak malu apa semua . .


Above all ,

S.K. rasa diri S.K. ni tergolong dalam didikan belah ayah S.K. Walaupun S.K. ada boyfrend apa semua , S.K. still rasa malu nak upload dekat media sosial . . Nak bercerita kat media sosial , sebabnya ? Bila terlalu ghairah upload , last-2 kau kahwin dengan orang lain , kan da malu . . Kalau senyap-2 , kalau orang tak tahu , kan bagus . . Kalau putus cinta pun , takde lah orang tau rupa laki tu macam mana , takdelah laki tu dipersalahkan 100% . . Bagi S.K. la . . Secara jujur , kadang-2 , S.K. rasa macam nak jadi orang yang tak kisah , biar orang tahu . . Tapi , sebab sikap malu menebal dalam diri , S.K. pilih untuk menyepi , biarlah orang nak cakap S.K. ni takde boyfriend ke apa , yang penting S.K. dan family tahu . .


Tak salah untuk ibu bapa tak tunjukkan sikap sporting bila anak-2 tengah bercinta semua ni . . Sebab , diorang dulu makan garam dari kita . . Diorang tahu yang mana baik dan yang mana buruk . . Jadi , jangan salahkan ibu bapa kalau diorang tak sporting bila kita bercinta . . Ketahuilah , sikap sporting diorang akan timbul selepas lafaz "Aku terima nikahnya....." Apa-2 pun , kaum Hawa zaman sekarang kena pandai jaga batasan . . S.K. pun pernah lakukan kesilapan , so , this is my turning point to get myself back ! Hiraukan apa orang kata , fokuskan apa Dia kata . . =)


Semoga bermanfaat =)

1 comment:

  1. keluar tngh mlm? masa sy study duk jauh beribu batu dgn family, sy selalu keluar malam. tapi, sy akan minta izin dgn parent, bagitau detail sy dgn siapa, brp org, pergi mana, jam brp balik rumah. dorang izinkan, dn selalu pesan jaga diri baik2. bila dah parent pesan camtu, maknanya dorang percaya pd kita utk tak buat benda yg tak elok. lagipun, sy keluar dgn housemate �� bab bf tu, sy pula yg rasa segan kalau nak pi keluar sama2. sy takda bf, tp ada 'teman tp mesra'. balik2 dia bawa keluar, tapi sy tak prnh setuju.

    ReplyDelete

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥