Thursday, 9 February 2017

How Come It Is Possible to Forget Someone Gave You So Much to Remember ?

S.K. | 10:24 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Genap seminggu ! I guess . . Sekarang , semuanya takkan sama lagi . . Orang akan selalu datang dan pergi dalam hidup kita silih berganti . . I know that ! Tapi , bila tengok orang yang tergolong dalam kumpulan yang kita sayang pergi tinggalkan kita , ya , itu memang sangat menyakitkan . . Sangat pedih . . Orang cakap , life must go on . . Buat apa kenang pada yang tak sudi ? It is possible to forget those who hurt you . . But it's goin' to be tough and hard . . How come it is possible to forget someone who gave you so much to remember ? How hurts it will be , you still can't forget them just in a blink of eyes . . 


Bila kau dah nekad nak hadir dalam hidup seseorang , 
Tolong , tolong dan tolong , 
Jangan pernah sakiti hati dia . . 
Kerana , ilmu kau terbatas . . 
Mungkin hanya dia yang akan setia di sisi kau saat kau senang dan susah . . 

Bila kau dah nekad juga untuk pergi dari hidup dia , 
Aku merayu ,
Fikirlah sebaik-baiknya . . 
Aku merayu , 
Jika ini jalan yang kau pilih , 
Kau jangan pernah datang kembali ,
Untuk sakiti hatinya lagi . .

Tapi jika kau kembali lagi
Atas kehendak Ilahi ,
Hati ini harus terima . . 
Mungkin , 
Dia yang kau kenal dahulu ,
Sudah jauh berbeza dari apa yang kau lihat sekarang , 
Mungkin Dia sudah persiapkan dia 
Untuk menjadi lebih matang berbanding dahulu . . 


Wahai kawan , hidup kita mungkin berbeza . . Nasihat aku satu sahaja , kau jangan pernah ada sikap mempermainkan hati setiap dari kita . . Kau mungkin tidak merasakan pedihnya perpisahan yang kita alami , kerana kau hanya tahu datang dan pergi bila kau suka . . Tapi , tolong . . Jangan buat begitu lagi . . Kau bagi harapan menggunung tinggi , kemudian , kau musnahkan sendiri . . Kau hancurkan hati mereka yang telah lama berharap kau kembali , kau hancurkan hati mereka yang setia menanti . . Aku tahu , hidup ini aturan Tuhan , tapi , ingatkah kau dalam kalam-Nya . . "Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah nasibnya sendiri" . . 


Wahai kawan , hidup ini bukan selalu boleh dipermainkan . . Jika kau mahukan sesuatu itu , go for it ! Jangan berhenti setengah jalan , jangan kau mencari alasan apabila kau merasa bosan . . Tuhan sudah tunjukkan pelbagai jalan , gunakan akal fikiran , pilih mana yang paling terbaik . . Kau mahu hati kau dijaga sentiasa , dan kau harus buat perkara yang sama pada mereka . . Jika kau dari awal lagi ingin permainkan hati mereka , kau jangan pernah hadir dalam hidup mereka . . Lupakan saja niat itu . . Kau tahu ? Wanita hatinya lembut , sekeras-keras kau lihatnya dari luaran , kau jentiklah hatinya sedikit , tak perlu kuat , hatinya akan goyah . . Mereka hidupan istimewa . . Hati mereka seperti kapas . . Kau tahu kau cinta pertama mereka . . Kau tahu mereka akan sentiasa menantikan kau . . Kau tahu segala-galanya . . Buat apa kau permainkan ? Kau ingat mereka ini boneka ? 


Wahai teman , jika suatu hari nanti , kita ditakdirkan untuk bersama lagi , satu sahaja yang aku pinta , kurangkan berjanji jika kau tak mampu tunaikan . . Kurangkan harapan jika kau memasang niat untuk musnahkan . . Aku tak salahkan Tuhan akan kehadiranmu itu . . Aku tak salahkan diri kau juga . . Aku tahu , kita sama-2 masih mentah . . Kita baru nak kenal apa itu 'dunia' sebenar . . Aku tahu , jarak menjadi pemisah kita . . Walaupun mulut kau berkata tidak , tetapi , hati kau sentiasa mengiakannya . . Ingatkah kau setianya Siti Hajar dan Nabi Ibrahim yang terpisah bertahun lamanya atas perintah Allah ? Mengapa kita tidak boleh jadikan kisah ini sebagai contoh dan panduan buat kita ? Tak mampu ? Bukan itu alasan . . Kita mampu lakukan jika kita nekad mahu lakukan . . 


Wahai kekasih hati , aku anggap , perpisahan kita kali ini adalah atas kehendak Ilahi . . Walaupun sebenarnya perpisahan ini atas kehendak kau sendiri . . Atas rasa bersalah yang menimpa diri . . Anggaplah kita berjauhan ini untuk persiapkan diri . . Meneroka 'dunia' yang tidak kekal ini . . Sama-2 lah kita kembali pada Ilahi , moga ada perkhabaran gembira buat diri kita ini . . Wahai kekasih hati , andai kata kita tiada jodoh lagi , semoga kita jumpa di Syurga yang kekal abadi . . Diri ini sentiasa mendoakan kita kembali . . 

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥