Wednesday, 22 February 2017

Dilema Teruk Nak Mencuba Semua Benda

S.K. | 08:21 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . . 


Cerita ni , S.K. ambil daripada FB . . Sebab S.K. pun dalam dilema jugaaaa . . 


Dari Jumaat lepas sampai ke hari ni, ada beberapa orang kawan atau sebenarnya lebih rapat dipanggil adik, datang minta nasihat.


Ada yang dalam dilema teruk. Dia nak belajar, dalam masa yang sama nak juga terlibat dalam aktivisme. Nak jadi ahli akademik. Lebih dari 2 ni kira banyaklah kan?


Masalahnya dia tak tahu nak susun mana satu keutamaan? Dia nampak teladan yang baik dari bidang sekian-sekian, kemudian dia rasa terinspirasi, rasa tercabar bila orang lain usia 22 dah buat macam-macam, tapi dia, asyik mengekor je apa orang yang dia kagum dok buat.


Beginilah.


Fasa nak cuba semua benda, nak belajar semua benda, nak join semua benda ni aku dah rasa dulu. Waktu zaman sekolah menengah sampai masuk Darul Quran. Zaman sekolah menengah tu, sampai cikgu-cikgu ada yang bertegang sebab aku tak masuk kelas, pergi buat latihan itu ini.


Aku tak salahkan cikgu-cikgu pun. Sebabnya dari sekolah lagi tak ada orang yang paksa aku join syarahan, join debat, kawad kaki, takewondo ni semua. Cikgu tak paksa langsung. Aku yang nak dan aku yang pilh sendiri. Jadinya akulah yang bertanggungjawab.


5 tahun di SMKA Segamat dan 1 tahun setengah di Darul Quran, semput aku mengejar jadual. Bangun pagi awal, buat itu ini, tidur lewat. Hampir setiap hari.


Masuk je asasi, aku masih teruskan benda ni sampai tahun kedua di sana. Tapi waktu tu aku dah mula perlahankan langkah. Ada beberapa benda yang aku tinggalkan. Dan di hujung asasi - cuti sebelum masuk degree - dan masuk saja degree, terus aku terhadkan pergerakan.


Aku mula letakkan pelajaran - di bawah kuliah rasmi dan di luar kuliah sebagai prioriti. Bidangnya aku terhadkan kepada Al Quran dan Hadith. Aku jarang hadir ke program di luar bidang ni bukan sebab aku ni katak bawah tempurung. Tapi sebab aku tahu mana tempat yang aku kena fokus.


Menjadikan pelajaran sebagai keutamaan bukanlah semata-mata jaga pointer exam. Ia menuntut kita untuk hadir ke kelas, beri fokus yang tinggi, partisipasi, bersuhbah dengan para guru dan persediaan sebelum masuk kelas.


Lepas pelajaran, barulah aku datangkan perkara lain. Penyertaan aktivisme misalnya. Itupun aku hadkan. Aku pass jawatan Project Manager The Wakaf Buku, aku fokus pada Kelembai School saja yang mana - itu macam 2 dalam 1. Aktivisme + bidang kerja bergaji. Ah malaslah terangkan. Nanti lagi panjang.


Kemudian aku terlibat dengan projek sesama kawan-kawan DQ batch aku yang mana perancangan menjangkau 10 tahun ke depan. Kami bangunkan bersama-sama, sebahagian banin dan banat IQRaC 13/14. Seterusnya aku tolong-tolong kawan sikit rancang modul kelas mengaji dan asas agama untuk kanak-kanak kawasan Sg Pusu.


Terakhir, buku aku yang dateline dia 28 Februari ni. Kejap lagi mesti Mutalib Uthman datang komen "7 hari lagi".😌


Banyak je aku dapat tawaran itu ini, masuk biro itu ini, jadi pembuat kertas kerja itu ini, tapi aku tolak. Debat arab yang aku minat dari sekolah tu pun aku tolak untuk sertai.


Pilihan ada di tangan kita. Kita yang tetapkan matlamat dan apa yang kita nak dalam hidup ni. Kita je yang tahu keutamaan dan kemampuan diri kita. Orang lain tahu komen dan kutuk je.


Sebelum bergerak sertai apa-apa, periksa semula adakah benda tu bertepatan dengan target kau? Kalau tak, tinggalkan je. Kalau semata ikut kawan dan nak ada sweet moment, eloklah simpan je impian kau nak jadi macam orang itulah nak jadi macam orang inilah. Kalau kesian kat kawan, eloklah kau fikir diri kau dulu.


Kau nak, kau korban. Kau tak nak berkorban, kau simpan impian tu diam-diam.


3 benda yang aku kekang:

1. Terikut-ikut matlamat hidup orang lain membabi buta.

2. Emosi mengada yang sibuk nak berkepit 24/7 dengan kawan, makan dengan kawan, tidur dengan kawan.

3. Sentimental value yang buat kau stuck kat 1 benda sampai bertahun-tahun dan tak reti nak move on.


2 benda aku usaha sentiasa jaga:

1. Solat awal waktu. Yang mana benda ni sangat mencabar bila kau di bilik berseorangan dan balik rumah.

2. Buat apa yang mak ayah suka dan terus tinggal apa yang mereka tak suka. Walaupun ada hujah, tapi jangan berbalah dengan mak ayah. Dengan orang lain, belakang kira.


Semoga bermanfaat =) 

Image result for dilemma

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥