Monday, 13 February 2017

Beza Aku dan Dia

S.K. | 08:30 | 0Comments |
Bismillah . . 


Assalamualaikum . .

Image result for beza aku dan dia


Ini kisah aku dan dia . . S.K. dan kawan baik S.K. lah senang cerita . . S.K. kenal kawan baik S.K. sejak di bangku sekolah lagi . . Kitorang sama-2 yang jenis otak masuk air . . Kalau orang tak kenal kitorang , komfirm akan cakap kitorang ni orang yang pemalu , lemah lembut , bla bla bla . . Padahal , masya Allah . . >_< Walaupun dia anak bongsu , tapi sifat hakak-2 dia tinggi dalam diri . . Maybe sebab ramai abang kakak , so . . . Macam-2 la dia dapat belajar dan pengajaran . . Most of the times , kitorang banyak sama ! Tapi . . Ada satu perkara yang kitorang tak sama - Cinta !


Zaman sekolah , bukan takde orang minat kami dua (Eceh ! Perasan ! ) Ada , tapi , sebab zaman sekolah , kitorang tak berapa layan sangat , ye la , budak-2 lagi kot . . Kitorang pun ada je minat orang , you know what ! Minat orang yang sama =,= Mujur tak bergaduh . . Lols ! Tapi , sebab kitorang memang jenis malas nak amik kisah pasal cintan cintun ni , so , kitorang biarkan je la . . 


Bila dah habis SPM , masing-2 dah ada pilihan hati sendiri . . Start dari ni , S.K. nampak dah perbezaan kami . . Kawan S.K. still dengan prinsip yang kitorang berdua 'wujudkan' masa zaman sekolah . . S.K. dah terlencong sikit daripada prinsip yang kami cipta ni . . Sekarang ni , S.K. ke arah kembali kepada manusia yang normal semula . . Nak tahu apa prinsip kitorang ? 


Kalau betul-2 suka dengan kami , mohon sangat-2 datang jumpa parents terus & kitorang takkan contact dengan pasangan masing-2 selagi tak tamat belajar . . 


Guess what ? Habis je dapat result SPM , which is 3 years back ago , kawan S.K. langsung tak pernah contact dengan kekasih hati dia . . Dan . . .  Laki tu ada kat New Zealand ! ! ! Gilalah ! Yang still dalam Malaysia ni pun , bila tak contact sehari terus overthinking semua . . Ni kan pula yang dekat New Zealand , dah tu , lama gilaaaaa tak contact . . Okay!  Diorang ada contact sekejap , lepas dapat result , tu pun , 2 chat je . . 2 je kau tahu ? 


Konsep kitorang macam ni ;
Kalau betul sayang , please tanamkan sifat SETIA dan PERCAYA dalam diri . . 


Kalau kau tahu kau ada simpan orang dalam hati , buat cara kau dah ada orang dalam hati , jangan permainkan hati yang lain . . Memang tak semua orang mampu lakukan ni . . Kawan S.K. selalu cakap , "S.K. ni jihad kita , sanggup ke kita rosakkan diri awal-2 dan nanti masa di alam perkahwinan , masjid yang kita bina musnah ? Sebab apa musnah ? Sebab dah hilang kemanisan semasa zaman bercinta". Bila teringat kata-2 kawan S.K. ni , S.K. hanya mampu tersenyum kembali , refelct balik kat diri S.K. , S.K. ni hati macam kapasss sangat , sampai lupa apa janji yang S.K. pernah buat kat diri sendiri . . Apa-2 pun , pengalaman lepas mengajar S.K. macam-2 . . Kalau dah tu jodoh S.K. , larilah macam mana pun , dia akan tetap jadi milik kita . . S.K. harap , Mr Right S.K. tak jaga jodoh orang lain . . Mohon jaga diri sendiri please >_< 


Okay ! Tu je entry kali ni . . 


Semoga memberi inspirasi buat mereka yang baru nak 'up' dalam bercinta . . Peace yaw ! 

No comments:

Post a Comment

💌 0617 Comments💬 ♥ Thank you lovely ♥